Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Ampuan Jemaah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Ampuan Jemaah




Lencana Sekolah

Lokasi
Klang, Pelabuhan Klang, Selangor Darul Ehsan
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Menengah Harian
Moto"Rajin, Usaha, Jaya"
Nombor sekolah(+603) 3168 6939
Kod sekolahBEA0094
PengetuaEncik Shukri Bin Zakaria
GPK Pentadbiran dan AkademikPuan Faridah Esa
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridEncik Saidin Ahmad
Penolong Kanan KokurikulumPuan Norala Abd Kadir
Laman sesawang

Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Ampuan Jemaah atau nama ringkasnya SMKTAJ / STAJ, ialah sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan yang terletak di Jalan Pandamaran, Klang, Selangor.

Kini setelah 50 tahun SMKTAJ bertapak di Pelabuhan Klang, banyak perubahan yang dialami sama ada dari aspek pembangunan fizikal, pembangunan sahsiah dan bidang akademik serta kokurikulum. Pada tahun 2011, SMKTAJ menjadi sekolah yang mempunyai murid paling ramai di kawasan Pelabohan Klang dengan bilangan pelajar berjumlah 2277 orang (setakat Februari 2016) dan bilangan guru seramai 125 orang.

Di bawah Rancangan Malaysia Ke-9 (RMK-9), sekolah ini menerima bangunan tambahan yang meliputi dewan sekolah dan blok bengkel untuk kegunaan pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1966, sebuah sekolah ditubuhkan di kawasan Pelabohan Klang yang diberi nama Sekolah Menengah Lapangan Terbang Lama Port Swettenham dan menumpang di Sekolah Menengah Perempuan Raja Zarina.

Bermula April 1972, sekolah ini menerima bangunan baru yang terletak bersebelahan dengan Sekolah Menengah Lelaki Dato' Hamzah dan dikenali dengan nama Sekolah Kebangsaan Pelabohan Klang.

Pada 8 Jun 1974, Sultan Selangor ketika itu, Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah al-Haj mencemar duli merasmikan sekolah ini. Dengan perkenan baginda, sekolah ini dikurniakan nama Sekolah Menengah Tengku Ampuan Jemaah sempena nama bonda baginda.

Pengetua yang pernah berkhidmat[sunting | sunting sumber]

  1. Encik Aziz bin Khusrin (1966 - 1978)
  2. Encik Mohd. Ropi bin Jahis (1978 - 1982)
  3. Encik Zorkarnain bin Abdul Rahman (1982 - 1 bulan)
  4. Tuan Haji Ghaffar bin Sareh (1982 - 7 bulan)
  5. Encik Mohd Isa bin Abu (1995 - 1998)
  6. Puan Zaharah binti Che Ahmad (1998 - 2003)
  7. Encik Mohamad Dzur bin Abdul Rahman (2003 hingga 2011)
  8. Puan Noor Mala binti Hamzah (2012 hingga 2016)
  9. Encik Zakaria bin Ismail (2016 hingga 2019)
  10. Encik Shukri Bin Zakaria (2019 hingga kini)

Visi sekolah[sunting | sunting sumber]

SMKTAJ sebagai penjana modal insan berilmu dan berakhlak mulia dengan memperkasa ICT menjelang 2017.

Misi sekolah[sunting | sunting sumber]

SMKTAJ berazam melahirkan insan cemerlang dan seimbang serta mewujudkan sekolah berwatak berasaskan cara-cara berikut:

  • Membentuk insan kamil yang patuh kepada Tuhan, ibu bapa, guru dan pemimpin.
  • Mendidik pelajar dengan ilmu yang bermanfaat dan nilai akhlak yang mulia.
  • Memastikan pentadbiran dan pengurusan sekolah bersistematik dan berkesan.
  • Mewujudkan persekitaran sekolah yang selamat, ceria dan bersih bagi keberkesanan P&P.
  • Memperkasa keberkesanan ICT sebagai medium P&P dan tadbir urus berkesan.

Lagu sekolah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Tengku Ampuan Jemaah,
Serba indah dan megah,
Murid bersatu berbilang bangsa,
Ingin maju dan jaya.

Satu hala satu cita,
Akan terus berusaha,
Dengan bimbingan guru semua,
Untuk nusa dan bangsa.

Sekolah Tengku Ampuan Jemaah,
Serba indah dan megah,
Murid bersatu berbilang bangsa,
Ingin maju dan jaya

Dengar Minus One SMKTAJ

Lagu: Subbian Mohd Sharif
Lirik: Abdul Aziz Khusrin/Subbian Mohd Sharif

Gubahan Semula : Sajali Subari

Ikrar pelajar[sunting | sunting sumber]

Bahawasanya kami, pelajar-pelajar SMK Tengku Ampuan Jemaah berikrar, akan taat setia kepada agama, perintah ibu bapa dan guru-guru kami.

Kami juga berjanji akan menjadi pelajar yang berdisiplin, bertanggungjawab, berkeyakinan, bersatu padu dan berakhlak mulia, menghadapi pelajaran dengan tekun serta mengambil bahagian dalam semua aktiviti sekolah.

Kami berjanji akan memelihara nama baik sekolah, patuh kepada peraturannya agar menjadi modal insan berilmu dan berakhlak mulia dengan memperkasa ICT.

Piagam sekolah[sunting | sunting sumber]

Kami staf SMK Tengku Ampuan Jemaah, Pelabohan Klang berikrar akan bekerjasama dengan ibu bapa dan masyarakat bagi

  • Melahirkan pelajar-pelajar yang berilmu, berketrampilan dan prihatin terhadap persekitaran.
  • Membimbing pelajar ke arah pembentukan sahsiah dan akhlak mulia.
  • Mempertingkatkan prestasi akademik dan kokurikulum.
  • Mewujudkan persekitaran sekolah yang bersih dan suasana penyayang.

Budaya sekolah[sunting | sunting sumber]

  • Mengamalkan sikap bersopan-santun dan berbudi pekerti yang tinggi.
  • Sentiasa berusaha sendiri dan mengeluarkan mutu kerja yang tinggi.
  • Memupuk perasaan taat dan percaya kepada kebolehan sendiri.
  • Mewujudkan taraf kebersihan yang membanggakan.
  • Meninggalkan amalan ponteng.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Perkara Pencapaian
Kejohanan Bola Sepak MSSD Klang Naib Johan L18
Boling Tenpin MSSD Klang Johan (Darren) & Naib Johan (Ivan)
Kejohanan Sepak Takraw MSSD Klang Johan
Pertandingan Kawad Kaki NGO Puteri Johan Daerah Klang (2007,2009-2011)

Johan Peringkat Negeri (2009)

Pertandingan Kawad Kaki NGO Putera Johan Daerah Klang (2008,2009,2011)

Johan Peringkat Negeri & Kebangsaan (2008,2009)

Ragbi MSSD Klang Naib Juara
Kejohanan Bola Sepak MSSS Johan
Kejohanan Ragbi MSSS Naib Johan Bowl
Kejohanan Ragbi Antarabangsas SEMASHOR 2010 Johan Shield
Kejohanan Ragbi Antarabangsa Iskandar Malaysia 10 Separuh Akhir
Kejohanan Sepak Takraw - Berpasukan Johan

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Ampuan Jemaah
Jalan Pandamaran
42000 Pelabuhan Klang
Selangor Darul Ehsan
No. Telefon : +603 3168 6939
No. Faks : +603 3168 7834
Emel : bea0094_staj@yahoo.com

Pautan luar[sunting | sunting sumber]