Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Melaka

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Melaka
Malacca High School
马六甲高等中学
Moto Meliora hic sequamur
Latin : Here let us strive for better things
Dirasmikan 1826
Jenis Sekolah Harian Berasrama
Pengetua En. Ramnan bin Saidun
Penolong Kanan Pentadbiran dan Akademik En. Razali bin Kudap
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Tn. Hj. Pardan bin Moslem
Penolong Kanan Kokurikulum En. Gan Ah Wah
Pengerusi PIBG Datuk Dr. Hj Mohd Jamil bin Mukmin
Lokasi Jalan Chan Koon Cheng, 75000, Melaka Bandaraya Bersejarah, Malaysia
Nama singkatan STM / MHS
Laman web Laman Rasmi


Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Melaka atau lebih dikenali sebagai Sekolah Tinggi Melaka (STM) merupakan sekolah kedua tertua di Malaysia setelah Penang Free School. Sekolah yang kini megah berdiri di Jalan Chan Koon Cheng, Melaka ini telah melahirkan ramai anak Malaysia yang kini namanya gah dalam mahupun luar negara menerusi bidang masing-masing. Malah beberapa kejayaan dalam mahupun luar negara telah beberapa kali dikecapi sehingga ke hari ini. Malah, pelbagai pengiktirafan telah diterima oleh SMK Tinggi Melaka antaranya sebagai salah satu sekolah premier di Malaysia, dan Anugerah Sekolah Cemerlang (Kategori Lonjakan Saujana SPM). Baru baru ini SMK Tinggi Melaka telah diiktiraf sebagai salah sebuah sekolah kluster kecemerlangan di Malaysia.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Bermula pada 7 Disember 1826, STM dengan rasminya ditubuhkan. Penubuhan ini adalah tidak lama setelah negeri Melaka menjadi wilayah jajahan Inggeris (17 Mac 1824). Penubuhannya adalah ilham Thomas H. Moore yang telah datang ke Melaka pada 1825 atas undangan Milne untuk menjadi tenaga pengajar di Anglo Chinese College. Dalam suratnya yang bertarikh 4 Januari 1825, beliau Thomas H. Moor telah menyatakan hasratnya kepada Arundel di Kota London untuk membuka sebuah sekolah aliran Inggeris di Melaka. Ilham beliau telah mendapat sokongan dan perhatian daripada beberapa orang yang berpengaruh, termasuklah James Humphrey iaitu seorang “Superintendent” dalam London Society’s Mission. Dengan bantuan mereka semua inilah secara rasmi “Malacca Free School” dibuka. Latar belakang kepada pengasasan sekolah ini berikutan penutupan sebuah sekolah Belanda-Melayu yang ditubuhkan oleh mubaligh Kristian pada 1819. Sekolah Belanda-Melayu itu terpaksa ditutup berikutan pertukaran pemerintahan Belanda kepada Inggeris. Bermula dengan nama “Malacca Free School”, sekolah yang sepatutnya dikemudi oleh mubaligh-mubaligh Kristian terpaksa diambilalih oleh kerajaan British berikutan masalah kewangan dan pentadbiran yang dihadapi oleh mubaligh-mubaligh Kristian ini.

STM bukan sahaja membuka pintunya kepada semua bangsa dan agama, namun ia juga memberikan pelajaran percuma kepada para pelajarnya. Justeru, ia dinamakan “free” (percuma atau bebas). Ini berbeza dengan Penang Free School (1816) dan Singapore Free School (1823) yang sezaman dengan STM, yang mana kedua-dua sekolah ini hanya “free” dari segi pengambilan pelajar sahaja, tetapi mengenakan bayaran (yuran) kepada pelajar-pelajarnya.

Lokasi STM[sunting | sunting sumber]

Pada awal penubuhannya, STM terletak di bangunan Personage House (sekarang Muzium Belia Melaka). STM dalam sejarahnya telah mengalami dua kali perpindahanm iaitu pada 1884 dan 1931. Perpindahan ini disebabkan oleh kemajuan yang dicapai STM dari segi bilangan penuntutnya yang semakin meningkat walaupun dalam kadar yang minimum.

Pada 1884, STM berpindah ke bangunan baru iaitu Mahkamah Tinggi Melaka yang dahulu. Perpindahan ke bangunan baru ini kerana bangunan lama sudah tidak sesuai lagi. Bangunan ini diilhamkan oleh F.C. Shepberd pada 1882. Bangunan baru ini boleh menampung seramai 200 orang pelajar.

Beberapa tahun selepas itu, cadangan dikeluarkan untuk membina STM di Padang Kubu. Namun hasrat ini terbatal apabila Tuan Haji Bachee bin Ahmad bermurah hati menjualkan tapak sekolah ini kepada kerajaan atas kesedaran betapa mustahaknya tujuan pembinaan sekolah ini demi anak bangsanya.

Pada tahun 1928, bangunan baru di Jalan Chan Koon Cheng mula dibina dengan perbelanjaan sebanyak $170,00 yang tidak termasuk harga pembelian tanah. Bangunan baru ini dilengkapi rumah guru, tandas serta sistem peparitan. Bangunan dua tingkat ini akan kelihatan seakan-akan huruf “E” yang mana pendapat mengatakan ia dicipta sebagai menggambarkan Inggeris (English). Bangunan ini masih boleh kelihatan di ruang udara sehingga kini dan masih utuh walaupun dimamah zaman.

Menjelang 1934, penambahan dilakukan. Perbelanjaan hampir $ 5,000 untuk membina “Quarters for Boarding Master”, tempat parkir dan armuri (tempat penyimpanan bahan api, stor, pancaragam dan bilik kadet).

STM juga pernah menggunakan Bandar Hilir English School (kini, Sekolah Kebangsaan Bandar Hilir) apabila STM digunakan oleh tentera British.

Pelajar-pelajar STM[sunting | sunting sumber]

STM memulakan sejarahnya dengan bilangan pelajar seramai 18 orang murid lelaki. Pada tahun 1828, STM membuka pintunya kepada pelajar-pelajar perempuan dan seramai 65 pelajar perempuan mendaftar di STM. Pada tahun 1834, pelajar perempuan tidak lagi dibenarkan bersekolah di STM apabila Miss Wallace menggantikan Maria Neweel yang berpindah dan berkhidmat di Canton, China. Namun, beberapa tahun kemudian STM cuba membuka peluang kepada pelajar perempuan untuk bersama-sama membangunkan pendidikan di STM tetapi disebabkan kekurangan alat-alat pengajaran dan sikap dingin pelajar perempuan, sistem keterbukaan kepada pelajar perempuan dihentikan serta-merta. Para pelajar STM kebanyakannya berasal dari kawasan-kawasan sekitar Melaka seperti Klebang, Limbungan, Bukit Rambai, Ujong Pasir, Masjid Tanah, Alor Gajah dan kawasan-kawasan lain. Bermula dari tahun 1826 sehinggalah perang dunia kedua, bilangan pelajarnya tidak pernah mencapai angka 500 orang melainkan pada tahun 1907 di mana pelajarnya seramai 505 orang. Selepas perang, sekolah ini telah berkembang pesat. Kini, STM berbangga memiliki seramai 2000 orang pelajar untuk setiap tahun.

Asrama Putera STM[sunting | sunting sumber]

Asrama STM dibina pada 1942 yang mana pengetuanya adalah Mr. C.G. Coleman. Asrama ini boleh menampung seramai 60 orang pelajar sahaja. Pada tahun 1972, pihak Kementerian Pelajaran Malaysia telah melaksanakan dasar pemilihan pelajar rancangan khas. Pelajar-pelajar di Melaka yang mencapai keputusan cemerlang dalam peperiksaan Penilaian Darjah Lima akan ditempatkan di STM. Bilangan yang dipilih adalah seramai 80 orang.

1975, bangunan asrama lama telah diruntuhkan untuk pembinaan dewan sekolah (masih berfungsi sebagai dewan shingga kini). Bangunan asrama pula dibina di belakang kawasan sekolah dan dinamakan Asrama Rancangan Khas. Bangunan itu menampung 118 orang ketika itu. Namun, sebuah lagi bangunan asrama dibina pada 1983 untuk menampung seramai 300 orang pelajar. Kemudahan yang disediakan termasuklah dewan makan, surau, bilik rehat, bilik rawatan, perpustakaan yang berhawa dingin, bilik komputer, bilik televisyen serta sebuah kolam ikan serta sebuah air terjun untuk memperindahkan lagi kawasan asrama.

Kini, asrama ini dikenali sebagai Asrama Tan Sri Datuk Wira Abdul Rahman semperna memperingati Tan Sri Datuk Wira Abdul Rahman yang pernah menjadi Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia dan beliau juga antara putera sulung STM yang menghuni asrama terbabit (1948-1965).

Dewan STM[sunting | sunting sumber]

Dewan digunakan untuk mendidik, mengekalkan perpaduan, perkembangan rohani dan fizikal, serta menjadi institusi masyarakat setempat. Projek pembinaan atau Rancangan Pembinaan Dewan Sekolah telah diluluskan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia pada tahun 1974 dengan peruntukan sebanyak RM150,000 sahaja. Namun, projek ini dibatalkan apabila pihak pentadbir memohon penambahan peruntukan memandangkan STM memerlukan dewan yang besar untuk menampung pelajar yang ramai. Dengan usaha pihak Lembaga Pengelola Sekolah, guru-gura dan Persatuan Ibu, Bapa & Guru (PIBG), mereka telah menganjurkan “Walkaton” yang diadakan pada 25 September 1977. Hasil pungutan ini, STM melancarkan Tabung Pembinaan Dewan Sekolah Tinggi Melaka. Pada 7 Mac 1981, Tun Syed Zahiruddin bin Hassan Al-Haj telah merasmikan dewan STM untuk kegunaan pelajar dan masih gah hingga sekarang.

Surau STM[sunting | sunting sumber]

Menyedari bilangan para pelajar beragama Islam yang semakin meningkat serta peranan sekolah ini yang sentiasa menjadi tumpuan masyarakat seluruh Malaysia untuk menadakan kegiatan sukan, lawatan, persinggahan dan sebagainya, pada 1982, pengerusi PIBG STM (Datuk Idris Abd Ghani) serta ahli jawatankuasa yang lain, berjaya memungut RM74,000 (serta penambahan RM10,000 dari Tabung Pembangunan Sekolah), pembinaan surau sekolah akhirnya terlaksana. Pada Oktober1984, ia mula digunakan oleh pelajar dan masyarakat beragama Islam.

Lambang[sunting | sunting sumber]

Lambang kini diperkenalkan pada 1931 yang terhasil dari bentuk kota A’Famosa. Pada masa itu juga cogan kata sekolah, Meliora Hic Sequamur diperkenalkan. Lambang ini bermakna sejarah, kekuatan & keteguhan. Warna ungu & hijau menghidupkan lagi lambang sekolah ini. Ungu melambangkan keselesaan & keinginan, manakala hijau melambangkan kebebasan & keamanan. Lambang sekolah pada mulanya hanya disematkan di dada para pengawas sekolah tetapi mulai 1970, semua pelajar STM diwajibkan memakainya.

Cogan Kata STM[sunting | sunting sumber]

Meliora Hic Sequamur[sunting | sunting sumber]

Cogan kata sekolah ini bermaksud “Di Sini Kita Mempelajari Semua Yang Baik” diperkenalkan oleh pengetua Mr. L.W. Arnold pada tahun 1931 apabila STM berpindah ke bangunan baru yang kekal hingga kini. Cogan kata ini bersesuaian dengan nama sekolah kerana bermula dengan abjad yang sama dengan nama sekolah ( Malacca High School ) pada setiap perkataan. Ia merupakan bahasa Portugis dan masih boleh kelihatan pada lambang sekolah.

Sini Terdidik Manusia[sunting | sunting sumber]

Sejajar dengan hasrat kerajaan yang ingin mengangkat bahasa Melayu dalam semua urusan kerajaan, cogan kata ini diperkenalkan oleh Tuan Haji Abd Rafie bin Mahat. Ia selaras dengan nama Sekolah Tinggi Melaka (lihat abjad pertama setiap perkataan)

We Are The Best[sunting | sunting sumber]

Sebagai seorang uang bertanggungjawab dalam membangunkan mutu pendidikan sekolah, Tuan Haji Mohamad bin Ismail memperkenalkan semangat ingin maju dengan cogan kata ini. Ia dicipta pada 1991.

Mesra, Hormat, Sayang[sunting | sunting sumber]

Moto ini diperkenalkan oleh bekas pengetua, Tuan Haji Noh bin Haji Ahmad pada tahun 2001.

High school cemerlang, pelajar terbilang[sunting | sunting sumber]

Moto ini diperkenalkan oleh pengetua, Tuan Haji Abd Razak bin Che Ngah pada tahun 2008.

Piagam Pelanggan STM[sunting | sunting sumber]

Kami warga SMK Tinggi Melaka dengan penuh iltizam dan tekad akan menguruskan sekolah dengan dedikasi, cekap dan berkesan. Oleh itu, kami berjanji akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk:

  • Memberi layanan dan peluang pendidikan yang saksama serta adil kepada semua murid tanpa mengira keturunan, agama dan latar belakang ekonomi dan budaya.
  • Memberi bimbingan dan didikan yang cemerlang untuk melahirkan insan yang berilmu, berakhlak dan beramal.
  • Mewujudkan iklim sekolah yang harmonis, selamat dan selesa kepada proses pengajaran dan pembelajaran.
  • Melahirkan murid yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial(JERIS)
  • Memastikan keselamatan murid semasa di kawasan sekolah sentiasa terjamin.
  • Menyediakan kemudahan pendidikan yang lengkap, berkualiti dan berasaskan teknologi terkini.
  • Mempertingkatkan budaya ilmu dalam kalangan warga sekolah.
  • Melayani ibu bapa atau penjaga dan tetamu atau pelawat dengan penuh mesra dan prihatin.
  • Bekerjasama dengan semua agensi kerajaan dan swasta yang berurusan dengan sekolah.
  • Memberi khidmat yang cekap, cemerlang dan berkualiti kepada murid, ibu bapa, komuniti setempat, Jabatan Pelajaran Melaka dan Kementerian Pelajaran Malaysia.
  • Melaksanakan dasar pendidikan negara berlandaskan akta, pekeliling dan peraturan yang ditetapkan.
  • Mematuhi arahan perkhidmatan untuk kesejahteraan dan keselamatan murid.

Visi STM[sunting | sunting sumber]

“Ke Arah Pendidikan Cemerlang”

Misi STM[sunting | sunting sumber]

“Mendidik pelajar secara menyeluruh & bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang”

Strategi STM[sunting | sunting sumber]

    • Melahirkan suatu budaya kondusif dalam proses pembelajaran dan pengajaran
    • Merancang dan melaksanakan pelbagai program kurikulum dan ko-kurikulum selaras dengan falsafah pendidikan negara


Lagu STM[sunting | sunting sumber]

Sekolah Tinggi Melaka ke seluruh negara

Beramai-ramai kita dukung Rukun Negara

Satu padu bertenaga majukan negara

Prinsip hidup progresif amalan sekolah kita

Sejak lapan belas dua enam namamu terbina

Sepanjang masa kemuka, mulia dan bahagia

Sekolah Tinggi, Sekolah Tinggi tempatmu berbakti

Perpaduan bercahaya kekalan abadi.

Senarai Pengetua STM[sunting | sunting sumber]

  • 1826 - Mr. T.H. Moore
  • 1843 - Mr. John Overee
  • 1862 - Mr. T. Smith
  • 1878 - Mr. A. Armstrong
  • 1893 - Mr. J. Howell
  • 1916 - Mr. C.F.C. Ayre
  • 1921 - Mr. C. Beamish
  • 1924 - Mr. C.G. Coleman
  • 1930 - Mr. T.A.O. Sullivan
  • 1931 - Mr. L.W. Arnold
  • 1934 - Mr. L.A.S. Jermyn
  • 1941 - Mr. C.A. Scott, Mr. Lee Chin Lin
  • 1945 - Mr. Goh Tiow Chong
  • 1946 - Mr. C. Foster, Mr. C.J. Gurney
  • 1950 - Mr. G.P. Dartford
  • 1952 - Mr. F.T. Laidlaw, Mr. E.H. Bromley
  • 1956 - Mr. A. Atkinson
  • 1957 - Mr. W. Gibson
  • 1958 - Mr. K. Kandiah, Mr. Ee Tiang Hong
  • 1960 - Mr. C.T. Wade, Mr. Goh Keat Seng
  • 1965 - Mr. Tan Teik Hock
  • 1969 - Mr. Lim Leng Lee
  • 1970 - Mr. K. Anandarajan
  • 1972 - Mr. Chan Ying Tat
  • 1985 - Tn. Haji Abdul Rafie bin Haji Mahat
  • 1991 - Tn. Haji Mohammad bin Ismail
  • 1994 - Tn. Haji Hussin bin Abdul Hamid
  • 1996 - En. Mohd Zin bin Abdul Hamid
  • 1998 - Tn. Haji Othman bin Ibrahim
  • 2000 - Tn. Haji Noh bin Haji Ahmad
  • 2001 - Tn. Haji Ya'amah bin Mohd Dris
  • 2003 - En. Mohd Ali bin Saed
  • 2006 - En. Yusof bin Haji Ahmad
  • 2006- Tn. Haji Abd. Razak bin Che Ngah
  • 2014 - En. Ramnan bin Saidun

Bekas Pelajar[sunting | sunting sumber]


  • Tan Sri Datuk Wira Abdul Rahman Arshad
    • Bekas Ketua Pengarah Pendidikan


  • Mendiang Tun Tan Cheng Lock
    • Pengasas dan Presiden MCA
    • Rakyat Malaysia pertama yang mandapat gelaran 'Tun' daripada Yang Dipertuan Agong pertama, Tuanku Abdul Rahman.
    • Mendapat gelaran 'Sir' daripada Ratu England.


  • Mendiang Tun Tan Siew Sin
    • Bekas Presiden MCA
    • Bekas Menteri Kewangan Malaysia
    • Bekas Menteri Perdagangan dan Industri Malaysia
    • Anak kepada Tun Tan Cheng Lock


  • Datuk Hj. Zainal Abidin bin Hj. Ahmad, AMN
    • Bekas Pengarah Pendidikan Melaka


  • Encil Mohd Ali bin Mohd, AMN
    • Bekas Pengarah Pendidikan Melaka


  • Datuk Hj. Tambi Chik bin Hj. Hassan, DKSJ, JMN, JP
    • Bekas ahli politik dan perniagaan
    • Pengerusi Lembaga Pengelola SMK Tinggi Melaka






  • Datuk Hj. Ibak bin Abu Husin
    • Bekas Pengurus Besar Lembaga Letrik Negara


  • Dr. MC Umapathy
    • Bekas Pakar Bedah Negeri Melaka


  • Mejar Jeneral Dato’ Shahrudin bin Mohd Ali


  • Datuk Seri Mohd Adib bin Hj. Mohd Adam
    • Bekas Ketua Menteri Melaka
    • Bekas Menteri Penerangan Malaysia



  • Tan Sri Dato’ Dr. Johari bin Mat
    • Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia


  • Tan Sri Hasmy Agam
    • Duta Besar Malaysia


  • Dato’ Md Said Mohd Ali


  • Allahyarham Tan Sri Hj. Abdul Rafiee Hj. Mahat
    • Bekas Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
    • Bekas Pengarah Pelajaran Negeri Melaka
    • Bekas Pengetua Sekolah Tinggi Melaka


  • Datuk Wira Mohd Ali bin Mohd Rustam
    • Bekas Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Melaka
    • Bekas Timbalan Menteri Pengangkutan Malaysia
    • Bekas Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia
    • Ketua Menteri Melaka
    • Naib Presiden UMNO








Lihat Juga[sunting | sunting sumber]

Pautan Luar[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]