Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Rambai

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Rambai
Lokasi
 Malaysia Jalan Parit Putat, 77400, Sungai Rambai, Melaka Bandar Bersejarah
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan
MotoUsaha Jaya
Nombor sekolah6062659675
Kod sekolahMEA1078[1]
PengetuaTn. Hj. Azhari bt. Jaafar (Pegetua sekarang)
GPK Pentadbiran dan AkademikEncik Abdul Karim bin Shaari
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridPuan Hajah Siti Saidah binti Sarwadi
Penolong Kanan KokurikulumPuan Norhayati binti Abdul Samad
Faks6062658937
Laman sesawang

Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Rambai atau nama ringkasnya SMK Sungai Rambai, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Jalan Parit Putat.

Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Rambai memiliki 492 orang pelajar lelaki dan 476 orang pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 968 orang. Ia mempunyai seramai 71 orang guru.2009

Dalam tahun 2017, SMK Sungai Rambai mempunyai seramai 36 guru lelaki dan 42 orang guru perempuan serta 5 orang staf sokongan lelaki dan 9 orang staf sokongan perempuan.2017

Kini setakat bulan Julai 2017, SMK Sungai Rambai mempunyai seramai 312 murid lelaki dan 339 murid perempuan dengan jumlah murid seramai 726 orang. Terdapat 6 buah kelas tingkatan 1, 2 dan 3 serta 6 kelas menengah atas mengikut aliran Sains, Perakaunan dan Ekonomi. Terdapat aliran vokasional ditawarkan juga iaitu Program Vokasional Menengah Atas (PVMA) dalam bidang Tanaman Makanan dan Pembinaan Domestik. Selain itu, terdapat juga kelas Program Pendidikan Khas Integrasi (Masalah Pembelajaran).

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Pada zaman penjajahan British, penduduk desa boleh dikatakan ketinggalan dalam serba-serbinya kalau dibandingkan dengan penduduk yang tinggal di bandar. Keadaan ini telah mula berubah setelah negara Malaysia mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Sejak itu, kerajaan Malaysia telah berusaha memajukan masyarakat luar bandar dalam segala bidang terutamanya pelajaran dan pertanian.

Menjelang tahun 1960-an, sekolah-sekolah menengah telah banyak didirikan terutamanya di kawasan luar bandar. Hingga tahun 1973, di kawasan Merlimau sahaja sebanyak tiga buah sekolah menengah telah didirikan terutamanya di kawasan luar bandar.

Pembukaan SMK Sungai Rambai[sunting | sunting sumber]

Pemimpin-pemimpin politik masyarakat di Sungai Rambai memahami hasrat dan harapan penduduk di kawasan ini. Mereka terus berusaha mendesak dan memohon agar kerajaan (Kementerian Pendidikan) mendirikan sebuah sekolah menengah di kawasan mereka untuk memberi peluang dan kemudahan kepada penduduk-penduduk di sekitar Sungai Rambai.

Plak perasmian SMK Sungai Rambai.

Kementerian Pendidikan akhirnya telah mengarahkan pembinaan sebuah sekolah menengah. Menjelang tahun 1980, sebuah sekolah menengah baru mengandungi dua blok, sepuluh bilik darjah, sebuah kantin, sebuah bengkel seni perusahaan, tiga buah makmal sains, sebuah pejabat dan sebuah bilik perpustakaan serta sebuah bilik guru telah siap dibina. Pada 1 Januari 1981, sekolah ini telah dibuka dengan rasminya dan dinamakan Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Rambai.

Pentadbiran Awal SMK Sungai Rambai[sunting | sunting sumber]

Pada peringkat awalnya (sebelum SMKSR dibuka secara rasmi), Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Dang Anum (En.Namasivayan) telah ditugaskan oleh Jabatan Pelajaran Melaka (JPM) menguruskan penerimaan perabot dan segala alatan yang dibekalkan oleh Kementerian Pelajaran. Tugas En. Namasivayan berterusan sehinggalah pelantikan En.Muid Bin Lasim (Guru Besar SK Sebatu) sebagai Penolong Kanan bagi menjalankan tugas Pengetua sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Rambai mulai 1 Disember 1980.

Sejak tarikh tersebut hingga 31 Disember 1980, En.Muid bertanggungjawab menerima segala perabot dan alatan serta menyiapkan urusan pentadbiran sekolah baru yang bakal dibuka pada awal tahun nanti. Pada 15 Disember 1980, En. Seman Bin Deros, Guru Penolong Kanan Sekolah Menengah Sri Mahkota, Umbai telah diarahkan bertukar dan menjalankan tugas Pengetua Sekolah Menengah Sungai Rambai mulai 1 Januari 1981.

Pada 2 Januari 1981, seramai 186 orang murid di sekitar Sungai Rambai telah mula belajar dan seramai 12 orang guru telah mula mengajar dan bertugas di sekolah ini. Pada waktu itu, SMKSR tiada mempunyai seorang pekerja pun termasuk jaga. Jaga yang bertugas menjaga keselamatan sekolah ini ialah jaga daripada Jabatan Kerja Raya (JKR) Merlimau.

Maklumat Pengetua Terdahulu[sunting | sunting sumber]

Bil. Nama Tarikh berkhidmat
1 Tn. Hj. Seman Bin Deros Januari 1981 hingga Disember 1988
2 Pn. Hjh. Norbi Binti Husin Disember 1988 hingga Januari 1989
3 Cik Nazahah Binti Mohamad Januari 1989 hingga Disember 1995
4 En. Gan It Gon Januari 1996 hingga Disember 1996
5 En. Yong Yee Soon Januari 1997 hingga Jun 1997
6 Cik Nazahah Binti Mohamad Januari 1998 hingga Februari 2002
7 Tn. Hj. Rahman Bin Abdul Majid Mac 2003 hingga September 2006
8 Pn.Hjh Zariyah Binti Daud September 2006 hingga Julai 2008
9 En. Abu Bakar Bin Alim Ogos 2008 hingga Jun 2011
10 En. Mat Nor Bin Md.Dan Ogos 2011 hingga Januari 2014
11 Tn. Hj.Abu Bakar Bin Ahmad Februari 2014 hingga September 2014
12 En. Mazelan Bin Azam September 2014 hingga Februari 2017
13 Tn. Hj. Abdul Karim Bin Mohd. Yazam 1 Mac 2017 hingga kini

Gambar Pengetua[sunting | sunting sumber]

Pengetua terdahulu

MANTAN PENGETUA TAHUN 2017
Gambar mantan Pengetua yang pernah berkhidmat di SMK Sungai Rambai

Pengetua Terkini (Tahun 2018)

Pengetua Baru Tahun 2018

Moto[sunting | sunting sumber]

Usaha Jaya

Rukun[sunting | sunting sumber]

B : Bertanggungjawab

A : Amanah

K : Kejujuran

T : Takwa

I : Ikhlas

Slogan[sunting | sunting sumber]

"SMKSR Hebat''


Lagu sekolah[sunting | sunting sumber]

Marilah kita bersama

Menuju ke puncak jaya

Usaha jaya cogan katanya

Jadi amalan semua

Seia sekata padu tenaga

Mencapai usaha mulia

Sekolah Menengah Sungai Rambai

Engkaulah yang berjasa

Jasamu guru

Kami Ingati

Untuk Sepanjang Masa

Putera Puterimu Megah

Namamu kian gagah

Hidup bermakna

Bakti dicurah

Untuk Negara kita

Panorama sekolah[sunting | sunting sumber]

Pemandangan Sekolah Dahulu[sunting | sunting sumber]

Sebahagian gambar yang diambil daripada arkib album sekolah:

Pemandangan Sekolah Sekarang[sunting | sunting sumber]

Berikut antara gambar panorama yang terkini di SMK Sungai Rambai.

Galeri Warisan Sejarah[sunting | sunting sumber]

Taman Sejarah[sunting | sunting sumber]

Taman Sejarah yang telah dibina ialah hasil usaha projek 3K yang telah diadakan khas untuk setiap panitia. Oleh itu, Panitia Sejarah SMK Sungai Rambai telah mengambil peluang untuk menceriakan taman mini ini dengan identiti sejarah yang sesuai.

Galeri Sejarah Sungai Rambai[sunting | sunting sumber]

Galeri ini dibuat sebagai rujukan kepada warga komuniti Sungai Rambai khususnya. Ia menjadi papan info sejarah, info umum dan lokasi yang menarik yang berada di kawasan DUN Sungai Rambai.

Ruang Galeri Sejarah Terbuka di blok Amanah di SMK Sungai Rambai
Ruang kenyataan sebelah kiri memaparkan maklumat Sejarah Sungai Rambai
Paparan gambar warga sekolah dan aktiviti-aktviti semasa di sekolah.
Ruang sebelah kanan memaparkan maklumat tempat-tempat menarik di Sungai Rambai dan Badan Pengawas SMK Sungai Rambai
YB Hasan Bin Rahman telah merasmikan Galeri terbuka Sungai Rambai ini pada 30 Mac 2017
YB Hasan sedang meneliti gambar tempat-tempat menarik di Sungai Rambai
Peta asal Daerah Kecil Sungai Rambai beserta gambar lokasi menarik
Replika pokok Rambai bersama buahnya juga dipaparkan bagi pelawat mengenali rupa buah rambai

Sudut Galeri Warisan[sunting | sunting sumber]

Sudut galeri warisan yang telah dikemaskinikan ini terletak di Pusat Sumber Sekolah SMK Sungai Rambai.Pihak PSS bersama Panatia Sejarah telah bekerjasama untuk menyusun atur ruang di PSS SMK Sungai Rambai untuk sudut sejarah ini dipersembahkan buat pelawat. Beberapa artifak ini dikumpulkan hasil sumbangan guru dan warga sekolah yang menghargai nilai estetik seni yang boleh dilihat sebagai satu hasil tinggalan sejarah yang bermakna.

Sudut sejarah di PSS SMK Sungai Rambai. Ruang papan kenyataan mempunyai maklumat sejarah berkaitan Tanah Melayu.
Susun atur artifak dan papan kenyataan dipenuhi maklumat berkaitan sejarah.
Pandangan jarak jauh sudut warisan sejarah SMK Sungai Rambai
Congkak ialah sejenis permainan tradisional Melayu yang sering dimainkan sebagai aktiviti dalaman atau sebagai pertandingan. Selalunya, ia menggunakan papan kayu berlubang atau lubang di atas tanah dan kebiasaannya buah congkak menggunakan biji getah atau guli
Cucuk sanggul antara salah satu perhiasan diri bagi wanita Melayu, India dan Cina peranakan untuk mendandan rambut mereka yang panjang mengurai dan lebat. Peranan utama cucuk sanggul yang sebenar ialah untuk menyemat dan menahan sanggul supaya tidak terburai. Jumlah cucuk sanggul yang dipakai berbeza mengikut situasi dan tempat. Bagi wanita dewasa pemakaian sebatang cucuk sanggul apabila berada di rumah sudah memadai.
Seterika arang diperbuat daripada tembaga dan bentuknya adalah lebih kurang sama dengan bentuk seterika moden pada masa kini tetapi ia mempunyai saiz yang agak besar dan tinggi. Ia dibahagikan kepada dua bahagian dan mempunyai pemegang yang agak selesa bagi kegunaan menggosok pakaian. Arang perlu dibuang atau dikeluarkan daripada seterika apabila urusan menggosok pakaian telah selesai.
Labu sayong ialah sejenis bekas tembikar bernama labuberwarna hitam yang merupakan produk perusahaan dari Kampung Kepala Bendang, dalam Mukim Sayong, iaitu sebuah desa yang terletak 1 kilometer dari Kuala KangsarNegeri Perak. Dari kampung inilah perusahaan ini berasal kerana sumber bahan mentah iaitu tanah liat khas diperoleh dari kampung tersebut. Lanjutan daripada ini, perusahaan membuat labu sayong telah berkembang di kalangan waris asal pembuat tembikar ini ke sekitar perkampungan dalam daerah Kuala Kangsar. Bekas menyimpan air yang dihasilkan daripada tanah liat ini dibentuk dan diukir dengan teliti. Motif ukirannya banyak menjurus kepada unsur tradisional, khususnya bunga-bungaan seperti bunga tanjung, padisenduduk, lawang, cengkih dan pucuk rebung.
Lampu minyak tanah digunakan sebelum adanya kemudahan elektrik di negara kita. Terdapat pelbagai bentuk dan warna lampu minyak tanah untuk menerangi kehidupan malam. Bahan bakar iaitu minyak tanah (kerosen) sangat diperlukan bagi menjana kuasa lampu ini.
Tempayan merujuk kepada sejenis bekas yang diperbuat daripada tembikar. Bekas ini bermulut luas dan terdapat dalam pelbagai saiz, kekadang dengan pelbagai ukiran tetapi biasanya tanpa ukiran. Selain itu, terdapat juga tempayan yang mempunyai ukiran timbul pada bahagian sisinya.Tempayan ini berasal dari negeri China, dan digunakan bagi menyimpan barangan, makananair dan sebagainya.
Belanga merupakan salah satu perkakasan memasak bagi masyarakat Asia. Belanga telah lama wujud dan telah digunakan semenjak zaman masyarakat Neolitik lagi. Pada kebiasaannya, belanga diperbuat daripada tanah liat,

Program tahun 2017[sunting | sunting sumber]

Bulan Kebangsaan 2017[sunting | sunting sumber]

Majlis Sambutan Bulan Kebangsaan dan Bulan Kemanusiaan SMK Sungai Rambai Tahun 2017

(31 Julai hingga 18 September 2017)

Ucapan Aluan daripada Tuan Pengetua
Suasana di dewan semasa majlis berlangsung
Ucapan daripada tokoh sejarah Sungai Rambai iaitu Mejar(B) Mohd Samin bin Jatim TUDM (PPA, PJM, PJK) selaku perasmi program ini.
Majlis perasmian telah disempurnakan
Bergambar kenangan bersama pentadbir sekolah dan perasmi majlis ini.
Perbarisan masuk pasukan kadet bomba
Gimik sketsa ucapan pengisytiharaan kemerdekaan
Laungan "Merdeka"
Kumpulan murid yang terlibat dalam gimik pelancaran
Warga guru SMK Sungai Rambai yang bersama terlibat dalam sketsa pelancaran majlis ini.
Murid SMK Sungai Rambai membantu memasang bendera di persekitaran sekolah
Persekitaran sekolah dihiasi bendera Jalur gemilang
Hiasan Jalur Gemilang d sekitar taman sekolah
Antara hasil Pertandingan reka Cipta Poskad Kemerdekaan
Pengakap SMK Sungai Rambai telah menyertai Perbarisan Hari Kemerdekaan Peringkat Negeri Melaka 2017 di Dataran Pahlawan

Pengakap SMK Sungai Rambai sedang bebaris dlam perbarisan di Jalan Hang Tuah

Hari Graduasi Kali ke-2 Tahun 2017 Pelajar SPM 2017[sunting | sunting sumber]

Pada hari Jumaat, 27 Oktober 201Dewan Iltizam, SMKSR - Majlis Graduasi Kali Ke 2 telah diadakan pada hari ini untuk untuk calon SPM 2017. Tuan Haji Azmi bin Yusuf memulakan majlis dengan bacaan doa. Seterusnya, ucapan aluan daripada Tuan Pengetua, Tuan Hj. Abdul Karim bin Mohd Yazam. Ucapan perasmian Majlis Graduasi pula disampaikan oleh YDP PIBG SMKSR, Tuan Hj. Hussin bin Mohamad.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Anugerah Peringkat Negeri[sunting | sunting sumber]

  • Tahun 1999 - Anugerah Kecemerlangan Sekolah Lima Bintang bagi Kebersihan dan Keceriaan Sekolah Negeri Melaka
  • Tahun 1999 - Anugerah Penghijauan Sekolah Peringkat Negeri Melaka Sempena Minggu Alam Sekitar Malaysia
  • Tahun 2000 - Naib Johan Pertandingan Keselamatan, Kebersihan dan Keceriaan ‘3K’ Alam Persekitaran Sekolah Peringkat Negeri Melaka
  • Tahun 2000 - Johan Pertandingan Sekolah Patriotik Kategori Sekolah Menengah Negeri Melaka
  • Tahun 2001 - Anugerah Pengurusan Bilik Operasi Skim Pinjaman Buku Teks Cemerlang Kategori Pusat Pengumpulan Buku SPBT Daerah Jasin.
  • Tahun 2001 - Tempat Pertama Pertandingan Keselamatan, Kebersihan dan Keceriaan ‘3K’ Alam Persekitaran Sekolah Daerah Jasin
  • Tahun 2001 - Penghargaan Peningkatan Keselamatan, Kebersihan dan Keindahan Alam Sekitar (3K) Peringkat Kebangsaan
  • Tahun 2001 - Johan Pertandingan Landskap Negeri Melaka Kategori Sekolah Menengah Sempena Sambutan Hari Kemerdekaan.
  • Tahun 2002 - Naib Johan Pertandingan Landskap Negeri Melaka Kategori Sekolah Menengah Daerah Jasin.
  • Tahun 2007 - Naib Johan Pertandingan Bilik Pendidikan Seni Visual Sekolah Menengah Negeri Melaka.

Anugerah Peringkat Kebangsaan[sunting | sunting sumber]

  • Tahun 2005 - Naib Johan Keceriaan dan Kesihatan Program 3K Peringkat Kebangsaan
  • Tahun 2006 - Anugerah Sekolah Harapan Negara Kategori Sekolah Menengah Luar Bandar
  • Tahun 2006 - Naib Johan Pertandingan Kebersihan dan Keindahan Peringkat Negeri Melaka Kategori Antara Sekolah Menengah Peringkat Negeri.
  • Tahun 2010 - Pensijilan Peringkat Kebangsaan Kategori Perak Program Sekolah Lestari-Anugerah Alam Sekitar

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Rambai
Jalan Parit Putat
77400, Sungai Rambai
Melaka, Malaysia
No. Telefon = 6062659675
No. Faks = 6062658937

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]