Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Sejahtera

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Sejahtera
Lokasi
Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Sejahtera is located in Bumi
Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Sejahtera
Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Sejahtera (Bumi)
Taman Sejahtera
Bukit Mertajam, 14000, Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang
Malaysia
Koordinat5°20′05″N 100°29′29″E / 5.3347°N 100.4914°E / 5.3347; 100.4914Koordinat: 5°20′05″N 100°29′29″E / 5.3347°N 100.4914°E / 5.3347; 100.4914
Maklumat
Jenis sekolahSekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan
MotoIlmu Cahaya Kesejahteraan
Ditubuhkan (2002-01-07) 7 Januari 2002 (umur 22)
Nombor sekolah6045521805
Kod sekolahPEA0011
PengetuaAbul Halim bin Hussin
Faks6045516861
Map

Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Sejahtera atau nama ringkasnya SMK Taman Sejahtera, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Taman Sejahtera.

Pada 2020, Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Sejahtera memiliki jumlah keseluruhan murid seramai 533 orang. Ia mempunyai seramai 57 orang guru.2020

Sejarah[sunting | sunting sumber]

SMK Taman Sejahtera diberi nama oleh Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang dengan nama lokasi taman perumahan “Tamam Sejahtera” di Mukim 15, Bukit Mertajam, Seberang Perai Tengah. Jarak sekolah dari pusat bandar Bukit Mertajam adalah 6km. Sekolah mula dibina pada bulan Disember 1999 di sebuah tapak seluas 9 ekar, dan siap bina pada 26 September 2001. Penyelaras dilantik pada 1 Disember 2001 bagi melaksanakan tugas penyelarasan pembukaan. SMK Taman Sejahtera mula beroperasi pada 7 Januari 2002, dengan 320 orang pelajar, 19 orang guru dan 4 orang staf, dengan 3 kelas Peralihan dan 6 kelas Tingkatan 1. PK Pentadbiran pertama ialah En Abdul Salis bin Abdul Halim. PK HEM pertama ialah Pn Hajjah Sharifah binti Syed Zain dan PK Kokurikulum ialah En Azhar bin Muhamad.[1][2]

Sekolah ini terdiri daripada empat (A ke D) blok bangunan kelas disertai dengan dewan di tengah-tengahnya dan lagi satu padang untuk aktiviti bersukan. Blok A dan B mempunyai 15 buah bilik, Blok C mempunyai 12 buah bilik dan Blok D mempunyai 11 buah bilik. Blok A mempunyai Koperasi Sekolah, Bilik Rawatan, Galeri, Pejabat, Bilik Disiplin, Dewan Tertutup, Bilik Guru, Surau, Bilik Kaunselor, Bilik Peperiksaan, Bilik Mesyuarat, Bilik Pengawas, Bilik Tayangan dan Pusat Sumber Sekolah. Blok B mempunyai 1 Bengkel RBT, 3 Makmal Sains, 1 Makmal Fizik, Kimia dan Biologi, 1 Makmal Komputer, 1 Makmal Bahasa, Bilik Seni dan bilik kelas. Blok C terdiri daripada bilik kelas dan kantin sekolah. Blok D terdiri daripada bilik kelas dan 6 Bengkel RBT. Pelan sekolah boleh merujuk laman sesawang di OpenStreetMaps

Senarai Pengetua[sunting | sunting sumber]

  1. En Wan Abdul Halim bin Haji Wan Mohamad (penyelaras, 1 Januari 2002-31 Disember 2004)
  2. En Shuib bin Zainordin (16 Ogos 2005-15 Mei 2009)
  3. Pn Khalijah binti Sirat (16 Mei 2009-Okotober 2013)
  4. En Mohd Salleh bin Shari (Oktober 2013-November 2017)
  5. En Abul Halim bin Hussin (2018-kini)

Misi dan visi[sunting | sunting sumber]

Visi[3]
Ke arah mewujudkan sekolah yang terbaik dan berkesan dalam melaksanakan program pendidikan bagi melahirkan insan yang sejahtera di dunia dan akhirat
Misi
  • Berusaha mendidik pelajar menjadi insan yang baik, berpegang teguh kepada ajaran agama dan berakhlak mulia.
  • Meningkatkan penguasaan ilmu dan kemahiran ko-kurikulum dan ciri kepimpinan yang unggul.
  • Menanamkan budaya kerja yang ikhlas, berkualiti dan terpuji.
  • Mewujudkan suasana perhubungan warga sekolah yang mesra dan persekitaran yang sejahtera.

Lambang Sekolah[sunting | sunting sumber]

Lambang sekolah SMKTS
Maksud Lambang[1]
Putih: Suci, bersih, unggul, beragama dan nilai akhlak yang mulia
Biru gelap: Penyayang, mesra toleransi, permuafakatan dan keharmonian warga sekolah.
Kuning: Kejayaan, kecemerlangan, kegemilangan dan kesejahteraan.
Hijau gelap: Bumi tuhan yang subur, kaya dengan khazanah dan pelbagai ilmu yang bermanfaat.
Perisai: Sekolah yang mantap dan berkesan
Buku dan komputer: Kesungguhan dan kegigihan menuntut ilmu dan kemahiran yang sentiasa berkembang dan bermanfaat.
Jalur Cahaya Matahri Terbit: Ilmu dan kemahiran yang dituntut diamalkan dan disebarkan untuk kesejahteraan diri, keluarga, masyarakat, agama dan negara.
Tiga buah kubah: Seluruh aktiviti berterusan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan, prinsip agama dan nilai akhlak yang mulia.
Bulan dan bintang: Sentiasa berusaha ke arah kejayaan, kecermelangan, kesejahteraan dan disepadukan dengan rasa kesyukuran.

Lagu Sekolah[sunting | sunting sumber]

SMK Taman Sejahtera
Satu Tekad Transformasi Bersama
Bersemangat Berusaha
Pacu Cemerlang Utama


Sekolah Jadi Kebanggaan
Lahir Insan Yang Terbilang
Disiplin dan Keazaman
Ke Puncak Kesejahteraan


Hormat Pada Guru Ibu Bapa
Tuntutan Agama dan Negara
Visi Dijunjung Misi Dijaga
SMKTS ke Puncak Jaya


Visi Dijunjung Misi Dijaga
SMKTS ke Puncak Jaya
Usaha Pasti Kita Berjaya


Lagu: Khairy Hazmy bin Hashim
Lirik: Mohd Salleh bin Shari[4]

Senarai Uniform, kelab persatuan dan sukan permainan[sunting | sunting sumber]

Uniform

Pandu Puteri, Puteri Islam, Bulan Sabit Merah, Kadet Remaja Sekolah, Kadet Bomba dan Penyelamat, Pengakap, Taekwondo

Kelab persatuan

Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah & Geografi, Sains & Matematik, Pendidikan Islam, SPBT, Komputer, Seni & Alam Sekitar, Pusat Sumber Sekolah (PSS), Koperasi & Kepenggunaan, Rukun Negara, Pembimbing Rakan Sebaya (PRS), Pencegah Jenayah, Seni & Kebudayaan, Inovasi.

Sukan

Olahraga, Bola Jaring, Bola Baling, Bola Sepak, Sepak Takraw, Ping Pong, Badminton, Bola Tampar, Frisbee, Bola Keranjang, Petanque.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

  1. Bola sepak tempat ke-2 (2011)
  2. Pertandingan Kawad Kaki Peringkat Daerah -kategori NGO - tempat ke 4
  3. Pertandingan Kabaddi Pulau Pinang tempat ke-3 (2020)[5]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Sejahtera
Taman Sejahtera
14000, Bukit Mertajam
Pulau Pinang, Malaysia
Telefon = 6045521805
Fax = 6045516861

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]