Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional Indahpura

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional Indahpura merupakan Sekolah Pendidikan Khas yang ke-32 ditubuhkan di Malaysia. Sekolah ini terletak di Kulaijaya, Johor. Ia mula beroperasi pada 22 Mac 2004.

Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional Indahpura menggabungkan 3 kategori murid berkeperluan khas di dalam sebuah premis yang pertama di Malaysia dan di dunia. Murid-murid yang diterima terdiri daripada murid berkeperluan khas lepasan PMR.

Matlamat ditubuhkan[sunting | sunting sumber]

SMPK Vokasional Indahpura untuk meningkatkan dan membuka peluang kepada murid berkeperluan khas mendapatkan pendidikan dan latihan khusus dalam bidang vokasional dan kemahiran.

Tiga kumpulan kategori murid di SMPK Vokasional Indahpura

  • Murid Bermasalah Pendengaran
  • Murid Bermasalah Penglihatan
  • Murid Bermasalah Pembelajaran

Pautan luar[sunting | sunting sumber]