Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Seraya

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Seraya
Jenis Sekolah Menengah Kebangsaan, Sekolah kerajaan
Kod sekolah BEA4610
Lokasi  Malaysia Jalan Bunga Melati 8AMPANG, Selangor, Malaysia
Telefon 342923696
Faks 342953820


Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Seraya atau nama ringkasnya SMK Taman Seraya, merupakan sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan yang terletak di Jalan Bunga Melati 8.

Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Seraya memiliki 805 pelajar lelaki dan 773 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1578 orang. Ia mempunyai seramai 93 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Seraya ditubuhkan pada Januari 1989 dengan menumpang di Sekolah Kebangsaan Taman Muda sehingga November 1990. Sekolah terletak dalam kawasan perumahan Taman Seraya. Asal tapak kawasan sekolah berbukit dan telah diratakan untuk mendirikan bangunan sekolah.
Pada peringkat awal penubuhannya, bilangan guru yang mengajar hanya seramai 7 orang. Bilangan murid yang pertama sekali mendaftar seramai 212 orang. Kebanyakan murid perintis datang dari sekolah-sekolah berhampiran iaitu Cheras Baharu dan Sekolah Kebangsaan Taman Tasik. Murid-murid baru ditempatkan dalam enam kelas tingkatan satu. Waktu pembelajaran bermula dari 1.15 petang hingga 6.40 petang. Kini bilangan guru di sekolah menjangkau 83 orang dengan bilangan murid seramai 1487 orang.
Pengetua pertama ialah En Bisiri Bin Singat yang bertugas dari 1989 hingga 1991 sebelum bertukar ke sekolah Kebangsaan Taman Tasik. Kemudian ,jawatan pengetua dipegang oleh Cik Kamariah Binti Sidek dari ogos 1991 hingga oktober 1992. Beliau ditukar ke Sekoalh Menengah Abdul Jalil, Hulu Langat.Kemudian jawatan pengetua dipegang oleh Tuan Hj. Mohammmed Sabudin bin Tamsir. Beliau berkhidmat dari 16 Oktober 1992 hingga Disember 1994. Beliau diganti oleh Puan Zakiah bt. Md. Lassim mulai 16 Mei 1995 sehingga awal tahun 1997. Seterusnya, jawatan beliau dipegang oleh Puan Petri Noor Jaliah. Apabila beliau bertukar ke sekolah lain pada 16 Mac 1998, jawatan pegetua seterunya diterajui oleh Datin Hjh. Halimah sehingga 16 Disember 2001.
Mulai Januari 2003, Cik Kamariah bt. Mohd Sidek menerajui semula sebagai pengetua sehingga menamatkan perkhidmatannya pada 28 April 2006. Tempat beliau diganti oleh Datin Mazilah bt. Ahmad Mansur pada Jun 2006 dan kemudiannya bertukar ke Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Tun Hussein Onn 2 pada 31 Januari 2008. Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Seraya menerima pengetua Puan Siti Zaharah bt. Kadir sebagai pengetua baru pada 1 Februari 2008 sehingga kini.
Bangunan baru sekolah mula dibina pada April 1990. Hasil desakan PIBG, bangunan sekolah dapat digunakanlebih awal iaitu pada Disember 1990. Bangunan baru sekolah terdiri daripada tiga blok iaitu Blok A ( Blok Angsana ), Blok B ( Blok Belian ) dan Blok C ( Blok Cengal).
Pada pertengahan tahun 1994, pembinaan sebuah blok baru yang dikenali sebagai Blok D ( Blok Damar ) bermula. Blok ini dapat digunakan pada tahun 1998. Blok ini menempatkan dua buah bengkel Kemahiran Hidup, sebuah makmal Reka Cipta dan tiga buah makmal Sains Tulen iaitu Fizik, Kimia, dan Biologi. Peperiksaan awam yang pertama ialah peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran pada September 1991. Pada tahun 1992, tingkatan 4 mula diperkenalkan. Peperiksaan SPM yang pertama diadakan pada tahun 1993 mencatat kelulusan 54.96%.
Sekolah mula menubuhkan PIBG di pada tahun 1990. En. Razali b. Jamaluddin dilantik sebagai pengerusi yang pertama. Pada tahun 1997, Sekolah Menengah Taman Seraya ditukar nama kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Seraya dan dinaikkan dari Gred B ke Gred A pada bulan Mac 1998.

Misi dan Visi[sunting | sunting sumber]

  • VISI

Sekolah unggul penjana generasi terbilang


  • MISI

Membangun potensi individu melalui pendidikan berkualiti

Lagu Sekolah[sunting | sunting sumber]

Lagu Sekolah

SMKTS tercinta

Berdiri megah indah perkasa

SMKTS tercinta

Berilmu harmonis terus berbakti

Amalan hidup kami

Di sini kan bersemi

Bakti yang suci murni

Ilmu dicari cita dikejari

Berjaya terus berjaya

Demi agama bangsa Negara

Berusaha penuh rela

Berikrar setia sepenuh jiwa

SMKTS berjaya

Di sini kan bersemi

Bakti yang suci murni

Ilmu dicari cita dikejari

Berjaya terus berjaya

Demi agama bangsa Negara

Berusaha penuh rela

Berikrar setia sepenuh jiwa

SMKTS berjaya

SMKTS berjaya


Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Seraya
Jalan Bunga Melati 8
Selangor, Malaysia
Telefon = 342923696
Fax = 342953820


Pautan luar[sunting | sunting sumber]