Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Abdul Malik

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Abdul Malik
Lokasi
 Malaysia Alor Merah, 05250, Alor Star,, Kedah Darul Aman
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan, Sekolah Transformasi
MotoBERILMU, BERAMAL, BERDIKARI
Nombor sekolah6047319358
Kod sekolahKEE2100
PengetuaTuan Haji Fauzi Bin Zakaria
GPK Pentadbiran dan AkademikJusmalailani bt Jusoh
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridRozita BT Hassan
Penolong Kanan KokurikulumRoslina binti Wakimin
Faks6047320443
Laman sesawang


Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Abdul Malik atau nama ringkasnya SMK Tunku Abdul Malik, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Alor Merah.

Pada tahun 2020, Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Abdul Malik memiliki 333 pelajar lelaki dan 418 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan muridnya seramai 751 orang. Ia mempunyai lebih kurang 76 orang guru.

SMKTAM berazam melahirkan pelajar yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berupaya berdikari untuk mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap agama, bangsa dan negara.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Abdul Malik (SMKTAM), Alor Setar dibuka pada 1 Januari 1965 dengan nama Sekolah Menengah Alor Merah dan menumpang di Sekolah Kebangsaan Alor Merah (Lelaki), SK Alor Merah (Perempuan) dan SRJK (C) Pumpung (1967). Pada 23 September 1968 bangunan sekolah yang ada sekarang mula digunakan. Bangunan tambahan didirikan dan digunakan pada tahun 1972 dengan kapasiti 24 bilik darjah. Oleh kerana jumlah murid yang terus meningkat, maka persekolahan terpaksa diadakan dua sesei, pagi dan petang.

Sejak 1965 hingga akhir tahun 1974, sekolah ini dikenali dengan nama Sekolah Menengah Alor Merah. Tetapi pada 21 Oktober 1974 nama asal itu ditukarkan kepada SMK Tunku Abdul Malik. Pada 2 April 1975. Sekolah ini dibuka dengan rasminya oleh Duli Yang Teramat Mulia Tunku Abdul Malik Ibni Al-marhum Sultan Badlishah, DK., DKH., DK (Trengganu), SPMK., SPCM., DA, (Sarawak), PSB., iaitu Raja Muda Kedah.

SMKTAM terus berkembang dan beberapa pembaharuan dibuat seperti membina bangunan tiga tingkat, surau, asrama dan dewan makan, studio lukisan kejuruteraan, makmal CAD, Pusat Sumber sekolah dan bilik-bilik sumber lain untuk kemudahan komuniti sekolah.

Mulai 1999, program Pendidikan Inklusif Bermasalah Penglihatan dimulakan di sekolah ini yang melibatkan 45 pelajar yang dibawa dari Kolej Sultan Abdul Hamid, SMK St. Michael dan SMK Sultanah Bahiyah. Manakala seramai 11 guru ditugaskan untuk menjayakan program ini.

Selaras dengan seruan kerajaan untuk meningkatkan celik komputer, sekolah telah berusaha mewujudkan makmat ICT bagi keperluan warga sekolah. Melalui bantuan Citibank Berhad, sebuah makmal ICT dan sebuah makmal ICT Inklusif telah siap pada Mac 2001 dan terus digunakan sepenuhnya hingga kini. Makmal ICT sumbangan Citibank Berhad itu telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Tan Seri Musa Mohamad Menteri PelajaranMalaysia, pada 2002.

Seiring dengan moto sekolah “BERILMU, BERDIKARI, BERAMAL” kini SMKTAM menjadi kebanggaan seluruh warga sekolah.

CATATAN GELOMBANG PERUBAHAN SEJARAH SEKOLAH

TAHUN 2012- Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Abdul Malik (SMKTAM) mencatat sejarah tersendiri apabila melaksanakan persekolahan satu sesi mulai 03 Januari 2012. Mulai tarikh ini secara rasminya persekolahan dua sesi yang sudah berlangsung selama 40 tahun sejak 1972 ditamatkan. Perubahan yang sekian lama dinantikan itu adalah seiring dengan proses peningkatan taraf SMKTAM oleh Jabatan Pelajaran Kedah sebagai salah sebuah sekolah primier peringkat daerah Kota Setar.

Senario gelombang perubahan besar SMKTAM ini bermula apabila seramai 398 pelajar tingkatan satu, dua dan empat berpindah secara beramai-ramai ke Sekolah Menengah Kebangsaan Alor Merah (SMKAM) pada 19 Julai 2011. (SMKAM ialah sekolah baru yang dibina bersebelahan dengan SMKTAM). Serentak dengan itu juga seramai 21 orang guru SMKTAM turut berpindah bersama pelajar ke SMKAM yang mulai beroperasi pada 17 Julai 2011.

Senarai 21 guru berkenaan adalah seperti berikut:

Mohd Fauzi Mohd Kamal (PK Petang) Ahmad Fisol Baharom Mohd Naim Abu Bakar Zulkifli Abdllah Nazri Ramli Zaini Saad Saiful Nizar Hashim Ridhuan Abd Ghani (Kaunselor) Hasnah Ibrahim Sunita Banu Mohd Ali Ismahanim Ismail Norlaila Hashim Norma Husin Yuhana Azmi Wahida Israil Umi Kalsom Ramli Nor Atikah Abdul Rahim Khairani Amiruldin Norhisham Hashim Umi Kalsom Mat Akhir Shahada Nasir Pada tarikh 15 Oktober 2011 tiga orang lagi guru SMKTAM bertukar ke SMK Alor Merah dengan perlantikan baru sebagai sebagai Guru Kanan Bidang bagi melengkapi pengurusan di SMK Alor Merah, iaitu:

Nordien Sulaiman (GK Kemanusiaan) Faridah Ahmad (GK Sains) Mardziah Ibrahim (Teknik & Vokasional) Pada 3 Januari 2012 – hari pertama sesi persekolahan 2012, berlaku lagi penghijrahan beramai-ramai apabila 150 pelajar tingkatan empat SMKTAM berpindah ke SMK Alor Merah.

Berikutan itu pada 9 Januari 2012 seramai 12 lagi guru SMKTAM turut bertukar ke SMKAM dan beberapa sekolah lain bagi penyesuaian SMKTAM yang sedang dalam proses melangkah ke era sebuah sekolah primier peringkat daerah Kota Setar. Mereka yang terbabit ialah:

Zakiah Che Ismail (SMK Alor Merah) Halijah Ainon Hanafi (SMK Alor Merah) Che Wa Ahmad (SMK Alor Merah) Siti Fatimah Omar (SMK Alor Merah) Mazliyani Mohamad (SMK Alor Merah) Azalia Ibrahim (SMK Alor Merah) Siti Hawa Nanyan (SMK Seberang Perak) Zuraini Zainal Abidin (SMK Sultanah Bahiyah) Munira Ahmad SMK Tunku Sofiah) Nor Zarina Mat Saad (SMK Kepala Batas) Noor Hasliza Ghazali (SMK Alor Janggus) Salina Hussain (SMK Convent) PERTUKARAN PENGETUA

Tarikh 28 Februari 2012 adalah detik sejarah baru bagi SMKTAM apabila menerima kehadiran pengetua baru iaitu, Encik Md Sharif Bin Daros, menggantikan Pn Aishah Tom yang bertukar dan meneruskan tugasnya sebagai pengetua di SMK Mergong Alor Setar mulai 26 Februari 2012. Pada Mei 2019, Encik Md Sharif bin Daros telah menamatkan perkhidmatannya lalu digantikan oleh seorang guru daripada SMK Tajar iaitu Puan Datin Hjh Roksana Begum binti Rakhir.

Update: 040719

Status Sekolah[sunting | sunting sumber]

Update: 27 OGOS 2020


STATUS SEKOLAH  : SEKOLAH HARIAN KERAJAAN GRED ‘A’ / SEKOLAH PRIMIER DAERAH MULAI 2012

BILANGAN GURU  :

BIL. STAF SOKONGAN :

KEMUDAHAN  : 6 BLOK (35 BILIK DARJAH), BLOK INKLUSIF/PENDIDIKAN KHAS, ASRAMA, 3 MAKMAL ICT, KANTIN, 2 DEWAN.

PERKHIDMATAN  : 1 SESI (7.40 pagi - 2.50 petang)

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Abdul Malik
Alor Merah
05250, Alor Star
Kedah, Malaysia
Telefon = 6047319358
Fax = 6047320443

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Portal Rasmi Facebook SMKTAM