Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Ampuan Najihah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Ampuan Najihah
Lokasi
Seremban, Negeri Sembilan Darul Khusus
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Berasrama Harian Bandar
MotoSentiasa Cemerlang
Nombor sekolah06-7622743
Kod sekolahNEB4095
Faks06-7671486
Laman sesawang
Map


Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Ampuan Najihah ialah sebuah sekolah menengah kebangsaan di Seremban, Negeri Sembilan.

Sekolah Tunku Ampuan Najihah yang dahulunya dinamakan sebagai Sekolah Menengah Perempuan Seremban telah siap dibina pada bulan November 1967. Penggal persekolahannya bermula pada bulan Januari 1968. Sekolah ini bermula sebagai Sekolah Menengah Rendah dengan kelas-kelas dari Peralihan hingga Tingkatan Tiga. Pembukaan sekolah ini adalah bertujuan untuk menampung pelajar perempuan dari Sekolah Menengah Datuk Sheikh Ahmad, Seremban dan dari sekolah rendah di sekitarnya seperti Sekolah Kebangsaan Dato Klana Maamor, SRJK (Cina) Chung Hua dan lain-lain.

Sekolah ini dirasmikan pembukaannya oleh Tunku Ampuan Najihah pada 16 Ogos 1973 dan nama sekolah ini diambil sempena nama baginda. Pada peringkat awalnya sekolah ini menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar. Sekolah ini berada dalam kawasan Bandar Seremban dan lokasinya hanya dua kilometer dari pusat bandar. Berlatar belakangkan Bukit Jong yang menghijau dan disaliri sebatang anak sungai iaitu Sungai Temiang, meletakkan sekolah ini dalam Zon Pencinta Alam. Lokasi sekolah ini dalam kawasan Temiang adalah berhampiran dengan kawasan perumahan, pusat perniagaan serta jabatan kerajaan seperti Jabatan Penjara Seremban dan Ibu Pejabat Kontijen Polis Negeri Sembilan. Sekolah yang berjiran ialah SMK Chan Wa dan SK Dato Klana Maamor. Majoriti penduduk di sekitar sekolah ini terdiri daripada kaum Cina.

Pada peringkat awal, STAN hanya mempunyai dua blok bangunan sahaja. Pengetua pertama yang menerajui sekolah ini ialah Puan Visvalingam yang memulakan perkhidmatannya mulai tahun 1968 hingga tahun 1977. Pada tahun 1968, bilangan pelajar sekolah ini seramai 746 orang dan meningkat kepada 1009 orang menjelang tahun 1973. Pada tahun 1990, sebuah gelanggang bola tampar dan sebuah gelanggang bola keranjang telah dibina.

Sehingga kini, STAN sudah menapak dengan gagah ke era yang lebih maju dalam bidang akademik dan juga kokurikulum selaras dengan hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia. STAN kini dilengkapi dengan dua buah makmal komputer yang lengkap untuk kegunaan guru dan juga pelajar. STAN juga mempunyai asrama yang menempatkan pelajar Kelas Rancangan Khas dan juga pelajar yang tinggal jauh dari kawasan sekolah.

Identiti Sekolah[sunting | sunting sumber]

Visi[sunting | sunting sumber]

Sekolah Unggul Penjana Generasi Terbilang

Misi[sunting | sunting sumber]

Membangun Potensi Individu Melalui Pendidikan Berkualiti

Moto[sunting | sunting sumber]

Sentiasa Cemerlang

Kebitaraan Sekolah[sunting | sunting sumber]

Taman Merentasi Kurikulum

Lagu Sekolah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Tunku Ampuan Najihah

Sekolah yang selalu dibanggakan

Memberi pelajaran dan didikan

Kami menuju kejayaan

Kami berjanji tidak akan lupa

Taat pada guru sepanjang masa

Membentuk dan memimpin kami semua

Itulah tugas mulia

Megah berdiri dan terus berbakti

Pada ibu pertiwi

Satu negara dan satu bangsa

Bersama berjasa

Terkenal nama STAN sepanjang masa

Membentuk peribadi puteri-puterinya

Sebagai pejuang pembela nusa

Itulah doa kami

Senarai Pengetua[sunting | sunting sumber]

Senarai Pengetua SMK Tunku Ampuan Najihah
Bil. Nama Pengetua Tahun
1. Puan T. Vishvalingam 1968 - 1977
2. Puan Kamariah Sabeh 1978 - 1983
3. Puan Wan Chik Rahmah Wan Din 1984 - 1985
4. Puan Phyllis Lee 1986 - 1989
5. Puan Hajah Sanyum Said 1990 - 1995
6. Puan Hajah Norini Ali 1995 - 1998
7. Puan Hajah Latifah Mohd Rasid 1998 - 2005
8. Puan Hajah Azizah Mohd Nor 2005 - 2008
9. Datin Hajah Zuraidah Haji Hashim 2008 - 2012
10. Puan Hajah Yatimah Jiram 2012 - 2018

11. Puan Hajah Norida Omar 2018 - 2020

12. Puan Hajah Siti Norezan Jalil 2020-2023

13.Puan Rohaiza binti Ujang 2023-2023

14. Puan Nor Hayati binti Abdul Rahman 2023-kini

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Ampuan Najihah,
Jalan Han Hui Foong,
70200 Seremban,
Negeri Sembilan, Malaysia.
Telefon: 06-7622743
Faks: 06-7671486

Pautan luar[sunting | sunting sumber]