Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Sulaiman

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Sulaiman
Lokasi
Beseri, 02400, Kangar,, Perlis Indera Kayangan
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah6049381367
Kod sekolahREE0063[1]
Faks6049386031
Laman sesawang
Map

Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Sulaiman atau nama ringkasnya SMK Tengku Sulaiman, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di bahagian Tunjong dalam Daerah Beseri (N2). Sebuah daerah di negeri Perlis yang terletaknya di bahagian utara negeri itu.

Pada tahun 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Sulaiman memiliki 787 pelajar lelaki dan 725 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1512 orang. Dan ia mempunyai seramai 123 orang guru.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Ditubuhkan pada Januari 1965 dengan murid seramai 207 dan guru seramai 10 orang. Nama sekolah ini diambil sempena Yang Teramat Mulia Tengku Suleiman Ibni Al-Marhum Tengku Bendahara Abu Bakar, menantu Tuanku Raja Perlis yang menjadi Pemangku Raja Perlis (1962-1965).

Pada ketika itu, sekolah ini hanya memuatkan beberapa kelas dan lingkungan staf serta guru-guru yang dengan jumlah yang kecil sahaja. Ianya juga bersebelahan dengan Sekolah Rendah Seri Tunjong.

Pada 12 Oktober 2016, satu kebakaran telah berlaku di sekolah ini pada jam 11.55 pagi. Hal ini telah menyebabkan makmal komputer dan bilik masakan sekolah ini terbakar. Pada ketika itu, terdapat 208 orang pelajar, calon PT3 yang sedang berada di sekolah tersebut untuk menjawab kertas Pendidikan Islam dan ini telah menyebabkan ujian yang sedang dijalankan itu tergendala selama 40 minit. [2]

Maklumat[sunting | sunting sumber]

Pada tahun-tahun 1970-an hingga pertengahan tahun 1980-an, sekolah ini merupakan destinasi utama pelajar-pelajar dari keseluruhan Daerah Titi Tinggi (N1), Beseri (N2), Chuping (N3), Mata Ayer (N4) dan Santan (N5). Ini berlaku memandangkan ketika itu ia merupakan antara sekolah menengah yang tertua di Perlis. Rata-rata pelajar yang pernah belajar di sekolah ini, datangnya dari pelbagai kumpulan etnik dengan majoritinya dari kaum Melayu. Minoriti pelajar terdiri dari kaum Cina, India dan Siam (Malaysian Thai).

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Sulaiman
Tunjong, Beseri
02400, Kangar
Perlis, Malaysia
Telefon: 6049381367
Fax: 6049386031

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]