Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Abdullah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Abdullah
Lokasi
 Malaysia Jalan Haji Montok, 26600, Pekan,, Pahang Darul Makmur
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah6094221261
Kod sekolahCEA5054
Faks6094227546


Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Abdullah atau nama ringkasnya SMK Tengku Abdullah, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Jalan Haji Montok.

Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Abdullah memiliki 593 pelajar lelaki dan 602 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1195 orang. Ia mempunyai seramai 94 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1965, sekolah ini telah dibuka dengan rasminya dengan nama Sekolah Anika Jurusan, Pekan. Pada awal penubuhannya, sekolah ini menumpang di bangunan Sekolah Kebangsaan Pusat yang kini SK Seri Biram, Pekan.

Bangunan sekolah baru dan asrama sekolah telah siap dibina dan digunakan pada tahun 1967. Pada tahun tersebut juga, kumpulan perintis pelajar-pelajar Tingkatan 3 mengambil peperiksaan SRP (Sijil Rendah Pelajaran).

Perasmian sekolah dan asrama baru dengan nama Sekolah Menengah (Rendah) Kebangsaan Pekan oleh Almarhum Sultan Abu Bakar Ibni Almarhum Sultan Abdullah, Sultan Pahang, telah diadakan pada 23 Mei 1969.

Pada 23 September1973, PIBG Sekolah Menengah (Rendah) Kebangsaan Pekan telah ditubuhkan. Pada bulan Jun 1974, PIBG sekolah ini telah diterima menjadi ahli gabungan PIBG Daerah Pekan. Hari Ucapan dan Penyampaian Hadiah kali pertama telah diadakan pada 24 Julai 1975.

Pada 16 Februari 1979, secara rasminya nama Sekolah Menengah (R) Kebangsaan Pekan telah ditukar nama kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Abdullah, Pekan.

Pada 31 Mei 1981, YAB Datuk Mohd Najib bin Tun Hj Abdul Razak, Timbalan Menteri Pelajaran pada ketika itu telah merasmikan Hari Ucapan dan Penyampaian Hadiah serta Mesyuarat Agung PIBG.

Mesyuarat Agung Penubuhan Koperasi SMK Tengku Abdullah Berhad telah dibuat pada tanggal 13 Mei 1982. Pada tahun 1985 pula telah menyaksikan pembinaan surau sekolah. Turutan dari itu padang sekolah telah dapat disempurnakan pada tahun 1986 dan pgada tahun berikutnya, 1987, Sukan Tahunan dapat diadakan buat pertama kalinya di padang tersebut. Gelanggang Tenis pula telah disiapkan pada tahun 1990.

SMK Tengku Abdullah, Pekan telah merayakan sambutan Jubli Perak pada tahun 1990.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Abdullah
Jalan Haji Montok
26600, Pekan
Pahang, Malaysia
Telefon = 6094221261
Fax = 6094227546

Pautan luar[sunting | sunting sumber]