Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Haji Abdul Malek

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Haji Abdul Malek
Lokasi
 Malaysia Km 10, Cheng, 75250, Melaka, Melaka Bandar Bersejarah
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan
MotoBERILMU DAN BERBAKTI STHAMKU SAYANG
Nombor sekolah06-3357473
Kod sekolahMEA2094[1]
Pengerusi PIBGDatuk Wira Yusoff Mahadi
PengetuaEncik Zulkifli bin Md.Daud
GPK Pentadbiran dan AkademikPuan Hajah Norlia binti Aman
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridPuan Izarina binti Abdul Razak
Penolong Kanan KokurikulumEncik Hanizam bin Haron
Faks06-3366720
Laman sesawang


Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Haji Abdul Malek atau nama ringkasnya SMK Tun Haji Abd Malek, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Km 10, Cheng. Dahulu, ia dikenali dengan nama Sekolah Menengah Tanjung Minyak.

Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Haji Abdul Malek memiliki 966 orang pelajar lelaki dan 868 orang pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1834 orang. Ia mempunyai seramai 123 orang guru.2009

Logo dan bendera[sunting | sunting sumber]

Logo sekolah terdiri daripada warna merah, biru muda, biru dan kuning. Gabungan keempat-empat warna ini juga telah digunakan bagi bendera sekolah.

Kombinasi warna ini membawa pengertian yang khusus seperti berikut:

  1. Merah = Lambang keberanian yang menunjukkan bahawa seluruh warga sekolah ini sentiasa tabah dan berani dalam menghadapi pelbagai rintangan demi untuk mencapai kemajuan
  2. Biru Muda = Melambangkan perpaduan antara warga sekolah yang terdiri daripada berbilang kaum, budaya dan agama
  3. Biru = Melambangkan keharmonian, ketenangan dan keceriaan yang kondusif dengan persekitaran sekolah
  4. Melambangkan hala tuju dan matlamat sekolah, cita-cita dan pelajar ke arah kecemerlangan.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Tanjung Minyak ditubuhkan pada 2 Januari 1976. Kumpulan pelajarnya yang pertama telah ditumpangkan di Sekolah Rendah Jenis Cina, Cheng. Bilangan pelajarnya ialah seramai 400 orang. Kelas yang terlibat ialah tingkatan peralihan dan tingkatan satu.

Mulai 1 Julai 1976, pelajar-pelajar telah dipindahkan ke bangunan yang ada sekarang. Kawasan sekolah ini seluas 13 ekar. Kemudahan-kemudahan yang ada pada masa itu ialah sebuah padang bola sepak dan hoki, sebuah gelanggang serba guna, dua blok bangunan dua tingkat, sebuah blok satu tingkat untuk seni perusahaan dan sebuah kantin.

Buat pertama kalinya, pelajar-pelajar tingkatan tiga menduduki peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran (SRP) pada 2 Januari 1978. Seterusnya pada 2 Januari 1979, tingkatan empat dimulakan. Ketika ini, sesi persekolahan diadakan dua sesi iaitu sidang pagi bagi tingkatan peralihan, tiga, empat dan lima. Manakala sidang petang pula adalah untuk tingkatan satu dan dua.

Pada 1 Mei 1979, nama sekolah telah ditukarkan kepada Sekolah Menengah Tun Abdul Malek iaitu sempena mengambil nama Gabenor Melaka yang kedua (1959-1971).

Kumpulan pertama seramai 58 orang pelajar tingkatan lima telah menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada 2 Januari 1980.

Pada 2014, SMKTHAM telah terpilih sebagai salah sebuah sekolah penerima Anugerah New Deals 2013 di bawah pimpinan pengetua Haji Jamil bin Jaamat.

Perkembangan prasarana[sunting | sunting sumber]

29 Jan 1981 - Sebuah surau telah siap dibina. Datuk Sri Adib Adam selaku Ketua Menteri telah merasmikan surau ini

02 Mei 1985 - Sebuah blok bangunan tiga tingkat siap dibina. Sekolah satu sesi bermula

07 Ogos 1987 - Bilik guru telah dibesarkan dengan mencantumkan dua bilik darjah

11 Jan 1988 - Bilik guru yang lama diubah suai menjadi sebuah bilik disiplin dan sebuah bilik Guru Penolong Kanan II

05 Feb 1988 - Nyanyian lagu sekolah SMK Tun Haji Abdul Malek buat pertama kalinya telah dinyanyikan.

01 Mac 1989 - Pembinaan sebuah bilik tayang

10 April 1989 - Pembinaan bilik APD dan membesarkan perpustakaan

06 Mei 1989 - Pemasangan alat siar raya dan intercom

10 Mei 1989 - Pembinaan dua buah gelanggang permainan bermula

20 Mei 1989 - Membesarkan kantin

06 Jun 1989 - Pembinaan bilik Guru Penolong Kanan dan pengubahsuaian Bilik Kerjaya

05 Julai 1989 - Bangunan kedai koperasi telah siap dibina

15 Julai 1990 - Bangunan baharu mengandungi 8 buah bilik darjah di bawah projek KBSM telah siap dibina. Aliran sains bagi menengah atas telah bermula pada 4 Disember 1989 apabila Tingkatan 4 Sains ditawarkan di sekolah ini

21 April 2003 - Pembinaan pagar dan tembok batu di bahagian hadapan sekolah melalui peruntukan JPM dengan perbelanjaan RM 100 ribu

09 Dis 2002 - Sebuah gazebo telah dibina melalui wang sumbangan balu Tun Haji Abdul Malek. Gezebo tersebut diberi nama Wakaf Kasih Bonda

01 Jan 2004 - Kelas MPV-Lanskap dan Nurseri dimulakan

07 Mei 2004 - Bangunan Makmal Komputer dua tingkat mula dibina bersebelahan kantin dan bilik guru

14 Mei 2005 - Tingkatan 6 Rendah Sastera dimulakan. Aliran Perniagaan dan aliran Ekonomi

13 Jun 2005 - Kelas Program Intensif Pendidikan Khas (bermasalah pembelajaran) dimulakan

02 Dis 2006 - Tembok batu dibina menggantikan pagar di belakang sekolah dengan peruntukan usaha Cikgu Abdul Mutalib Osman. Siap pada 2007

03 Jan 2007 - Sesi petang bermula untuk menampung bilangan pelajar yang ramai dan kekangan bilik darjah. Sistem punch card mula digunakan

05 Feb 2007 - Lawatan tapak bagi kerja membina bangunan tiga tingkat di Padang B. Hal ini bertujuan menampung masalah kepadatan pelajar dan kekurangan makmal. Siap pada 2008.

21 Ogos 2007 - Surau dinaik taraf dengan memasang jubin di perkarangan dan sengkuap (kajang) di persekitaran surau

18 Julai 2007 - Sebuah Pusat Akses (cyber cafe) diwujudkan di dalam perpustakaan melalui peruntukan kerajaan. 1 set komputer dan 1 pencetak

September 2007 - Blok bangunan baharu telah dibina. Bangunan merangkumi makmal sains, bilik-bilik darjah, bilik guru dan pusat akses. Mula digunakan pada Mei 2009.

Oktober 2007 - Pembinaan anjung bangunan Pendidikan Khas

Disember 2007 - Pembinaan anjung bangunan Koperasi

Mei 2009 - Blok bangunan baharu mula digunakan. Dinamakan Blok Wawasan

Tahun 2010 - Meja batu diletakkan di Anjung Koperasi bagi kemudahan pelajar. Tugu Mercu 1 Malaysia dan Jejak Kerjaya dibina. Kerja pembesaran surau dengan menambah ruang sembahyang perempuan dan ruang berwuduk tertutup. Menaik taraf pusat sumber sekolah dengan mewujudkan Bilik Bahan Bantu Mengajar dan Bilik Rujukan Tingkatan 6. Memindahkan Pusat Akses ke Blok A yang lebih kondusif. Menukar selusur tangga daripada besi kepada keluli tahan karat.

Tahun 2013 - Pembinaan bangku batu di persekitaran sekolah. Pembinaan dua buah pondok bacaan. Memasang Wi-Fi dan melengkapkan kemudahan ICT di sekolah. Menyediakan enam buah water cooler di persekitaran sekolah. Menaikkan taraf bilik darjah Pendidikan Khas. Mewujudkan taman-taman khas dan mengubah lansdkap sekolah di bawah program "Pesona Hijau"

Tahun 2014 - Membina Tangga Kambing di lereng padang sekolah. Mewujudkan Laluan Kecemerlangan dan Laluan "Blue Ocean Aquaria" SMKTHAM. Mengubah Bilik Gerakan kepada Bilik Dokumentasi SMKTHAM

Pengetua-pengetua[sunting | sunting sumber]

  1. Encik Peter Lim (1976 - 1978)
  2. Encik Mohamad bin Razali (1978 - 1979)
  3. Encik Ja'amat bin Umar (1980 - 1982)
  4. Tn. Haji Abd Rahman bin Salim (1982 - 1988)
  5. Tn. Haji Rashid bin Yaakop (1988-1992)
  6. Tn. Haji Salleh bin Haji Mohd Zin (1992-1995)
  7. Encik Mahendra Rasalah (1995-1996)
  8. Datin Hajah Salmiah binti Sulaiman (1996-1997)
  9. Encik Mohd Ashraf bin Mohd Hussein (1 Mei 1997 - 31 Mei 1999)
  10. Encik Tai Pon Hoy (1 Jun 1999 - 30 Julai 2001)
  11. Encik Md Ali bin Saed (30 Julai 2001 - 15 Julai 2003)
  12. Tn. Haji Sa'adon bin Baharum (16 Julai 2003 - 15 Julai 2006)
  13. En. Abd Mutalib bin Osman (16 Sept 2006 - 31 Mei 2007)
  14. Puan Kamisah binti Abdullah (1 Jun 2007 - 31 Julai 2008)
  15. Puan Hajah Zawiah binti Yusoff (1 Ogos 2008 - 20 Ogos 2009)
  16. Tn. Haji Rashid bin Hussin (21 Ogos 2009 - 15 Dis 2011)
  17. Puan Saniah binti Samsudin (16 Dis 2011 - 19 Dis 2012)
  18. Tn. Haji Jamil bin Jaamat (20 Dis 2012 - 2014)
  19. Encik Razali bin Ali (2015 - 2017)
  20. Encik Ramli bin Abdullah (2017 - 2019)
  21. Encik Razali bin Kudap (2019 - 2023)
  22. Encik Zulkifli bin Md Daud (2023)

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Haji Abdul Malek
Km 10, Cheng
75250, Melaka
Melaka, Malaysia
Telefon = 06-3357473
Faks = 06-3366720
E-mel = mea2094@1bestarinet.yes.my

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]