Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Besar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Besar
Lokasi
 Malaysia Km 2 Jalan Seremban, 73000, Tampin, Negeri Sembilan Darul Khusus
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan
MotoLebih Bijak, Lebih Teguh, Lebih Baik (Latin: Sapientius, Fortius, Melius)
Nombor sekolah6064415425
Kod sekolahNEE5037
PengetuaZul bin Senin
Faks6064412941
Map

Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Besar atau nama ringkasnya SMK Tunku Besar, merupakan sebuah sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Km 2 Jalan Seremban.

Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Besar memiliki 602 pelajar lelaki dan 539 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1141 orang. Ia mempunyai seramai 86 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

SMK.Tunku Besar Tampin ditubuhkan pada tahun 1924. Sekolah ini mula ditubuhkan dengan sebuah kelas dan 40 orang pelajar lelaki. Pada waktu itu, sekolah ini dikenali sebagai Government English School. Selain itu,sekolah ini terletak berhampiran kediaman Pegawai Pendidikan Daerah Tampin.

Pada tahun 1928, sekolah ini telah berpindah ke Kelab Rekreasi dengan bilangan kelas bertambah kepada 4 buah (darjah 4) dan 5 orang tenaga pengajar. Kemudian, pada akhir tahun, sekolah ini telah berpindah ke bangunan Sekolah Rendah Kebangsaan Tunku Besar sekarang.

Pada tahun 1928, Jepun telah mengambil alih sekolah ini dan dijadikan sebagai Hospital Tentera untuk merawat tentera mereka yang mengalami kecederaan. Lantaran itu, semua murid diarahkan supaya berpindah ke bangunan kayu yang berhampiran dengan Rumah Rehat Tampin.

Pada tahun 1945, Hospital Tentera telah ditukarkan kepada sekolah semula dan dikenali sebagai Reconstruction Class. Bilangan pelajar sekolah meningkat sebanyak 100 orang.

Bilangan pelajar meningkat kepada 400 orang pada tahun 1949. Ekoran itu,sebahagian Rumah Rehat dijadikan sebagai bilik darjah. Mata pelajaran Sains telah diperkenalkan pada masa itu. Selain itu, kelas tingkatan 1 ditubuhkan.

Pada tahun 1953, pelajar kelas menengah sekolah ini telah dipindahkan ke bangunan baru iaitu sekolah ini. Namun begitu, setelah 2 tahun barulah sekolah ini diberi nama iaitu SMK.Tunku Besar Tampin dan dirasmikan oleh YTM Tunku Besar pada 1 Julai 1953.

Pada tahun 1963, mula berlaku banyak perubahan. Antaranya, sebuah asrama dan 10 kelas dibina dan setahun kemudiannya, satu bangunan mengandungi dua buah bengkel seni perusahaan, tiga bilik Sains Rumah Tangga dan sebuah makmal kajian dibina.

Malah, pada tahun 1974, sebuah dewan besar telah dibina yang kekal hingga ke hari ini. Kemudian, pavilion dibina dua tahun kemudian. Tidak lama kemudian, satu bangunan mengandungi tiga makmal Sains dan sebuah perpustakaan dibina.

Bukan itu sahaja, empat gelanggang tenis berserta sebuah bangunan yang mengandungi tujuh kelas, satu bilik pusat sumber, satu perpustakaan, satu bilik kaunseling, satu bilik rawatan dan satu bilik seni pada akhir tahun 1980. Satu lagi kemudahan telah ditambah di sekolah ini pada tahun 1990 iaitu Indoor Hockey Pitch.

Setelah sekian lama, akhirnya penantian berakhir apabila Asrama Puteri dibina pada tahun 1992. Tetapi, penggunaannya terhad kepada pelajar sekolah ini sahaja. Walau bagaimanapun, asrama itu kemudiannya dijadikan asrama pusat yang menempatkan pelajar aliran agama Sekolah Menengah Kebangsaan Tampin (kini SMK Tunku Syed Idrus).

Pada tahun 1999, bangunan empat tingkat baru dibina lagi iaitu yang mengandungi enam belas buah kelas, satu makmal komputer, satu bilik guru dan satu pejabat. Setahun sebelum itu,bangunan utama telah dirobohkan.

Pada tahun 2002, sebuah surau baru dibina diikuti garaj kereta setahun kemudian. Setelah mendapat sedikit peruntukan, sebuah makmal komputer telah dibina beserta padang hoki Astroturf.

Perubahan pelajar telah menyebabkan keperkuan terhadap komputer bertambah. Oleh itu,sebuah makmal kompueter telah dibina dan dirasmikan oleh YAB Dato’ Seri Utama Hj.Mohammad Bin Hj Hassan, Menteri Besar Negeri Sembilan Darul Khusus pada tahun 2005.

Pada tahun 2007, Pusat Akses Komputer telah dibina selaras dengan Hari ICT Negeri. Semua warga SMK Tunku Besar juga mempunyai Smart Card masing-masing. Sekolah juga turut melancarkan sistem jaringan internet tanpa wayar dengan jarak 1 km radius ke arah membudayakan ICT dalam kalangan warga sekolah.

Pada tahun 2017, pengutipan dana mula dijalankan untuk pembinaan surau baru memandangkan surau yang ada pada ketika itu sudah lama digunakan dan tidak dapat lagi menampung bilangan pelajar yang semakin ramai. Akhirnya sejumlah dana dapat dikumpulkan berkat sumbangan pihak-pihak yang bermurah hati, guru-guru, ibubapa dan pelajar dan pengubahsuaian mula dijalankan pada awal 2019. Surau baru yang lebih luas dan selesa telah siap dibina pada pertengahan tahun 2019.


Penerbitan tahunan[sunting | sunting sumber]

Majalah rasmi tahunan terbitan SMK Tunku Besar Tampin adalah INTEL'X.

Nama lain[sunting | sunting sumber]

SMK Tunku Besar lebih dikenali dengan singkatan TBS dalam kalangan warga Tampin. Nama rasmi SMK Tunku Besar dalam Bahasa Inggeris adalah Tunku Besar Secondary School (TBSS).

Lagu Sekolah[sunting | sunting sumber]

Kami menjunjung cita-cita

Membentuk bangsa Malaysia

Berilmu berakhlak mulia

Setia, patuh dan berjasa


Oh Sekolah Tunku Besar Tampin

Kau laksana semaian hijau

Melahirkan insan harmonis

Harapan bangsa dan negara


Kerajinan, kecemerlangan

Kesyukuran dan kejujuran

Itulah pegangan kami

Demi mencapai cita murni


Oh sekolahku yang tercinta

Obormu kan tetap menyala

Menyuluh laluan yang sukar

Dalam abad yang mencabar

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Besar
Km 2 Jalan Seremban
73000, Tampin
Negeri Sembilan, Malaysia
Telefon = 6064415425
Fax = 6064412941

Pautan luar[sunting | sunting sumber]