Sekolah Menengah Sains Batu Pahat

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
SM Sains Batu Pahat
Lokasi
 Malaysia KM 8, Jalan Tanjung Laboh, 83000, Batu Pahat,, Johor Darul Ta'zim
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kerajaan,
Sekolah Berasrama Penuh,
MotoIntegriti, Kredibiliti & Inovatif
Afiliasi agamaIslam
Ditubuhkan2 Mei 2012
Autoriti pendidikanBatu Pahat
Nombor sekolah+6074288961
Kod sekolahJEA0024
Pengerusi PIBGEn. Shanusi Bin Ahmad
PengetuaCikgu Zaleha binti Yaacob
Tenaga pengajar64 orang
JantinaMurid Lelaki & Murid perempuan
Jumlah penuntut808 orang
Kelas30 buah
Kelas ditawarkanAliran Sains Tulen
Bahasa pengantarBahasa Melayu
BahasaBahasa Melayu, Inggeris, Arab, Jepun, Perancis, Cina
Bilik kelasAmanah, Bijaksana, Cekal, Dedikasi, Taat, Usaha
Kawasan50 ekar
SloganSehebat Bitara dan Berbudaya
LaguGenerasi Berjaya
GPK Pentadbiran dan AkademikCikgu Narima binti Sahuri
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridUstaz Yusri bin Yusoff
Penolong Kanan KokurikulumCikgu Hanitah binti Hussin
Map

SM Sains Batu Pahat diserahkan oleh pihak kontraktor kepada kerajaan Malaysia pada 21 Mac 2012. Serentak dengan itu, pihak Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan (BPSBPSK) telah melantik Cikgu Mohammad Azman bin Abdul Hamid sebagai Penyelaras Sekolah. Dengan keluasan 50 ekar, sekolah yang berlokasi di KM8, Jalan Tanjung Laboh, 83000 Batu Pahat, Johor merupakan Sekolah Berasrama Penuh yang ke-65 di negara ini. Sesuai dengan matlamat penubuhannya, sekolah ini telah dilengkapi dengan prasarana pendidikan terkini bagi melahirkan modal insan yang berdaya saing dalam pentas dunia. Keadaan ini bersesuaian dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan selaras dengan aspirasi pendidikan Sekolah Berasrama Penuh. Lokasi sekolah yang dikelilingi pergunungan dan kehadiran pelangi yang sering kelihatan di sebalik Gunung Banang menenangkan suasana. Kedudukannya berjajaran dalam hub pendidikan Parlimen Batu Pahat seperti Sekolah-sekolah, Institut Pengajian Pendidikan Tinggi dan juga Kem Tentera Darat.

Pada 2 Mei 2012, seramai 90 orang murid Tingkatan 1 telah mendaftar di sekolah ini bersama 16 orang tenaga pengajar.

Kini, Sekolah Menengah Sains Batu Pahat diterajui oleh Cikgu Zaleha binti Yaacob selaku Pengetua, Cikgu Narima binti Sahuri, Guru Penolong Kanan Pentadbiran, Ustaz Yusri bin Yusoff, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, dan Cikgu Hanitah binti Hussin, Guru Penolong Kanan Kokurikulum.

Matlamat Sekolah Berasrama Penuh[sunting | sunting sumber]

Pendidikan di Sekolah Berasrama Penuh (SBP) adalah untuk menyediakan suasana persekolahan dan pembelajaran yang terancang, terkawal dan sempurna bagi memupuk serta mengembangkan potensi murid yang cemerlang sebagai warganegara yang seimbang dan bertanggungjawab terhadap agama, bangsa dan negara.

SBP juga ialah wadah terbaik dalam menjana insan yang mempunyai kecemerlangan ilmu, kemapanan sahsiah, kesejagatan kepemimpinan dan kejituan patriotisme bagi melahirkan ahli sains, teknokrat dan profesional yang dapat memenuhi aspirasi negara.

Hala Tuju Sekolah[sunting | sunting sumber]

Visi

Sekolah Menengah Sains Batu Pahat Unggul Bertaraf Dunia

Misi

Menggilap Potensi Diri Melalui Pendidikan Bertaraf Dunia


Matlamat

1.  Meningkatkan peningkatan akademik

2.  Melonjakkan kemenjadian murid dalam bidang kokurikulum dan kemahiran insaniah

3.  Menyerlahkan sahsiah terpuji


Slogan

Sehebat Bitara Dan Berbudaya

Senarai Pengetua [sunting | sunting sumber]

  • Tuan Haji Hamsi Bin Jamhari (2012 - 2016)
  • Tuan Haji Mohamad Alim Bin Konting (2016 - 2020)
  • Encik Zaili Azmi bin Mustafa Alfandi (2020 - Mac 2023)
  • Puan Hajah Radziah binti Mohd Din (Mac 2023 - September 2023)
  • Puan Zaleha binti Yaacob (Oktober 2023 - Kini)

Senarai Rumah Sukan[sunting | sunting sumber]

  • Delima (Merah)
  • Nilam (Biru)
  • Topaz (Kuning)
  • Zamrud (Hijau)

Pasukan Sekolah[sunting | sunting sumber]

Berikut merupakan pasukan yang mewakili sekolah ke peringkat Daerah, Negeri, dan Kebangsaan.

  • Pasukan Bola Sepak Lelaki (Panthera)
  • Pasukan Ragbi Lelaki (Bison)
  • Pasukan Kriket Lelaki (Kamikaze)
  • Pasukan Hoki Lelaki dan Perempuan (Viper)
  • Pasukan Olahraga Lelaki dan Perempuan (As-Saqaf)
  • Pasukan Bola Keranjang Lelaki dan Perempuan (Gryphon)
  • Pasukan Memanah Lelaki dan Perempuan
  • Pasukan Badminton Lelaki dan Perempuan
  • Pasukan Catur Lelaki dan Perempuan
  • Pasukan Bola Jaring Perempuan
  • Pasukan Kawad Kaki Kadet Remaja Sekolah Lelaki dan Perempuan
  • Pasukan Kawad Kaki Kadet Polis Lelaki dan Perempuan
  • Pasukan Kawad Kaki Pengakap Lelaki dan Perempuan
  • Pasukan Bahas Bahasa Melayu
  • Pasukan Bahas Bahasa Inggeris
  • Pasukan Gamelan
  • Pasukan Robotik (Sphinx)

Kemudahan dan Fasiliti[sunting | sunting sumber]

  • Dewan Sri Banang (dewan besar)
  • 30 bilik kelas
  • 12 Makmal Sains/Biologi/Kimia/Fizik
  • Dewan Makan (900 orang kapasiti)
  • Kantin
  • Surau (900 orang kapasiti)
  • 72 Dorm Lelaki & Perempuan (12 orang setiap dorm)
  • Astaka
  • Padang bola sepak & ragbi
  • Padang mini hoki
  • 2 gelanggang bola keranjang
  • Gelanggang bola jaring
  • 2 gelanggang tenis/futsal
  • 2 gelanggang bola tampar
  • 2 gelanggang sepak takraw
  • 3 gelanggang badminton (indoor)
  • 2 dataran terbuka
  • Tasik
  • Kuarters guru & staf
  • 2 buah bas dan sebuah van

Senarai Batch[sunting | sunting sumber]

Alumni[sunting | sunting sumber]

Persatuan bagi bekas murid Sekolah Menengah Sains Batu Pahat dikenali sebagai Kumpulan Alumni Sehebat (KASEH). Terdahulu, ianya telah diketuai oleh Allahyarham Saudara Abid Fiqri Iskandar bin Zulkurnain sehingga pemergiannya pada 4 Disember 2022. Persatuan ini masih belum berdaftar secara sah dibawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) kerana rata-rata alumni yang masih muda. Namun begitu, beberapa program telah dianjurkan oleh KASEH telah diadakan untuk membantu para murid. Antaranya;

  • Kaseh Football League 2019 & 2022 (liga bola sepak antara rumah sukan)
  • Kaseh After School 2020 & 2021 (program penerangan hala tuju selepas SPM kepada murid tingkatan 5)
  • Menyertai Alumni SBP Football League 2023 - Naib Johan kategori Open

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Batch Nama Tahun SPM
1314 KRYPTONIZER 2014
1415 XANTHRONS 2015
1216 New Era Of Sehebat (NEOS) 2016
1317 UNIVIC 2017
1418 XTROVERT 2018
1519 KRYPTONIZER G2 2019
1620 XANTHRONS G2 2020
1721 NEON 2021
1822 UNIVIC G2 2022
1923 XTROVERT G2 2023
2024 KRYPTONIZER G3 2024
2125 XANTHRONS G3 2025
2226 NEON G2 2026
2327 UNIVIC G3 2027
2428 Xtrovert G3 2028