Sekolah Menengah Kebangsaan Umas-Umas

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Menengah Kebangsaan Umas-Umas
Lokasi
Peti Surat 1701, 91042, Tawau,, Sabah Negeri Di Bawah Bayu
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah6089927017
Kod sekolahXEA3067
PengetuaEn.Muarifin Sufianto Bin Mohchoeri
Faks6089927017


Sekolah Menengah Kebangsaan Umas-Umas atau nama ringkasnya SMK Umas-Umas, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Peti Surat 1701.

Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Umas-Umas memiliki 560 pelajar lelaki dan 612 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1172 orang. Ia mempunyai seramai 63orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

SMK UMAS-UMAS TAWAU (SMKUT), ditubuhkan pada 08.Januari.1990. Penubuhan sekolah ini adalah atas usaha pihak Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMKUT,Jawatankuasa Bertindak Peneroka dan Pengurusan FELDA Wilayah Sabah. Sekolah ini terletak kira-kira *70 km dari pusat Bandar Tawau dan mengambil masa selama 1 jam untuk sampai dari Bandar Tawau. Tujuan penubuhan sekolah adalah untuk memberi peluang kepada anak-anak peneroka melanjutkan pelajaran mereka ke peringkat yang lebih tinggi lagi dan membantu warga peneroka untuk mendapatkan peluang pendidikan yang lebih baik daripada sebelumnya.

Pada peringkat awal penubuhan,SMK Umas-Umas menumpang bangunan Sekolah Kebangsaan Umas-Umas (SKUT) untuk melakukan aktiviti P&P pada sebelah petang waktu persekolahan. Terdapat 2 buah kelas bagi tingkatan 1 dan 1 buah kelas tingkatan 2 dengan jumlah pelajar pada masa itu seramai 156 orang beserta 2 orang guru. 2 buah kelas terletak dibangunan SKUT dan sebuah lagi di kantin sekolah.

Berikut adalah perkembangan pembangunan SMKUT: Menjelang tahun 1991 satu projek kilat telah dibuat untuk menambahbaik pembangunan SMKUT. Ini dibuktikan dengan terbinanya sebuah bangunan yang dapat menempatkan 2 buah kelas,sebuah bilik guru dan pejabat am,sementara 2 buah kelas lagi masih ditempatkan di kantin dan bawah bangunan flat guru SKUT. Atas keperluan yang begitu mendesak,sebuah bangunan lagi dibina untuk menampung peningkatan para pelajar seramai 305 orang dan jumlah guru meningkat kepada 10 orang. Projek itu siap pada 03.April.1991 dan telah digunakan secara rasminya.

SMKUT terus mengalami perkembangan pembangunan sama ada dari segi pertambahan murid dan guru. Lantaran itu,pelaksanaan 1 lagi bangunan tambahan telah siap dibina pada tahun 1992 dengan pertambahan pelajar kepada 423 orang manakala tenaga pengajar menjadi 16 orang kesemuanya. Bangunan yang siap pada pertengahan tahun 1992 itu menempatkan Pusat Sumber Sekolah,Bengkel Kemahiran Hidup,Bilik Bimbingan dan Kaunseling,Stor PJK,Bilik SPBT dan Makmal Sains. Pada waktu itu juga terdapat 2 buah kelas tingkatan 3,2 buah kelas tingkatan 2 dan 1. SMKUT melakar sejarah yang tersendiri apabila pelajar tingkatan 3 yang pertama kalinya menduduki Sijil Rendah Pelajaran(SRP kini PMR) pada tahun 1992.

Mulai tahun 1993,SMK Umas-Umas terus berkembang pesat walaupun SMKUT sebuah sekolah yang terletak di luar bandar.Jumlah pelajar juga bertambah menjadi 430 orang kesemuanya dan tenaga pengajar pula seramai 22 orang. Bagi memenuhi keperluan pelajar yang kian meningkat ini,pihak Kementerian Pelajaran telah berkerjasama dengan pihak Felda Wilayah Sabah untuk membina sebuah bangunan tetap mengikut Rancangan Malaysia Ke-6. Perkembangan ini berlaku antara tahun 1994-1996, dan buat julung-julung kalinya seramai 34 orang pelajar tingkatan 5 mengambil Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 1997. Pada tahun 1998-1999 jumlah pelajar yang didaftarkan terus meningkat kepada 1200 orang dan bilangan guru menjangkau seramai 63 orang.

Kini tibalah ke era tahun 2000-an. Akibat perkembangan yang begitu kompleks sekali SMKUT mampu menjadi pusat pendidikan yang baik bagi luar bandar. Pada tahun 2004 satu kejadian buruk telah berlaku di SMKUT. ASRAMA PUTERA yang menempatkan para pelajar yang berada diluar lingkungan Felda Umas iaitu para pelajar dari Kalabakan,Brantian,Brumas dan Dumpas telah terbakar. Kejadian ini telah menyebabkan bangunan ASPURA musnah dan lebih menyayat hati apabila seorang pelajar telah terkorban dalam bangunan itu akibat terperangkap di dalam sebuah bilik. Pihak sekolah telah mencuba untuk mendapatkan sebuah bangunan baru bagi menggantikan bangunan ASPURA yang terbakar itu selama hampir 3 tahun. Pada tahun 2007 Bangunan baru telah dibina dan siap pada awal tahun 2008 yang juga terus menjadi petempatan bagi para pelajar jauh dipedalaman.(mengikut cerita tempatan).

Tahun demi tahun SMKUT mencatatkan beberapa perubahan dalam tampuk kepimpinan sekolah. Berikut adalah senarai nama Pengetua Sekolah Kebangsaan Umas-Umas Tawau:-

1) Tiada Pengetua -Dari Tahun 1989-1990 2) -Dari Tahun 1991-1993 3) En.Diuh Balimbang -Dari Tahun 1994-Jun 1997 4) En.Abd Muluk Ejum -Dari Tahun Jun 1997-Mei 1998 (Memangku) 5) En.Hj.Abd Taha Hj.Abd Jalil -Dari Tahun Mei 1998-Mei 1999 6) En.Mohd Yusof Yunus -Dari Tahun Mei 1999-Ogos 2004 7) Pn.Jamirah Rahmad -Dari Tahun ogos 2004-Feb 2008 8) Pn.Norliza Mustafa -Dari Tahun Feb 2008-Jul* 2010 9) En. Rabe Juhari -Dari Tahun Jul 2010-Feb 2012 (Memangku) 10)En. Rangiah A/L Muthusamy -Dari Feb 2012 hingga kini

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

tahun 2006 kadet remaja sekolah(krs) di smk umas telah mendapat pencapain yang terbaik sehinggah lah sekarang,tahu demi tahu krs d smk umas banyak menghantar putra dan puteri untuk bertanding.

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Umas-Umas
Peti Surat 1701
91042, Tawau
Sabah,  Malaysia
Telefon = 6089927017
Fax = 6089927017

Pautan luar[sunting | sunting sumber]