Sekolah Tinggi Perempuan Melaka

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
SMK TINGGI PEREMPUAN MELAKA
Lokasi
Melaka
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahKluster Kecemerlangan
MotoIlmu Punca Kebijaksanaan
Nombor sekolah06 - 2921206
Kod sekolahMEB 2092[1]
PengetuaPuan Noraziah binti Bidin
GPK Pentadbiran dan AkademikPuan Izarina binti Abd Razak
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridPuan Seet Guan Neo
Penolong Kanan KokurikulumPuan Andi Anggeriani binti Andi Asri
Laman sesawang


Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Perempuan Melaka terletak di kawasan bandar iaitu kira-kira 2 km dari Bandar Melaka iaitu di Jalan Tun Fatimah, Durian Daun. Kawasan ini mempunyai beberapa buah sekolah lain, iaitu SMK Tun Tijah dan SMK Durian Daun.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah ini telah dibuka pada tahun 1961. Sebelum ini ia adalah sebahagian dari Sekolah Menengah Gajah Berang iaitu semenjak tahun 1959. Sewaktu mula-mula dibuka, bilangan murid-muridnya hanya seramai 414 orang dan semuanya terdiri daripada murid-murid perempuan. Pada ketika itu sekolah ini mempunyai dua bahasa pengantar iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Walau bagaimanapun pada tahun 1965, bahagian yang berpengantar Bahasa Malaysia berpindah ke bangunan lain dan seterusnya bertukar nama menjadi Sekolah Menengah Tun Tijah. Sekolah Tinggi Perempuan ini dirasmikan oleh Yang Berhormat Menteri Pelajaran Persekutuan Tanah Melayu iaitu Encik Abdul Rahman bin Hj. Talib pada tahun 16 November 1962. Terdapat 11 bangunan pada awalnya iaitu pejabat sekolah, bilik guru, bilik darjah dan makmal sains. Tiga buah blok lagi dibina untuk dijadikan asrama. Terdapat sebuah padang yang terletak bersebelahan dewan sekolah, sebuah pusat sumber galeri seni dan galeri warisan. Aliran sains bermula dari awal tahun 70-an dan kini meningkat kepada 6 buah kelas. Jumlah kelas telah bertambah daripada 12 buah (1961) menjadi 39 buah yang terdiri Tingkatan 1 hingga Tingkatan 6 Atas (Januari 2007).

Aliran sastera pula telah diadakan lebih awal iaitu pada tahun 1959 (sejak di SMK Gajah Berang). Bilangan guru pada awalnya hanya seramai 29 orang dan bilangan pekerja hanya seramai 5 orang. Dahulu, sekolah ini dikenali sebagai Malacca Girls High School (MGHS) bersesuaian dengan penubuhanya yang dikhaskan kepada murid perempuan sahaja dari dahulu sehingga kini. bilangan murid daripada 414 orang (1961) kepada 1031 orang (Jun 2017). Manakala bilangan guru pula daripada 37 orang (1973) menjadi 90 orang (Jun 2017) dengan bilangan staf sokongan ialah seramai 20 orang serta penghuni asrama seramai 300 orang.

Pada tahun 2007, sekolah ini telah menerima Anugerah Sekolah Cemerlang dan seterusnya pada  tahun 2008, SMKTPM berdiri gah sebagai sebuah Sekolah Kluster Kecemerlangan (SKK) Gred A di daerah Melaka Tengah, Melaka. Mata pelajaran Seni Visual dan Pasukan Pancaragam dipilih sebagai bidang kebitaraan sekolah. 

Prinsip Sekolah[sunting | sunting sumber]

Visi[sunting | sunting sumber]

Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera 

Misi[sunting | sunting sumber]

Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara.

Objektif Sekolah[sunting | sunting sumber]

  • Meningkatkan prestasi pencapaian keputusan peperiksaan PBSMR, SPM dan STPM ke arah 100% lulus.
  • Meningkatkan pencapaian tertinggi dalam PBS Tingkatan 1,2 dan 3.
  • Meningkatkan kualiti A dalam SPM.
  • Meningkatkan kualiti prinsipal A (4P) dalam STPM.
  • Meningkatkan kecemerlangan pelajar dalam bidang kokurikulum ke peringkat negeri dan kebangsaan.
  • Menyediakan iklim dan mengembangkan budaya sekolah yang kondusif untuk pendidikan yang berkesan.
  • Mencapai sifar dalam masalah disiplin dan sahsiah.
  • Meningkatkan hubungan sekolah  dengan komuniti.

Falsafah & Nilai[sunting | sunting sumber]

SMK Tinggi Perempuan Melaka berpegang kepada falsafah dan nilai yang berikut: 

Sesungguhnya, kami percaya dan yakin murid–murid SMK Tinggi Perempuan Melaka berpotensi menjadi modal insan berminda kelas pertama yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi, sosial dan jasmani. Kami juga yakin semua guru berupaya mendidik murid–murid dan sentiasa mempunyai inisiatif meningkatkan profesionalisme keguruan.

Piagam Pelanggan[sunting | sunting sumber]

Dalam merealisasikan Visi Sekolah, kami guru–guru dan kakitangan SMK Tinggi Perempuan Melaka berjanji akan:

 

1.   Menyediakan perkhidmatan dan kemudahan pendidikan serta memberi peluang yang adil dan saksama untuk semua murid.

2.   Memberi layanan yang mesra dan mewujudkan hubungan kerjasama yang baik dengan komuniti.

3.   Bersedia menerima pandangan dan teguran membina daripada semua pihak demi mempertingkatkan prestasi dan kecemerlangan sekolah.

4.   Menyegerakan semua tugas dengan mengambil kira perkhidmatan berkualiti diberikan kepada semua pelanggan yang berurusan.

5.   Mengamalkan sistem bestari dalam pengurusan data, tepat dan boleh diakses bila diperlukan.

6.   Membudayakan budaya penyayang dan prihatin pada murid dan warga sekolah

7.   Menjalin hubungan pintar dengan mengadakan jalinan dan jaringan dengan sekolah serta IPTA dan IPTS untuk kecemerlangan sekolah

8.   Menghargai masa dalam setiap pengurusan dengan meminimumkan masa yang diambil dalam setiap tindakan.

9.   Mengamalkan TQM (Total Quality Management).

10. Mencapai kecemerlangan dalam setiap urusan .

 Lencana Sekolah[sunting | sunting sumber]

COKLAT Sentiasa berpegang pada akar budaya dan nilai agama.
KUNING    Kesetiaan kepada Raja dan Negara.
OBOR                     Simbol cahaya penerang kehidupan.
BUKU                     Simbol ilmu pengetahuan.
PENA BULU BURUNG Simbol kemahiran membaca, menulis dan mengira
PADI                      Melambangkan alam pendidikan yang sentiasa dinamik, progresif dan asertif.
PERISAI BERBUCU TIGA Simbol kecemerlangan dalam aspek akademik, sahsiah dan kokurikulum yang bertanggung jawab menjadi benteng yang ampuh bagi menangani segala cabaran kehidupan

Bendera Sekolah[sunting | sunting sumber]

Bendera rasmi sekolah
Bendera rasmi sekolah
 Coklat  Sentiasa berpegang pada akar dan nilai agama
 

Kuning

 

Melambangkan kegigihan untuk mencapai kecemerlangan 

 

Putih

Sentiasa menjaga maruah dan nama baik sekolah. 

Barisan Pengetua[sunting | sunting sumber]

Bil. Dari Hingga Nama Pengetua
1. 1961 1962 En. Yeow Teng Khoo
2. 1963 1968 Pn. Glorina Rajendran
3. 1968 1972 Pn. Chan Yew How
4. 1972 1987 Cik V. Pushpanayagi
5. 1997 2001 Pn. Hajah Rosnah Bt. Hj. Hussin
6. 2002 2003 Datin Wira Hajah Halimah Bt. Abd Manap
7. 2004 2007 Pn. Hajah Mismy Bt. Mohamad
8. 2007 2016 Puan Sri Hajah Norliah Bt. Adam
9. 2016 2021 Pn. Noor Laila Bt. Hamzah
10. 2021 2022 Pn. Rosidah Bt. Harun
11. 2022 Kini Pn. Noraziah Bt. Bidin

Lagu Sekolah (Puteri Pertiwi)[sunting | sunting sumber]

Lagu Sekolah Tinggi Perempuan Melaka dicipta oleh Mat Mohd Sidik dan liriknya oleh Zaiton Hj. Ahmad.

Majulah Sekolah Tinggi Perempuan Melaka
Tempat kuntum-kuntum bunga kembang dan mekar
Indahnya menghiasi jambangan negara
Di sini putri pertiwi bermula

Segala ilmu dituntut sepenuh hati
Dalam sukan berjuang kuat dan berbakti
Guru dihormati, imej dijunjung tinggi
Sejajar dengan nama yang diberi

Kejayaan penuh usaha, kemenangan berwibawa
Itulah matlamat semua
Dengan tidak melupakan nilai-nilai murni kita
Demi sekolah yang tercinta

Pelihara sifat ketimuran kita
Bersopan santun serta berakhlak mulia
Berpelajaran tinggi, sihat dan sejahtera
Pelajar Sekolah Tinggi Perempuan Melaka

Barisan Pentadbir Sekolah Sesi 2023/2024[sunting | sunting sumber]

Pengetua

Puan Noraziah bt Bidin

Puan Izarina bt Abd Razak Guru Penolong Kanan Pentadbiran
Puan Seet Guan Neo GPK HEM
Puan Andi Anggeriani bt Andi Asri GPK KOKU
Puan Azlina bt Awang GKMP - Sains & Matematik
Puan Sulaiza bt Sulaiman GKMP Teknik & Vokasional
Encik Roslan bin Kassim GKMP - Bahasa
Puan Rahmah bt Md Daud GKMP- Kemanusiaan

Barisan Kepimpinan Pelajar Sesi Akademik 2023/2024 [sunting | sunting sumber]

Ketua Pengawas  : AQHLI WAHEEDA BINTI ZAINAL

P. Ketua Pengawas 1  : ALISYA SOFEA BINTI AHMAD SHIBLI

P. Ketua Pengawas 2  : AFIFAH HAZIRAH BINTI ADI HANAFI

Setiausaha  : ALEESYA CAMILLA BINTI AHMAD DAUD

Biro disiplin  : NURUL NABILAH BINTI BADRUL HISHAM

Biro 3 K  : NURDINIE NASUHA BINTI SUHAIMI

Biro Kantin  : SITI NURUL AFIQAH BINTI ABDUL QAHAR

Biro Siaraya  : NURANIS FAATIHAH BINTI BORHAN

Enrolmen[sunting | sunting sumber]

Bilangan Murid

Tingkatan Bilangan
Satu 221
Dua 221
Tiga 167
Empat 155
Lima 175
Jumlah 939

Bilangan Guru 

Jantina Bilangan
Lelaki 11
Perempuan 79
Jumlah 90

 Bilangan Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) 

Jantina Bilangan
Lelaki 8
Perempuan 6
Jumlah 14

 

Pencapaian Sekolah[sunting | sunting sumber]

Pencapaian kokurikulum SMKTPM sangat menggalakkan. Murid SMKTPM sangat aktif dan menyertai pelbagai pertandingan kokurikulum. Terdapat penglibatan murid sehingga ke peringkat Kebangsaan dan Antarabangsa.

Tahun Pencapaian
2017 . Naib Johan dalam Institution of Engineers, Malaysia (IEM) 2017 Essay Writing Competition (Penulisan Bahasa Inggeris)

·        Johan dalam Institution of Engineers, Malaysia (IEM) 2017 Essay Writing Competition (Penulisan Bahasa Melayu)

·        Pencapaian pingat gangsa dalam acara Individual Pattern sempena Kejohanan Taekwondo (ITF) Jemputan Johor 2017

·        Naib Johan Pertandingan Solar Cooker Challenge peringkat Negeri Melaka 2017

·        Tempat Ketiga Pertandingan Tarian sempena Karnival Citra Budaya Peringkat Negeri Melaka 2017

·        Tempat Ketiga Pertandingan Bicara Spontan Kelab Doctor Muda (Bahasa Inggeris) sempena Program Doktor Muda Peringkat Daerah Melaka Tengah 2017 

·        Johan Pertandingan Laporan Aktiviti Kelab Doktor Muda sempena Program Dktor Muda Peringkat Daerah Melaka Tengah 2017

·        Naib Johan Kejohanan Bola Jaring MSS Negeri Melaka (Bawah 15) 2017

·        Naib Johan Kejohanan Bola Jaring MSS Negeri Melaka (Bawah 18) 2017

·        Tempat Ketiga Pertandingan Bola Baling  Peringkat Negeri Melaka 2017

·        Johan Pertandingan Bola Jaring Peringkat Kawasan Bukit Cina Bawah 18 Tahun 2017

·        Johan Pertandingan Bola Jaring Peringkat Kawasan Bukit Cina Bawah 15 Tahun 2017

·        Johan Kejohanan Balapan dan Padang MSS Kawasan Bukit Cina ke-45 (P 18) (Kategori Lompat Kijang)

·        Naib Johan Kejohanan Balapan dan Padang MSS Kawasan Bukit Cina ke-45 (P 15) 2017 (Kategori 200 m Lari Berpagar)

·        Naib Johan Kejohanan Balapan dan Padang MSS Kawasan Bukit Cina ke-45 (P 15) 2017 (Kategori Lontar Peluru)

·        Pencapaian Gangsa Pertandingan Gamelan dan Caklempong Sekolah-sekolah Menengah Peringkat Negeri Melaka 2017

·        Pencapaian Perak Pertandingan Pancaragam sempena Karnival Pendidikan Melaka 2017

·        Pencapaian Perak Pertandingan Kompang Formasi sempena Karnival Pendidikan Melaka 2017

·        Tempat Ketiga Pertandingan Akhir Dikir Barat Peringkat Negeri 2017

·        Johan Pertandingan Kawad Kaki Pasukan Bomba Dan Penyelamat Melaka 2017

·        Johan (Emas) Kejohanan Pembangunan Taekwondo (WTF) Tertutup 2017 antara sekolah-sekolah Melaka

·        Johan (Emas) Melaka Invitatioanal Taekwondo Championship 2017

·        Johan (Emas) Pertandingan Olympiad Sains dan Matematik Peringkat Kebangsaan 2017

2016 .     Naib Johan perseorangan perempuan Bawah 14 Tahun Kejohanan Badminton Tertutup Melaka 2016

·        Naib Johan Kejohanan Golf Pembangunan Remaja Tertutup Sirkit 2 (Perempuan bawah 18) Peringkat Negeri Melaka 2016

·        Naib Johan Pertandingan Boling Tingkatan 6 Peringkat Negeri Melaka 2016

·        Naib Johan Kejohanan Hoki Champion School SPTS bawah 14 tahun Peringkat Negeri Melaka 2016

·        Johan Kejohanan Bola Jaring MSSM Peringkat Negeri Melaka (Bawah 15 tahun) 2016

·        Johan Kejohanan Bola Jaring Terbuka Jaim Peringkat Negeri Melaka 2016

·        Johan Kejohanan Bola jaring Terbuka Manipal Peringkat kebangsaan 2016

·        Naib Johan Kejohanan Kyorugi Taekwondo Peringkat Negeri Melaka 2016

·        Johan Pertandingan Permainan Tradisional sempena Perkhemahan Kadet Remaja Sekolah 2016 Peringkat Kebangsaan (Zon selatan)

·        Naib Johan Pertandingan Mencanting dan Mewarna Batik Kontemporari pelajar pra-u Peringkat Negeri Melaka 2016

·        Johan Pertandingan Reka cipta sempena Karnival Pandu Puteri Kategori Remaja Peringkat Negeri Melaka 2016

·        Johan Pertandingan Melukis Peringkat sekolah Menengah Negeri Melaka Sempena Ulang Tahun ke-13 Bandaraya Melaka Bersejarah 2016

·        Naib Johan Pertandingan Pidato Peringkat Kawasan Bukit Cina 2016

·        Naib Johan Pertandingan Bicara Berirama Sempena Karnival Budaya Melaka 2016

·        Naib Johan Pertandingan Melukis Poster Peringkat Negeri Melaka sempena Karnival Pendidikan Melaka 2016

·        Tempat Ketiga Pertandingan Olympiad Science Peringkat Negeri 2016

·        Naib Johan perseorangan perempuan Bawah 14 Tahun Kejohanan Badminton Tertutup Melaka 2016

·        Tempat Ketiga Pertandingan Olympiad Science Peringkat Negeri 2016

2015 . Saguhati Pertandingan Galeri Sejarah Peringkat Kebangsaan 2015/ 2016

·        Johan Pertandingan Galeri Sejarah Peringkat Negeri 2015/2016

·        Penyertaan dalam Program Dengue Patrol Peringkat Kebangsaan 2015

·        Tempat Kedua Pertandingan Bicara Berirama “ Mengapa tak mahu kata” (Piala Kafe @ Teen 2015)

·        Naib Johan Pertandingan Pancaragam Peringkat Negeri  2015

·        Tempat ketiga Pertandingan Pakaian (Kategori Sekolah) Sempena Perbarisan dan Perarakan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Melaka 2015

·        Tempat ketiga Kategori Kawad (Kategori Pancaragam) Sempena Perbarisan dan Perarakan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Melaka 2015

·        Naib Johan Pertandingan Pakaian (Kategori Pancaragam) Sempena Perbarisan dan Perarakan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Melaka 2015

·        Tempat Pertama Pertandingan Pendidikan Keselamatan Jalanraya Peringkat Negeri 2015

·        Johan Pertandingan Bola Jaring Daerah Melaka Tengah 2015

·        Johan Pertandingan Kawad Kaki Kadet Bomba 2015

·        Johan Negeri dalam Perkhemahan Kadet Bomba  2015

·        Johan Negeri Pertandingan Pidato Pra-Universiti 2015

2014 ·        Pemenang Pertandingan Kitar Semula Sekolah-sekola Peringkat Negeri Melaka 2014 (Kategori Bandar)

·        Penyertaan Pertandingan Kitar Semula Sekolah-sekolah Peringkat Kebangsaan 2014

·        Tempat Pertama Pertandingan Kamar Selesa Peringkat Negeri 2014

·        Penyertaan Pertandingan Kamar Selesa Peringkat Kebangsaan 2014

·        Anugerah Khas Juri Pertandingan RIMUP (Kaunseling Silang Budaya) Piala Pengarah Pendidikan Melaka 2014

·        Tempat Kedua Pertandingan Pancaragam peringkat Negeri 2014

·        Penyertaan Pertandingan Pancaragam Peringkat Antarabangsa 2014

·        Tempat kedua Pertandingan Pendidikan Keselamatan Jalan Raya Peringkat Negeri 2014

2013 ·        Johan Pertandingan Pidato Pra Universiti Peringat Negeri 2013

·        Johan Pertandingan Double Bowling Tenpin Negeri untuk Perempuan Bawah 18 2013

·        Johan Pertandingan Pendidikan Keselamatan Jalanraya Peringkat Negeri  2013

·        Johan Pertandingan Paintball Asrama Peringkat Kebangsaan kategori Menengah Atas tahun 2013

Kurikulum[sunting | sunting sumber]

Berikut merupakan PAKEJ AKADEMIK SMK TINGGI PEREMPUAN 2023/2024

TINGKATAN SATU TINGKATAN DUA TINGKATAN 3
B.MELAYU B.MELAYU B.MELAYU
B.INGGERIS B.INGGERIS B.INGGERIS
MATHEMATICS MATHEMATICS MATHEMATICS
PENDIDIKAN ISLAM SCIENCE SCIENCE
PENDIDIKAN MORAL PENDIDIKAN ISLAM PENDIDIKAN ISLAM
SEJARAH PENDIDIKAN MORAL PENDIDIKAN MORAL
SCIENCE SEJARAH SEJARAH
GEOGRAFI GEOGRAFI GEOGRAFI
PENDIDIKAN JASMANI & KESIHATAN REKABENTUK TEKNOLOGI REKABENTUK TEKNOLOGI
ASAS SAINS KOMPUTER ASAS SAINS KOMPUTER ASAS SAINS KOMPUTER
PENDIDIKAN SENI VISUAL PENDIDIKAN JASMANI & KESIHATAN PENDIDIKAN JASMANI & KESIHATAN
PENDIDIKAN MUZIK PENDIDIKAN SENI VISUAL PENDIDIKAN SENI VISUAL
BAHASA JEPUN BAHASA JEPUN BAHASA JEPUN
REKABENTUK TEKNOLOGI PENDIDIKAN MUZIK PENDIDIKAN MUZIK 
TINGKATAN EMPAT TINGKATAN LIMA
B.MELAYU B.MELAYU
B.INGGERIS B.INGGERIS
MATEMATIK MATEMATIK
SEJARAH SEJARAH
PENDIDIKAN ISLAM PENDIDIKAN ISLAM
PENDIDIKAN MORAL PENDIDIKAN MORAL
PENDIDIKAN JASMANI & KESIHATAN PENDIDIKAN JASMANI & KESIHATAN  
KIMIA KIMIA  
BIOLOGI BIOLOGI  
FIZIK FIZIK  
MATEMATIK TAMBAHAN MATEMATIK TAMBAHAN  
PRINSIP PERAKAUNAN PRINSIP PERAKAUNAN  
PERNIAGAAN PERNIAGAAN  
SAINS KOMPUTER SAINS KOMPUTER  
SAINS RUMAHTANGGA SAINS RUMAHTANGGA  
SAINS SUKAN SAINS SUKAN  
PENDIDIKAN SENI VISUAL PENDIDIKAN SENI VISUAL  

 

BAHASA CINA, BAHASA TAMIL DITAWARKAN MENGIKUT KEPERLUAN MURID

Kokurikulum[sunting | sunting sumber]

Kegiatan kokurikulum ialah aktiviti luar bilik darjah yang dibimbing oleh guru-guru. Pelbagai aktiviti kokurikulum yang dijalankan di sekolah, misalnya aktiviti kelab dan persatuan, sukan dan permainan serta pasukan beruniform. Antara aktiviti kokurikulum di SMK Tinggi Perempuan Melaka yang sangat aktif ialah Pasukan Pancaragam yang menjadi kebitaraan sekolah.  Pasukan ini sering membuat persembahan dalam aktiviti-aktiviti yang dijalankan di sekolah.  Pasukan ini juga telah berjaya meraih perak dalam pertandingan peringkat negeri pada tahun ini.  Selain Pancaragam,  Pasukan Kadet Bomba juga merupakan pasukan yang sangat aktif dan sering mendapat kemenangan dalam pertandingan-pertandingan yang dijalankan.  Walaupun terdiri daripada murid-murid perempuan ada antara mereka yang terpilih sebagai anggota kadet terbaik peringkat negeri.  Tidak ketinggalan juga kepada Persatuan Seni Visual yang membantu dalam menaikkan keputusan mata pelajaran Seni Visual yang juga merupakan satu daripada mata pelajaran yang menjadi kebitaraan sekolah ini. Selain itu,  Persatuan Bahasa Melayu dan Persatuan Bahasa Inggeris sekolah ini juga merupakan persatuan yang tidak kurang hebatnya.  Sentiasa seiring dengan Panitia Bahasa Melayu dan Panitia Bahasa Inggeris.  Banyak menyertai pertandingan yang dianjurkan oleh pihak Jabatan Pendidikan, Badan-badan Berkanun,  IPTA,  IPTS dan kebanyakan pertandingan yang disertai sering membuahkan hasil yang menggembirakan. Kesimpulannya,  aktiviti kokurikulum di sekolah ini dijalankan dengan penuh kesungguhan dan sentiasa membantu murid dalam mencapai gred PAJSK yang baik.

Berikut adalah senarai persatuan, kelab, badan beruniform,  sukan serta permainan di SMK Tinggi Perempuan Melaka :

Persatuan Kelab Badan Beruniform Sukan Dan Permainan
Persatuan Bahasa Melayu

Persatuan Bahasa Inggeris

Persatuan Bahasa Jepun

Persatuan Ekonomi Rumahtangga

Persatuan Matematik

Persatuan Sains & Robotik

Persatuan Pendidikan Islam

Persatuan Sejarah & Warisan

Persatuan Geografi

Persatuan Seni Visual

Kelab  Kerjaya

Kelab  Muzik

Kelab Pencinta Alam

Kelab Setia dan Rukun Negara

Kelab Pelancongan

Kelab  Komputer

Kelab  Pengguna & Koperasi

Persatuan Usahawan Muda

Kelab Pencegahan Jenayah

Kelab SPBT

Kelab Perpustakaan

Kelab Doktor Muda

Kadet Polis

Kadet Bomba

Kadet Remaja Sekolah

Pandu Puteri

Puteri  Islam

Persatuan Bulan sabit Merah

Pancaragam

Taekwando

Badminton

Bola Baling

Hoki

Memanah

Softbol

Bola Jaring

Bola Tampar

Catur

Tenpin Boling                  

Olahraga

Kelab Renang

Aktiviti Sekolah [sunting | sunting sumber]

Sepanjang tahun , pelbagai aktiviti yang telah dirancang berjaya dijalankan dengan baik dan akan ada lagi aktiviti - aktiviti yang bakal dijalankan kelak.Berikut merupakan di antara aktiviti - aktiviti tersebut :

  1. Karnival Kokurikulum, Hari Kantin dan Hari Koperasi
  2. Larian Ambang Kemerdekaan
  3. Mesyuarat PBS
  4. Majlis Persaraan Pn. Wee King Heyok & Pn. Saripah Sakibe
  5. Majlis Sambutan Hari Guru 2
  6. Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri
  7. Program Gotong Royong Perdana
  8. Kursus Kepimpinan Pengawas dan Exco Asrama
  9. Latihan Kawad Kebakaran Sekolah dan Asrama
  10. Pelancaran Program 3k & Kempen Go Green Peringkat Sekolah.
  11. Majlis Pelancaran Program Semarak Bahasa, Perasmian Pusat Sumber Ibnu Sina, Program Nilam Dan Bukuton
  12. Kejohanan Merentas Desa Tahun
  13. Pelancaran Program Guru Penyayang  
  14. Program Temu Mesra Ibu bapa guru 'GO STPM GO' PT3 dan SPM
  15. Program Smart Kolaboratif dengan 15 buah sekolah Negeri Melaka meliputi program akademik dan Pembinaan ITEM
  16. Program Solat Hajat PT3
  17. Program Solat Hajat SPM
  18. Ceramah-ceramah sempena Hari Kebesaran Islam
  19. Lawatan Penandaarasan dari sekolah-sekolah luar.
  20. Majlis Perasmian & Penutupan Sambutan Bulan Kemerdekaan.
  21. Program-program sempena Bulan Bidang-bidang Akademik
  22. Penyampaian hadiah bagi kejayaan-kejayaan murid dalam aktiviti sekolah dan luar sekolahh.
LARIAN AMBANG KEMERDEKAAN
KARNIVAL KOKURIKULUM, HARI KANTIN DAN HARI KOPERASI
GOTONG ROYONG PERDANA
Kursus Kepimpinan Pengawas dan Exco Asrama
Latihan Kebakaran
Output t5Nn2d

Galeri Warisan[sunting | sunting sumber]

Galeri Warisan SMK Tinggi Perempuan Melaka terbahagi kepada dua iaitu Galeri Sejarah dan Galeri Seni.

Idea mewujudkan Galeri Warisan Sekolah SMK Tinggi Perempuan Melayu dicetuskan semasa persediaan menyambut Ulang Tahun Jubli Emas Sekolah pada tahun 2010. Pada ketika itu bermulalah gerakan mengumpul barangan lama, gambar-gambar, piala dan dokumen penting yang telah digunakan lebih 50 tahun lalu untuk diletakkan di sebuah bilik yang dinamakan “Bilik Warisan Sejarah Sekolah”. Bilik itu terletak di bahagian hujung bangunan Blok F berhadapan dengan Surau Sekolah.

Pada 30 Julai 2010 bilik tersebut telah dibuka dan dirasmikan oleh Yang Berbahagia Dato Azailiza bt Mohd Ahad yang ketika itu merupakan Ketua Bahagian Hal Ehwal Antarabangsa Jabatan Peguam Negara. Beliau merupakan bekas pelajar Sekolah Tinggi Perempuan Melaka pada tahun 1974 hingga 1978.

Pada bulan Ogos 2014 berlaku banjir yang telah mengakibatkan bangunan blok F dinaiki air dan menenggelamkan serta merosakkan sebahagian bahan dan peralatan di Bilik Warisan Sejarah Sekolah. Sejak itu pihak sekolah telah membuat keputusan untuk memindahkan bilik tersebut ke tempat yang lebih tinggi dan sesuai. Kini bilik Warisan Sejarah Sekolah ditempatkan di hujung blok F berhadapan dengan Perpustakaan Sekolah dan diberi nama sebagai Galeri Warisan. Galeri ini dimasukkan di bawah pengurusan Pusat Sumber Sekolah.


MATLAMAT

Menyediakan sebuah galeri yang komprehensif dan relevan dengan perkembangan sekolah

OBJEKTIF

  1. Memelihara koleksi barang-barang dan dokumen-dokumen lama sebagai khazanah Warisan Sekolah
  2. Mendedahkan kepada pelajar dan guru-guru dengan kejayaan-kejayaan sekolah yang dijadikan inspirasi untuk kesinambungan kejayaan sekolah
  3. Melahirkan perasaan jati diri melalui sejarah sekolah
  4. Memperkenalkan sejarah SMK Tinggi Perempuan Melaka kepada masyarakat umum.
  5. Menanam rasa cinta dan bangga akan sejarah bangsa dan negara

Blog Galeri Warisan Sekolah

Secara amnya, Galeri Warisan SMKTPM menempatkan bahan - bahan berikut :


1. Sejarah Sekolah

    1.1  Lokasi dan asal usul petempatan

    1.2  Pengasasan & Pembinaan

    1.3  Perkembangan dari segi bangunan dan Kemudahan

2. Pengurusan dan Pentadbiran

Galeri Warisan

     2.1 Pengetua

2.2 Barisan Pentadbir

3. Pencapaian Utama Sekolah

     3.1  Akademik

     3.2  Sahsiah dan Personaliti

     3.3  Kokurikulum

     3.4  Aktiviti, Peristiwa & Majlis Sambutan Utama

          - Album, Dokumen & Laporan

     3.5  Etos/Kebitaraan

          - Pasukan Pancaragam

          - Pendidikan Seni Visual

- Bola Jaring

 4. Jejak Bekas Pelajar

     4.1  Alumni & Aktiviti

     4.2  Pencapaian & Kejayaan Bekas Pelajar

 5. Hubungan Masyarakat

     5.1  Persatuan Ibu bapa dan Guru

     5.2  Pegawai Perhubungan Polis

     5.3  IPTA dan IPTS

     5.4  Lain-lain Badan Kerajaan dan  Bukan Kerajaan

6. Barangan Warisan Sekolah

     6.1 Perabot lama, Pinggan Mangkuk dan peralatan lama  Kelas ERT sekolah

     6.2 Alat-alat  Multi Media,Alat Muzik

     6.3  Pakaian

Artifak Penerangan Pautan

video

Piano
Perkataan PIANO diambil dari bahasa Itali iaitu piano dan forte, yang bermaksud lemah dan kuat. Di Itali yang mereka katakan masih "pianoforte. Piano ialah alat muzik yang dimain melalui papan nadanya. Ia menghasilkan bunyi apabila tali kelulinya dimain dengan penukul kain felt. Penukul itu melantun dengan serta-merta dan membenarkan tali keluli terus bergetar pada frekuensi resonansnya. Getaran ini dipindahkan melalui kekuda ke bod suara untuk menguatkan bunyinya

Di sekolah ini, Piano ini telah digunakan oleh guru muzik sekitar tahun 70an untuk aktiviti kelas muzik seperti nyanyian, mengubah lirik lagu dan menghasilkan lagu.

Video
Marching Bell
Alat musik melodi drum band yang terdiri dari bilah-bilah logam persegi (lyra) yang setiap logam memiliki nada tersendiri, dan dimainkan dengan cara dipukul dengan stik yang ujungnya terbuat dari mika. Fungsi utama bellyra adalah memainkan nada-nada melodi, yakni nada-nada lagu yang dimainkan oleh unit drum band sehingga pemirsa dapat menentukan/menebak lagu apa yang sedang dimainkan, dan berada di belakang bass drum di setiap paradenya. Lagu-lagu yamh dimainkan adalah lagu-lagu melodi, yang meliputi lagu-lagu yang biasa kita dengar melalui media-media elektronik. Bellyra merupakan simbol keharmonisan melodi dari sebuah unit drum band. Contoh kegunaan Bell
Piring Hitam
Piring hitam (juga dikenali sebagai rekod gramofon, rekod fonograf atau hanya rekod) merujuk kepada kepingan peranti storan bahan audio berekod. Sekiranya dibuat daripada PVC, piring hitam juga dikenali sebagai rekod vinil.

Ia terdapat dalam pelbagai versi antaranya adalah :-

  • Yang memuatkan hanya satu atau dua lagu saja, ia dipanggil SP (Single Play)
  • Yang memuatkan empat lagu tu ialah dikenalai sebagai EP (Extended Play).
  • Yang memuatkan lebih dari itu dikenali sebagai LP (Long Play).
Pembuatan Piring Hitam
Mesin Taip
Mesin taip adalah peranti elektronik, elektromekanik atau mekanik dengan set "kekunci" yang, apabila ditekan, menyebabkan huruf dicetak pada dokumen, biasanya kertas. Mereka yang menggunakan mesin taip dikenali sebagai jurutaip.

Mesin taip mempunyai kekunci mesin taip, dengan kekunci untuk huruf pada muka taip. Kaedah bagaimana mesin taip meletak tanda pada kertas sekarang pelbagai sebagaimana jenis pencetak, tetapi sehingga akhir abad ke-20, ia merupakan dengan hentaman logam (atau, kemudiannya, unsur jenis plastik berlogam pada jalur berdakwat yang menyebabkan dakwat melekat pada kertas. Kertas karbon kadang kala diselit antara beberapa lapisan kertas, agar salinan huruf dicetak pada setiap lapisan kertas.

Mesin taip Olivetti Lettera 32

Mesin taip Smith Premier, sekitar akhir abad ke-19.

Untuk sebahagaian besar abad ke-20, mesin taip merupakan alat penting di pejabat dan kebanyakan penulis. Kini, walaupun masih popular digunakan beberapa penulis dan di negara kurang maju, mesin taip kebanyakannya telah digantikan dengan pemproses kata pada komputer peribadi.

Contoh Penggunan Mesin Taip
Batu Giling
  • Diperbuat daripada batu dan terdiri daripada yang dipanggil ibu dan anak.
  • Ibu adalah bahagian dasar batu giling yang digunakan untuk meletakkan bahan-bahan untuk digiling.
  • Anak pula ialah anak batu yang digunakan untuk menggiling bahan gilingan di atas ibu.
  • Cara menggiling adalah anak digerakkan dengan memegang bahagian kiri dan kanannya secara sorong tarik.
  • Tujuannya agar bahan gilingan dapat digiling dengan serata.
  • Batu giling biasanya digunakan untuk menggiling cili, rempah, kelapa, kacang, inai dan bahan-bahan lain.
Penggunaan Batu Giling
Congkak
  • Congkak ialah sejenis permainan tradisional Melayu yang sering dimainkan sebagai aktiviti dalaman atau sebagai pertandingan. Walau bagaimanapun, asal usul permainan congkak dipercayai dari dunia Afrika atau Arab yang telah tersebar ke Asia Tenggara melalui pedagang-pedagang Arab yang menjalankan aktiviti perdagangan di pelabuhan Melaka. Nama "congkak" pula dikatakan diambil daripada perkataan Bahasa Melayu iaitu "congak" yang bermaksud pengiraan mental.
  • Terdiri terdiri daripada satu papan congkak dan buah congkak. Bahan-bahan yang boleh dijadikan buah congkak termasuklah biji saga, guli atau batu-batu kecil. Papan congkak berbentuk sampan dan boleh diperbuat daripada pelbagai jenis kayu seperti   merbau, keruing, balau, kayu rambutan dan nangka. Terdapat lima atau tujuh lubang sebaris yang dikenali sebagai 'kampung' dan di kedua-dua hujungnya terdapat lubang ibu yang dikenali sebagai 'rumah'. 'Rumah' kepunyaan pemain terletak di lubang hujung sebelah kirinya.
  • Dalam permainan congkak, dua pemain diperlukan dan berkedudukan mengadap satu sama lain. Pemain akan memulakannya dengan serentak dengan mengisikan satu persatu buah congkak dalam setiap kampung dengan sama banyak menuju ke rumah masing-masing menurut arah pusingan jam sehingga salah seorang pemain berhenti di lubang yang kosong kerana kehabisan buah congkak dan dianggap mati. Pemain yang seorang lagi akan terus berjalan sehingga dia berhenti di lubang yang kosong. Setiap pemain akan bergilir berjalan sehingga buahnya mati. Permainan ini akan diulang sehingga salah seorang pemain tidak cukup buah bagi mengisi walau satu lubang sekalipun dan dianggap kalah.Sekiranya pemain telah membuat satu pusingan, iaitu melepasi lubang ibu dan kembali ke lubang sebelah pemain, ia boleh mengambil buah di sebelah lubang bertentangan sekiranya ia mati di sebelah sendiri. Ini dikenali sebagai "tembak".
Cara Dimainkan
Alatan Merenjis
Alat Merenjis Tepong Tawar diperbuat daripada bahan tembaga dan pada kebiasaanya digunakan sewaktu majlis persandingan perkahwinan orang - orang Melayu.

Kebanyakannya aktiviti merenjis dan menepung tawar ini dilakukan oleh ibu, ayah, adik beradik & sdara terdekat  pengantin itu sendiri.

Tengah2 sibuk bersanding ade la annoucement panggil ayah pengantin atau ibu pengantin utk merenjis dan menepung tawar. Alat yg digunakan pulak adalah air mawar, tepung beras dan ade yg guna daun pandan dicampur pelbagai jenis bunga.

Video
Bakul Siah
  • Bakul Siah  atau bakul sia merupakan bakul tradisi bagi masyarakat Baba dan Nyonya di negeri Melaka.
  • Bakul ini terdiri daripada beberapa saiz dan tingkat. Oleh itu, harga bakul ini bergantung kepada saiz serta tingkatnya.
  • Kebiasaannya, bakul ini diperbuat daripada buluhkayu dan dibalut dengan kertas tebal atau kulit. Corak hiasan dan besar bakul ini bergantung kepada kemampuan dan tujuan yang dikehendaki oleh pemilik bakul tersebut.
  • Pada masa dahulu, bakul ni digunakan untuk pelbagai tujuan seperti hantaran perkahwinan dan untuk pemberian hadiah. Para tetamu terutamanya kaum ibu yang  pergi ke majlis perkahwinan biasanya akan membawa bakul siah bagi mengisi buah tangan atau hadiah dalam bentuk beras. Bakul siah ini diberikan kepada tuan rumah yang kemudiannya memasukkan beras tersebut ke dalam tong beras. Tuan rumah akan membalas pemberian beras tersebut  dengan memasukkan benda lain ke dalam bakul Sia seperti pulut kuning atau telur rebus.
  • Selain itu, bakul Siah  juga digunakan apabila ada kematian. Para ibu yang melawat rumah si mati akan mengisi beras di dalam bakul Sia dan memberikannya kepada tuan rumah. Berbeza daripada majlis perkahwinan, tiada balasan daripada tuan rumah apabila bakul ini dikembalikan.
Pembuatan Bakul Siah
Rehal
  • Rehal adalah alat yang digunakan oleh masyarakat Islam untuk meletakkan Al-Quran ketika membaca dan mempelajarinya.
  • Rehal yang juga dikenali sebagai rihal, dicipta khusus oleh orang-orang Islam secara simboliknya  untuk mengangkat kedudukan dan darjat Al-Quran sebagai satu cara menghormati dan memuliakan kitab Allah SWT iaitu Al-Quran.
  • Terdiri daripada papan bersilang yang boleh dibuka dan ditutup bagi memudahkan proses penyimpanan rehal tersebut.
  • Alat ini digunakan di dalam madrasah, masjid dan juga rumah orang-orang Islam.
  • Kebiasaannya, rehal diperbuat daripada kayu yang diukir dengan pelbagai bentuk dan corak tetapi dengan peredaran masa dan perkembangan teknologi, terdapat juga rehal yang dibperbuat daripada plastik.
  • Satu manfaat daripada penggunaan rehal adalah dapat memelihara jilid al-Quran. Bentuk 'V' yang terhasil daripada bentuk rehal memastikan tetulang jilidan sebuah kitab terpelihara apabila kerap kali dibuka dan ditutup.
Pembuatan Rehal

Galeri Seni[sunting | sunting sumber]

Pandangan Luar Galeri Seni

Sebuah lagi Galeri penting di sekolah ialah Galeri Seni . Galeri Seni ini telah dibina bangunannya pada tahun 2008 bersebelahan Dataran Ilmu. Galeri ini telah dibina setelah sekolah mendapat pengiktirafan sebagai Sekolah Kluster Kecemerlangan. Galeri ini menjadi mercu tanda dan kebanggaan sekolah. Menjadi tumpuan lawatan dari pelbagai pihak dari dalam dan luar negara. Sesuai dengan Pendidikan Seni Visual sebagai Kebitaraan sekolah, Galeri ini menempatkan bahan-bahan yang merupakan hasil karya seni visual pelajar SMK Tinggi Perempuan sejak tahun 2008 hingga ke hari ini. Kini Galeri Seni juga merupakan Galeri Warisan Sekolah yang diletak dibawah pengurusan Pusat Sumber Sekolah. Dengan adanya Galeri Warisan, bukan sahaja membolehkan warga SMK Tinggi Perempuan Melaka mengetahui perkembangan sekolah sejak permulaan bahkan dapat memartabatkannya sebagai gedung ilmu dan sekaligus sebagai muzium atau arkib di peringkat sekolah mahupun negeri Melaka.

Galeri Seni
Galeri Seni

Persatuan Ibu Bapa dan Guru ( PIBG ) [sunting | sunting sumber]

Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) merupakan sebuah persatuan yang wujud di setiap sekolah. Di SMKTPM, keahlian persatuan ini terdiri daripada ibu bapa yang mempunyai anak di sekolah ini dan guru-guru di sekolah tersebut. Peranan utama PIBG adalah untuk merapatkan hubungan sesama ibu bapa demi kebaikan anak-anak mereka. PIBG juga berperanan menjalinkan hubungan yang baik antara pihak ibu bapa dengan guru­guru. Hubungan yang baik antara ibu bapa dengan guru-guru dapat membantu ke arah kecemerlangan pelajar. Di samping itu, pihak PIBG juga dapat membantu dalam menjayakan sesuatu program yang dirancang oleh pihak sekolah. Terdapat pelbagai program yang dirancang oleh pihak sekolah untuk kecemerlangan pelajar dalam bidang kurikulum dan kokurikulum. Semua program yang dirancang ini memerlukan kos yang banyak sedangkan kewangan pihak sekolah adalah terhad. Oleh itu, antara kemudahan yang boleh disumbangkan oleh PIBG ialah pondok bacaan pelajar dan pondok menunggu bas. Sesungguhnya, bantuan daripada PIBG kepada pihak sekolah dapat mengeratkan lagi hubungan antara plhak PIBG dengan pihak sekolah. Berikut merupakan carta organisasi PIBG SMKTPM :

Pibg SMKTPM

Alumni[sunting | sunting sumber]

Persatuan Alumni Sekolah Tinggi Perempuan Melaka telah ditubuhkan dengan rasminya pada 2010. Sejak penubuhannya Alumni telah bekerjasama dengan sekolah dengan aktiviti kebajikan dan bantuan terutama kepada murid-murid miskin dan yang kurang berkemampuan. Setiap tahun hingga kini Alumni sentiasa turut serta dalam Majlis Infaq Ramadhan anjuran pihak sekolah. Sumbangan terbesar alumni ialah dalam mengumpul dana penambahbaikan surau an najah sekolah pada tahun 2014 , dengan pihak alumni mencari badan koperat dalam menyumbang pembesaran surau. Setakat ini, pihak sekolah masih lagi mengumpul para alumni yang telah berjaya dalam bidang yang mereka ceburi untuk diabadikan di dalam Galeri Warisan.

Berikut merupakan antara insan - insan yang dapat dihubungi pihak sekolah dan akan ditambah dari semasa ke semasa.

Sffa5
Sffa5
Klndklsncs
Klndklsncs
Alumni 4
Alumni 4
Alumni 5
Alumni 5
Alumni 6
Alumni 6

Untuk perkembangan Alumni boleh merujuk kepada Laman Sosial MGHS Alumni https://www.facebook.com/groups/240519664838/

Dahulu dan Kini[sunting | sunting sumber]

Tahun 90an Kini
Pandangan dari Padang sekolah sekitar tahun 90 an
Pandangan dari padang sekolah
Susur ke Dewan SMKTPM tahun 90 an
Susur ke dewan
Pandangan dewan tahun 90 an
Dewan Kini
Surau tahun 90an
Surau Kini
Susur Ke kelas tahun 90 an
Susur ke kelas kini

Pelan Lokasi[sunting | sunting sumber]

Pintu Masuk Sekolah

https://goo.gl/maps/eakHVP8wL742

Alamat[sunting | sunting sumber]

SMK Tinggi Perempuan Melaka,
Lorong Tun Fatimah,
75400 Durian Daun
Melaka Bandaraya Bersejarah, Malaysia.
Tel : 06 - 2921206
Faks : 06 - 2824985
Email : smktpm2092@gmail.com

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]