Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Universiti

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
SMK Taman Universiti
Cogan kata Ilmu Jaya Bakti
Ditubuhkan 1994
Jenis Sekolah menengah awam
Pengetua En. Haji Mat Jelani Bin Tasriff
Pelajar 1500+
Lokasi Taman Universiti, Johor, Malaysia
Daerah Johor Bahru
Warna Putih, Biru, Kuning

Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Universiti atau singkatannya, SMKTUN ialah sebuah sekolah menengah yang terletak di Jalan Pendidikan, Taman Universiti, Johor, Malaysia.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah ini telah dibuka pada hari Khamis, 1 Disember 1994. Seramai 1001 orang pelajar telah ditempatkan dalam kelas Peralihan, Tingkatan 1 dan Tingkatan 2 bersana 46 orang guru dalam memulakan sesi persekolahan tersebut.

Pada masa itu, pelajar sekolah ini terpaksa menumpang di Sekolah Rendah Kebangsaan Taman Universiti 2 dan Sekolah Kebangsaan Taman Sri Pulai kerana prasarana yang tidak mencukupi serta keadaan persekitaran yang bising. anak saya sekolah sini

Pelajar mula berpindah ke lokasi sekarang pada 3 April 1995. Pada awal 1998, sekolah ini telah dinaikkan taraf kepada sekolah gred "A" dengan bilangan pelajar seramai 2837 orang dan 124 orang guru dan bilangan pelajar yang bertambah dari tahun ke setahun sehinggalah sebahagian pelajae telah dipindahkan ke dua buah sekolah baru dibuka, SMK Taman Universiti 2 dan SMK Taman Mutiara Rini.

Bangunan sekolah ini dengan bangganya telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato' Hishamuddin Hussein, selaku Menteri Pelajaran Malaysia pada 6 Jun 2004.

Pada tahun 2007, sekolah telah memperolehi hadiah sagu hati dalam Anugerah Lonjakan Saujana Unit Beruniform dan Kelab Persatuan sempena Majlis Anugerah Kualiti Kementerian Pelajaran Malaysia.

Pada tahun 2008, sekolah ini mengukir sejarah apabila kelas KAA (Kelas Aliran Agama) telah diperkenalkan pada bulan Januari.

Sehingga kini, SMK Taman Universiti mempunyai banyak kemudahan dan prasarana yang baik dan tersergam indah untuk kegunaan penghuninya.

Pengetua[sunting | sunting sumber]

  • En. Ahmad bin Atil (1994 - 1996)
  • Pn. Hjh Syam binti Haron (1997 - 1998)
  • Pn. Zainab binti A. Jalil (1998 - 2001)
  • Pn. Hjh Ramlah binti Rahmat (2001 - 2009)
  • Pn. Nilam Bte Othman (2009-2011)
  • En. Mahamud Bin Othaman (2011-2014)
  • Pn. Zaini Binti Embong (2014-2015)
  • Pn. Hjh Halimah Bt Ahmad (2016-2018)
  • En. Rosman Bin Bachok (2018-2020)
  • En. Hj Mat Jelani bin Tasriff (2020-2023)
  • En. Saiful Azizi bin Mohammad Yasin (2023-kini)

Barisan Pentadbir[sunting | sunting sumber]

  • Pengetua :

En Hj Mat Jelani bin Tasriff

  • Penolong Kanan Pentadbiran :

En Suhaimi bin Hashim

  • Penolong Kanan HEM :

En Mahpuz bin Teh

  • Penolong Kanan Ko-Kurikulum :

En Rosli bin Md Husain

  • Penolong Kanan Petang :

Pn Lim Hui Kian

  • Penolong Kanan Pend. Khas :

Pn Noorfazlilah binti Ghapar Shah

  • Guru Kanan Bidang Bahasa :

Pn Hjh Noorfa'izah binti Ghapar Shah

  • Guru Kanan Bidang Teknik & Vokasional :

Pn Hjh Zainab binti Mohammad

  • Guru Kanan Bidang Sains & Matematik :

Pn Hamisah binti Abdullah

  • Guru Kanan Bidang Sains Sosial :

Pn Intan Badariah binti Abu Bakar