Sekolah Menengah Kebangsaan Taman SEA

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Menengah Kebangsaan Taman SEA
Lokasi
 Malaysia Jalan 21/37, Petaling Jaya, Selangor
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kerajaan
MotoAwas Nilai Bertindak
Nombor sekolah03 78752576
Kod sekolahBEB8656
Pengerusi PIBGMohd Khairi bin Abdul Aziz
PengetuaRossheta binti Abd. Rahman
GPK Pentadbiran dan AkademikNoor Jehan binti Md. Ali
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridMariam Binti Zoolfakar
Penolong Kanan KokurikulumMartita Kee
Faks03 78730641
Laman sesawang
Map


Sekolah Menengah Kebangsaan Taman SEA atau nama ringkasnya SMK Taman SEA, merupakan sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan yang terletak di Jalan 21/37. SMKTS terletak di tengah dua kawasan perumahan yang besar, iaitu SS2 dan Taman SEA.

Keunikan SMK Taman SEA adalah disebalik pengiktirafan pencapaian akademik dan sukan olahraga yang memberangsangkan, sekolah ini mempunyai rekod jenayah gangsterisma tertinggi di Malaysia selepas Sekolah Henry Gurney sehingga diberi gelaran “Sekolah Gangster Nombor 1 Malaysia”. Gelaran tersebut adalah antara kebanggaan Alumni pelajar lelaki.

Projek hamper

Projek hamper adalah dijalankan dari 1993 hingga sekarang dan masih terus , projek ini bertujuan untuk memupuk sikap penyayang, prihatin dan murah hati dalam kalangan warga sekolah.projek hamper disediakan dan jalankan oleh unit bimbingan dan kaunseling.

Sejarah sekolah[sunting | sunting sumber]

SMK Taman SEA terletak di tengah-tengah dua buah kawasan perumahan yang besar, iaitu Kampung Tunku dan Taman SEA. Ia terdiri daripada 4 buah bangunan 3 tingkat, sebuah kantin, bengkel, dewan dan sebuah padang yang besar.

Pembinaan sekolah ini bermula pada tahun 1974. Pada peringkat awal penubuhannya, sekolah ini tidak ada bangunan sendiri. Ia bermula dengan 5 buah bilik pinjaman. Pelajar lelaki Tingkatan Satu (3 kelas) ditempatkan di SMK Bukit Bintang di bawah pengawasan Pn. Ainun bt. Md. Said, Pn. Ong Kim Huah dan En. Alan Lim Meng Sue, manakala pelajar perempuan Tingkatan Satu (2 kelas) ditempatkan di SMK Sri Aman di bawah jagaan Pn. Siti Fatimah dan Pn. Felicia Lee.

Nama SMK Taman SEA telah dipilih kerana nama akhirnya SEA membawa maksud Awas Nilai Bertindak (See, Evaluate, Act). Selain itu nama akhirnya SEA park dalam Bahasa Inggeris telah ditukar ke Bahasa Melayu, iaitu Taman SEA Sekolah ini telah siap dibina pada penghujung tahun 1975. Semasa ia mula-mula dibuka, terdapat 665 orang pelajar (5 kelas peralihan, 6 kelas Tingkatan Satu dan 5 Kelas Tingkatan Dua) dan 20 orang guru. Kini terdapat 1797 orang pelajar dan 115 orang guru. Pada awal tahun 1976, SMKTS terdiri daripada Blok A dan Blok B. Blok A terdiri daripada 14 kelas biasa, pejabat, 2 bilik Sains Rumah Tangga, 3 makmal dan perpustakaan. Blok ini kemudian diperbesarkan untuk menampung 4 lagi kelas sebuah bilik computer, Pusat Sumber dan Koperasi Sekolah.

Blok C yang telah siap dibina pada tahun 1980 terdiri daripada 6 kelas dan 3 buah makmal. Pada tahun 1985, tempat letak basikal telah dibina. Pada awal penggal kedua persekolahan tahun 1985, Tingkatan 6 mula ditubuhkan. Untuk menampung pelajar-pelajar yang semakin bertambah, Blok D telah dibina pada tahun 1991, khasnya untuk pelajar-pelajar Tingkatan 6 Atas dan Bawah.

Blok E yang terdiri daripada Bilik Lukisan dan Stor Perabot telah dibina pada tahun 1992. Pada pagi 1hb Januari 1993 satu kejadian amat menyedihkan semua guru dan pelajar SMKTS, iaitu pejabat SMKTS telah terbakar. Walaupun kami terpaksa menghadapi pelbagai cabaran dan dugaan, namun kami tetap sabar dan bersemangat waja untuk membina semula SMKTS. Dengan itu pejabat dan bilik guru SMKTS siap dibina pada bulan Disember 1993 semua kakitangan SMKTS telah berpindah ke pejabat baru.

Mulai 1993, perkembangan pembangunan SMK Taman SEA amat pesat sekali. Semanagt permuafakatan yang melibatkan peranan PIBG turut memastikan segala pelaksaan program pendidikan berjalan lancer. Selain membantu dari segi kewangan, sokongan moral yang tidak berbelah bagi telah memantapkan lagi keunggulan SMKTS dalam pelbagai bidang.

Dengan bimbingan padu para guru, pelajar-pelajar sekolah ini turut mencipta nama dan mengharumkan nama sekolah dalam bidang akademik, sukan dan kokurikulum. Ternyata matlamat Falsafah Pendidikan Negara yang ingin melahirkan pelajar yang seimbang serta mempunyai sahsiah yang cemerlang telah Berjaya direalisasikan di sekolah ini.

Sebagai sebuah organisasi pendidikan yang menekankan pemupukan nilai murni dan sahsiah unggul, SMK Taman SEA turut menggalakkkan para pelajarnya melibatkan diri secara aktif dalam pelbagai kegiatan atau projek kebajikan bagi membantu masyarakat sekeliling. Usaha ini mendapat sambutan yang amat memberangsangkan daripada para pelajar terutama sekali Projek Hamper yang telah dijadikan program tahunan sejak tahun 1993.

Info Sekolah[sunting | sunting sumber]

Moto sekolah[sunting | sunting sumber]

Awas, Nilai, Bertindak. (See, Evaluate, Act)

Awas - Menyeru semua murid dan kakitangan sekolah untuk sedar tentang apa yang berlaku di sekitar kami. Ini secara tidak langsung menjadikan kami sebagai warga yang mengambil berat terhadap sekolah.

Nilai - Membawa maksud kamiharus menimbang serta menilai pilihan-pilihan yang sedia ada dengan mendalam sebelum bertindak.

Bertindak - Bermaksud bahawa kami harus melaksanakan segala keputusan yang telah diambil dengan penuh keazaman, semangat dan keberanian.

Lencana sekolah[sunting | sunting sumber]

Huraian warna dan lambang lencana SMKTS:

Warna Lencana[sunting | sunting sumber]

  • Merah Tua: Semangat dan kekuatan yang berkobar-kobar untuk mengejar ilmu pengetahuan.
  • Kuning telur: Kesucian, kesetiaan dan kemuliaan.

Lambang[sunting | sunting sumber]

  • Bunga ros: Kasih sayang mewakili murid-murid perempuan.
  • Dua ekor singa: Kekuatan mewakili murid-murid lelaki.
  • Bentuk segitiga: Perpaduan dan kekuatan.

Objektif sekolah[sunting | sunting sumber]

  • Menyediakan semua pelajar ke arah mencapai kecemerlangan dalam semua mata pelajaran.
  • Menyedia dan melahirkan pelajar-pelajar yang berpotensi dalam bidang sukan, olahraga, permainan, unit beruniform serta dalam persatuan dan kelab.
  • Melahirkan pelajar-pelajar yang berilmu dan berakhlak mulia sesuai dengan kehendak Falsafah Negara.

Visi Sekolah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Unggul Penjana Generasi Terbilang.

Misi Sekolah[sunting | sunting sumber]

Membangunkan Potensi Individu Melalui Pendidikan Berkualiti.

Lagu Sekolah[sunting | sunting sumber]

Lirik dan skor muzik
Awas nilai bertindak
Pegangan yang disanjung tinggi
Di sinilah inspirasi kita bertapak
Belajar berusaha dan berjasa
Sekolah Menengah Taman S.E.A.
Sekolah yang ku cintai
Putera puteri diajar berbakti
Hidup tetap aman dan abadi
Taat setia dan amanah
Teladan yang berfaedah ini
Berganding bahu bekerjasama
Untuk nusa dan Negara


Lirik oleh Peter Kannu
Lagu oleh Ann Ong

Senarai Guru Besar[sunting | sunting sumber]

1976 – 1977 : En David Koay
1978 – 1979 : En Victor Wong
1980 – 1982 : En Hooi Weng Fatt
1982 – 1984 : Cik Marie Jeannie Low
1984 – 1985 : En Abd Hadi bin Alias
1985 – 1987 : En Harbajan Singh Sidhu
1987 – 1989 : En Rusli bin Rasyikin
1989 – 1991 : Tn Hj Mohd Hashim bin Zakaria
1992 – 1997 : Pn Hjh Saleha bt Othman
1997 – 2005 : Pn Hjh Fatimah bt Hj Ibrahim
2005 – 2009 : Pn Zakiyah bt Daie
2010 - 2013  : Pn Hjh Siti Masrah bt Napiah
2013 - 2015:Datin Hjh Zuraidah by Hi Mohamad


Organisasi sekolah[sunting | sunting sumber]

Hal Ehwal Murid (HEM)[sunting | sunting sumber]

PENGERUSI
Suryani Binti Ismail
NAIB PENGERUSI
Harbans Kaur
Julie Chia Tai Thye
Yip Cheng Yue
SETIAUSAHA
Lin Siew Goh
PENOLONG SETIAUSAHA
Hafida binti Ishak
AJK
Pn Faridah Begum bt Mohamed Rawther
En Zollkifly bin Ab Majid
GPMP Bahasa
Pn Zakiah bt Mohd Nor
Pn Lee Lay Chu
En Beh Chee Kiat

Kokurikulum sekolah[sunting | sunting sumber]

Pengerusi
Pn Hajah Siti Masrah bt. Napiah
Naib Pengerusi
En Zolkifly bin Ab Majid
Pn Julie Chia Tai Thye
Pn Yip Cheng Yue
Setiausaha
Pn Padijah bt Mohd Ali
Penolong Setiausaha
Cik Nurul Syazana bt Mohamed Rushdi
Pn Aisyah bt Ibrahim
Pn Nurul Syazana bt Mohamed Rushdi
Setiausaha Sukan
En Mohd Saufi bin Muhammad
Penolong Setiausaha Sukan
Pn Mariati bt Hamid
Penyelaras Badan Beruniform
En Kamal Arifin bin Kasim
Penyelaras Persatuan/Kelab
Pn Wan Hajimah Rosita bt Wan Abdul Kadir

Pencapaian Sekolah[sunting | sunting sumber]

  • Muncul sebagai juara dalam perdebatan HELP.[1]
  • Mempunyai pencapaian yang tinggi dalam bidang sukan, sering menyertai pertandingan MSSD, MSSS dan MSSM.
  • Pencapaian yang cemerlang dalam bidang akademik. Bekas murid SMKTS, Erique Phang Li-Onn merupakan Pelajar Cemerlang Negara yang mendapat markah tertinggi dalam SPM dalam negara.
  • Memenangi Pertandingan Robotik Kebangsaan sebagai tempat ketiga.

Cara hubungi[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Sea
Jalan 21/37 46300 Petaling Jaya Selangor Darul Ehsan
Telefon  : 0378752576
Fax  : 0378730641
Emel  : beb8656@btpnsel.edu.my
Laman web : Laman web rasmi SMKTS ; SMKTS Alumni

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]