Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Ismail

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Ismail
Lokasi
Sungai Petani, 08000, Kuala Muda, Kedah Darul Aman
 Malaysia
Maklumat
Nama lainSEMESTI
Jenis sekolahSekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan
MotoBerilmu Berjasa
Nombor sekolah6044225508
Kod sekolahKEA3105
Pengerusi PIBGDato,Dr Azizul Isham
PengetuaPn Hanison Binti Salleh
GPK Pentadbiran dan AkademikEn Zahari Bin Zakaria
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridEn Ismail Bin Othman
Penolong Kanan KokurikulumPn Haslina Binti Hashim
Faks6044223699


Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Ismail atau nama ringkasnya SMK Tunku Ismail dan juga dipanggil "SEMESTI" merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Sungai Petani.

Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Ismail merupakan sebuah sekolah di Sungai Petani, Kedah. Ia terletak di kawasan perumahan yang dikelilingi oleh Taman Delima, Taman Nilam dan Taman Arked.

Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Ismail memiliki 809 pelajar lelaki dan 604 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1413 orang. Ia mempunyai seramai 78 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Ketika ditubuhkan pada 1 Januari 1986 dan menumpang di bangunan Sekolah Menengah Khir Johari, sekolah ini dikenali sebagai Sekolah Menengah Bakar Arang (SMBA). Ketika itu, sekolah ini mempunyai 9 orang tenaga pengajar, seorang staf sokongan dan 5 bilik darjah sahaja.

Lima tahun kemudian (1991), sekolah ini berpindah ke tapak baru di Taman Delima, kira-kira 6 kilometer dari sekolah yang lama. Bangunan baru ini mempunyai 2 blok dengan 24 bilik darjah, 3 makmal, sebuah bilik guru, pejabat, sebuah perpustakaan dan sebuah surau terletak dalam kawasan seluas 19.36 ekar.

Nama SMBA kemudian ditukarkan kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Ismail pada 1996 daripada ilham Encik Mohd Yunos bin Mohammad, pengetua Sekolah Menengah Bakar Arang untuk memberi senario baru kepada guru-guru, pelajar dan masyarakat setempat

1999, SMKTI mendapat satu blok baru dikenali sebagai blok C yang terdiri daripada 15 bilik darjah. Dua tahun kemudian, sebuah makmal komputer telah dibina bersebelahan bengkel Kemahiran Hidup.

Kini SMKTI berwajah baru dengan tambahan blok MPV dan kewujudan kelas tingkatan enam serta kelas pendidikan khas.Pertambahan staf akademik dan staf sokongan seiring dengan pertambahan pelajar.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Visi sekolah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Ismail menjadi sebuah sekolah ternama dalam negeri Kedah

Misi sekolah[sunting | sunting sumber]

Memimpin,mengurus dan mentadbir sekolah dengan cekap dan berkesan
Menghasilkan pelajar yang cemerlang dalam kurikulum
Menghasilkan pelajar yang cemerlang dalam kokurikulum dan memiliki sahsiah terpuji
Mewujudkan prasana yang paling kondusif
Menjalinkan hubungan erat dengan masyarakat


Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Ismail
Taman Delima
08000, Sungai Petani
Kedah, Malaysia

Lagu Sekolah[sunting | sunting sumber]

Putera puteri SMKTI

Berikrar tingkatkan usaha

Bersatu padu sumpah setia

Berilmu berjasa amalan kita

Nilai murni bina kecemerlangan

Warisan bangsa kebanggaan semua

Rukun negara asas kemajuan

Berdikari berjuang setiap masa

Putera puteri SMKTI

Menuju puncak jaya

Tingkatkan azam

Menuju wawasan

Berilmu berjasa