Sekolah Menengah Kebangsaan Ulu Sapi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Menengah Kebangsaan ulu sapi
Lokasi
 Malaysia Wdt 784, 90009, Sandakan,, Sabah Negeri Di Bawah Bayu
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah6088552048
Kod sekolahXEA2146
PengetuaAlbert Andau Paulus Andau
Faks6088552048


Sekolah Menengah Kebangsaan Ulu Sapi atau nama ringkasnya SMK Ulu Sapi, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Wdt 784.

Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Ulu Sapi memiliki 151 pelajar lelaki dan 160 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 311 orang. Ia mempunyai seramai 27 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Ulu Sapi terletak dibelakang Sekolah Kebangsaan Ulu Sapi. Pada masa itu , smk us masih belum mempunyai tapak untuk pembinaan sekolah tersebut. Smk us antara sekolah yang boleh dikira pedalaman kerana kedudukannya yang jauh dari bandar. Kekurangan kemudahan antara masalah yang dihadapi terutama bagi pelajar yang mengambil kelas sains tulen kerana, smk us masih belum mempunyai makmal seperti sekolah lain.Pertambahan pelajar dari semasa ke semasa menyebabkan smk us tidak mempunyai tempat untuk menempatkan pelajarnya. Namun begitu, ia tidak mematahkan semangat para pendidik dan pelajarnya untuk mengajar dan menuntut ilmu. Buktinya, smk us banyak melahirkan pelajar yang berjaya sehingga ada yang sudah menginjakkan kaki ke menara gading. Sebagai sekolah yang jauh dari kawasan bandar, pihak kerajaan sepatutnya menyediakan bangunan serta kemudahan lain untuk sekolah ini kerana, sekolah menengah kebangsaan Ulu Sapi masih menggunakan kayu sebagai sumber binaan. Pihak kerajaan harus mengambil tahu dan bukan hanya datang untuk meninjau kawasan pedalaman apa bila musim pilihanraya. Kami sebagai bekas pelajar smk Us sangat bersyukur diatas kesanggupan guru-guru dari Sabah mahupun semenanjung datang untuk mencurah bakti disekolah ini. Selain itu, smk us juga pernah beberapa kali menjuarai pertandingan di peringkat negeri, ia sekaligus menjulang dan membawa nama sekolah ke peringkat yang lebih tinggi

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Smk us telah melahirkan banyak atlet sehingga ada yang masih aktif bersukan hingga ke peringkat negeri. Selain itu, pencapaian dari segi akademik juga amat memberangsangkan kerana smk us pernah dinobatkan antara sekolah terbaik di daerahnya.

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Ulu Sapi
D/A Peti Surat 8
Pejabat Pendidikan Daerah Telupid/Tongod
Sabah, Malaysia
Telefon = 6088552048
Fax = 6088552048

Pautan luar[sunting | sunting sumber]