Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Tasik, Perak

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Tasik
Moto Rajin berusaha . Berilmu dan beramal . Bersih dan ceria
Jenis Sekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Pengetua Puan Zaiton Bt Yahaya
Penolong Kanan Pentadbiran dan Akademik Tuan Syed Nasir
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid En Adnan B Che Ros
Penolong Kanan Kokurikulum En Roslen Hashim
Kod sekolah AEA6055
Lokasi  Malaysia Jalan Nepturn34000, Taiping,, Perak Darul Ridzwan, Malaysia
Kemasukan Pelajar Dipilih oleh Jabatan Pelajaran Negeri Perak(hanya murid 5A atau 4A boleh memohon)
Telefon 6058085181
Faks 6058053673


Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Tasik atau nama ringkasnya SMK Taman Tasik, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Jalan Nepturn.

Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Tasik memiliki 253 pelajar lelaki dan 292 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 545 orang. Ia mempunyai seramai 55 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

SMK Taman Tasik mula beroperasi pada 2 Januari 1996 dengan 224 orang pelajar dan 22 orang tenaga pelajar . Pengetua yang pertama ialah Pn . Hjh . Noripah bt Md. Shah (6 Disember 1995 hingga 31 Disember 1997).Pengetua yang berkhidmat di SMK Taman Tasik sekarang ialah Pn Zaiton bt Yahaya . Pelajar-pelajar yang belajar di sekolah ini dipilih melalui pencapaian akademik selaras dengan kehendak Pejabat Pendidikan Perak untuk menjadikan sekolah ini sebagai sekolah contoh setanding dengan sekolah-sekolah berasrama penuh yang lain dari segi pencapaian akademik mahupun kokurikulum . Sebagai ‘Sekolah Elit’ Bahasa Inggeris telah menjadi bahasa kedua sekolah ini . Pelajar-pelajar dan guru-gurunya digalakkan bertutur dalam Bahasa Inggeris khasnya dalam upacara-upacara rasmi seta perhimpunan sekolah . Ini selarasnya dengan Wawasan Pendidikan Negara untuk melahirkan generasi yang dapat menguasai Bahasa Inggeris dan boleh ’Duduk sama rendah , berdiri sama tinggi’dengan pelajar-pelajar negara lain di dunia . SMK Taman Tasik telah dirasmikan oleh Pegawai Pendidikan Daerah , Tn Haji Adnan b Ibrahim . Pada hari yang sama juga , sebuah jawatankuasa sementara (ADHOC) ditubuhkan untuk menjaga kepentingan serta menguruskan sekolah yang baru setahun jagung . Pada awal penubuhannya sekolah ini hanya terdapat 11 buah kelas yang dibuka untuk pelajar-pelajar Tingkatan 1 yang melibatkan 125 pelajar iaitu kelas Farabi,Jabar,Qayyum,Razi,Sina dan Khaldun . Bagi pelajar Tingkatan 2 pula hanya dua buah kelas iaitu Sina dan Jabar dengan hanya 48 orang pelajar . Manakala kelas menengah atas tiga buah kelas telah ditawarkan iaitu kelas Sains Tulen , Sains Kejuruteraan dan Sains Pengurusan . Jumlah pelajar yang mengikuti ketiga-tiga kursus yang ditawarkan adlah seramai 51 orang . Pada awal penubuhannya , SMK Taman Tasik merupakan satu-satunya sekolah harian di daerah Larut Matang dan Selama yang mengamalkan sekolah satu sesi . Proses pembelajaran dan pengajarannya bermula 7.30pagi dan berakhir 4.10petang . Kini proses pembelajaran dan pengajarannya bermula 7.30 pagi dan berakhir 2.30 petang untuk kelas menengah rendah dan kelas menengah atas . SMK Taman Tasik juga merupakan sebuah sekolah yang hanya mempunyai satu unit beruniform iaitu Kadet Remaja Sekolah . Upacara perasmian SMK Taman Tasik telah disempurnakan oleh DYMM Paduka Seri Sultan Azlan Shah Ibni Almarhum Sultan Yusuf Izzudin Syah Ghafarullahu-lah pada hari Sabtu , 21 Ogos 1999 bersamaan 19 Jamadil Awal 1420H sempena Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan ke – 71 baginda .

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Tasik
Jalan Nepturn
34000, Taiping
Negeri Perak, Malaysia
Telefon = 6058085181
Fax = 6058053673

Pautan luar[sunting | sunting sumber]