Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Hitech

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Hitech
Lokasi
 Malaysia Jalan Ktc 5, Kulim Hi-Tech Park, 09000, Kulim,, Kedah Darul Aman
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah6044037369
Kod sekolahKEA5075[1]
Faks6044031246
Laman sesawang
Sila klik untuk gambar sekolah di Peta Google


Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Hitech atau nama ringkasnya SMK Taman Hitech, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Jalan Ktc 5, Kulim Hi-Tech Park.

Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Hitech memiliki 408 pelajar lelaki dan 325 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 733 orang. Ia mempunyai seramai 44 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Nama SMK Taman Hi-Tech adalah bersempena daripada kawasan perumahan Taman Hi-Tech yang didirikan di kawasan berhampiran kawasan perindustrian di Kulim ini. Kedudukan yang strategik amat menepati dengan kehendak pembangunan perbandaran di Kulim yang diusahakan di bawah pengawasan Kulim Hi-Tech (KHTP). pada awalnya, merupakan kawasan ladang getah yang telah dibangunkan oleh KHTP .

Sekolah ini mula dibina pada tahun 2000 dan mula beroperasi 1 Januari 2003. di antara pihak pentadbir terawal yang datang melaporkan diri untuk petugas ialah Penolong Kanan Kokurikulum, En. Mohd Tahir bin Wanik, diikuti dengan Penolong Kanan Pentadbiran,En. Mas'od bin Jailani , dan Penolong Kanan HEM, En, Md Yatin bin Ismail. Tuan pengetua pertama yang menjalankan tugas di sekolah ini ialah Pn. Hajah Siti Zubaidah bt. Mohd Yassin dari SMK St. Anne's Convent.Pada 28 Disember 2002 iaitu pada mesyuarat guru yang pertama hanya 14 org guru dan seorang kerani iaitu Pn. Rohaya bt Ahmad sahaja yang melaporkan diri bertugas.

Bilangan kelas yang dibuka hanyalah 7 buah sahaja iaitu 1 kelas untuk T3, 2 kelas untuk T2 dan 4 buah kelas untuk T1 bagi memuatkan 215 orang pelajar. penggunaan bilik2 khas masih belum beroperasi sepenuhnya kerana masih tidak mempunyai kelengkapan. Persatuan Ibu Bapa Dan Guru yang pertama adalah dibwah pimpinan En Zainuddin bin Bakrin sehingga kini. Projek kerjasama di antara guru2 dan pihak waris yang pertama ialah gotong royong membersihkan kelas yang akan digunakan untuk P&P.

Kini hampir 4 tahun, SMK Taman Hi-Tech telah beroperasi sepenuhnya di bawah pimpinan baru dengan bilangan guru seramai 36 orang, 8 kakitangan sokongan, dan 548 pelajar yang terdiri dari pelbagai bangsa.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Hi-Tech
Jalan KTC 5, Kulim Hi-Tech Park
09000, Kulim
Kedah, Malaysia
Telefon = 6044037369
Fax = 6044031246
E-mel = smkhitech.kbb@gmail.com
website sekolah= https://smk-taman-hi-tech-kulim.business.site/?m=true

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]