Sekolah Menengah Kebangsaan USJ 23

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Menengah Kebangsaan USJ 23
Lokasi
 Malaysia Jalan Harmoni, SUBANG JAYA, Selangor
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Menengah Kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah380235014
Kod sekolahBEA8642
Faks380233012


Sekolah Menengah Kebangsaan USJ 23 atau nama ringkasnya SMK USJ 23, merupakan sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan yang terletak di Jalan Harmoni.

Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan USJ 23 memiliki seramai 1391 pelajar . Mempunyai seramai 87 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

SMK USJ 23 mula beroperasi pada 1 Januari 2002. Sekolah ini terletak di Daerah Petaling dengan keluasan kawasan 14.8 ekar . Ia merupakan Sekolah Bestari Model B yang terletak di kawasan Bandar UEP Subang Jaya, Selangor Darul Ehsan .

Sekolah ini mempunyai banyak kemudahan fizikal merangkumi Blok Pentadbiran, Blok Bilik Darjah, Blok Utiliti, Blok Makmal, Blok Bengkel, Padang Sekolah, Mini Stadium dan Gelanggang Serba Guna. Pengambilan pertama pelajar sekolah ini adalah seramai 75 orang pelajar tingkatan 1 sahaja dengan tenaga pengajar seramai 16 orang (14 guru perempuan dan 2 orang guru lelaki) dan bilangan kakitangan bukan guru seramai 2 orang .

Pengetua SMK USJ 23 ialah Tuan Haji Abd. Mutalib Bin Abu Amin. Sekolah ini hanya beroperasi pada sesi pagi sahaja dengan bilangan hanya 4 buah kelas iaitu 1 Pluto, 1 Neptune, 1 Uranus, 1 Zuhal. Pada tahun 2003, bilangan pelajar bertambah daripada 75 orang kepada 203 orang (sehingga Mac 2003) yang terdiri daripada pelajar Tingkatan 1 (127 orang) dan pelajar Tingkatan 2 (76 orang) manakala bilangan guru meningkat daripada 16 orang kepada 18 orang (16 guru perempuan dan 2 orang guru lelaki) dan kakitangan bukan guru seramai 6 orang.

Pada tahun 2004, bilangan pelajar seramai 435 orang yang terdiri daripada pelajar Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3 dengan bilangan kelas sebnyak 14 buah. Jumlah guru seramai 24 orang (2 lelaki dan 22 perempuan) dan kakitangan bukan guru seramai 7 orang (semua perempuan). Bermula Julai 2004, sekolah menerima Pengetua baharu iaitu Pn. Zuariah Bt Yusoff.

Pada tahun 2005, bilangan pelajar meningkat kepada 684 orang (Tingkatan 1 hingga Tingkatan 4). Sebanyak 22 kelas dibuka pada tahun tersebut, bilangan guru seramai 42 orang manakala bukan guru seramai 7 orang. Pada Oktober 2005, Koperasi SMK USJ 23 Bhd telah ditubuhkan bagi membolehkan para pelajar mempelajari selok-belok asas perniagaan. Semua pelajar diwajibkan menjadi ahli koperasi.

Pada tahun 2006, koperasi sekolah telah didaftarkan dengan pihak ANGKASA. Bilangan pelajar semakin bertambah (921 orang), jumlah kelas (28 buah), bilangan guru (53 orang - 6 lelaki dan 47 perempuan) manakala bukan guru (7 orang). Tahun 2006 merupakan tahun peperiksaan SPM yang pertama bagi sekolah ini.

Pada tahun 2007, bilangan pelajar meningkat 1244 orang, terdiri daripada 33 kelas, bilangan guru 61 orang (9 orang lelaki dan 52 orang perempuan) sementara bukan guru 10 orang. Berlaku perubahan dari segi penjawatan bermula mulai Julai 2007 iaitu Penolong Kanan Pn. Asha Noor Bt Alias telah ditukarkan ke PPD Petaling Utama dan tempatnya digantikan oleh Pn Siti Zaleha Bt Atan, manakala jawatan PK HEM pula disandang oleh Pn Noor Banon Bt Muji. Pn Zuariah Bt Yusoff ditukarkan pada Disember 2007 dan digantikan oleh Pn Rokiah Bt Hashim.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan USJ 23
Jalan Harmoni
47640 UEP Subang Jaya,
Selangor, Malaysia
Telefon = 380235014
Fax = 380233012

Pautan luar[sunting | sunting sumber]