Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor
Moto SEMASHUR Seindah Nama
Ditubuhkan 2000
Dirasmikan 16 Jun 2000
Jenis Sekolah Berasrama Penuh
Sekolah berprestasi tinggi
Pengetua Pn. Hjh. Siti Rogayah bt. Yahya
Penolong Kanan Pentadbiran dan Akademik En. Suhaime b. Mohamad
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid En. Zulkipli b. Abdul Latip
Penolong Kanan Kokurikulum Cik Noorhani bt. Yahya
Pengerusi PIBG Ir Suhaimi b Hj Deraman
Ketua Pelajar Luqman Naim b. Mohd Mohdi
Kod sekolah BEA5067
Lokasi 44300 Batang KaliHulu Selangor, Selangor, Malaysia
Kemasukan Pelajar 794
Nama singkatan SEMASHUR
Laman web http://www.semashur.edu.my/
Telefon +60360753838
Faks +60360751416


Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor (Hulu Selangor Science School) atau nama ringkasnya SEMASHUR, merupakan sebuah Sekolah Berasrama Penuh yang terletak di Hulu Yam Bharu,.

SEMASHUR berkeluasan 60 ekar (40 ekar kawasan berumput dan 7 ekar kawasan kolam bekas perlombongan). SEMASHUR boleh dihubungi melalui jalan Sungai Tua ke Batu Caves (25km) atau ke Rawang (30km) melalui jalan Tg. Malim – KL.

Pada 2009, Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor memiliki 352 pelajar lelaki dan 340 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 692 orang. Ia mempunyai seramai 63 orang guru.2009

Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor atau lebih dikenali sebagai SEMASHUR merupakan sekolah berasrama penuh ke-38 dan terletak di Batang Kali, Selangor. Salah satu sekolah berasrama penuh yang mendapat anugerah Sekolah Kluster Kecemerlangan dalam kebitaraan sukan ragbi, unit beruniform dan matapelajaran Matematik. SEMASHUR telah mencatatkan prestasi yang baik apabila berjaya mendapat nombor 1 keseluruhan SBP dalam peperiksaan PMR pada tahun 2008 dan mencatat hatrik pada tahun 2010, 2011 dan 2012 [1].

Sejarah[sunting | sunting sumber]

16 Jun 2000 - Pembukaan rasmi SEMASHUR

20 Jun 2000 - Barisan guru-guru perintis melapor diri iaitu Penolong Kanan, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, dan 23 orang guru.

21 Julai 2000 - 180 pelajar Tingkatan 1 diterima masuk SEMASHUR.

Februari 2001 - Pengambilan pertama pelajar Tingkatan 4.

April 2009 - Anugerah Sekolah Kluster Kecemerlangan dengan kebitaraan Ragbi, Matematik dan Unit Uniform.

April 2012 - Perasmian monumen F1 in Schools oleh Tan Sri Dato' Sri Dr. Tony Fernandes.

Disember 2012 - Anugerah Sekolah Berprestasi Tinggi dengan kebitaraan


Visi[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi yang unggul di persada antarabangsa

Misi[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor sebagai wadah melahirkan warganegara yang terbilang melalui pengurusan sekolah yang berkualiti berasaskan Falsafah Pendidikan Negara.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

2005 - No. 1 PMR dalam SBP

2007 - Anugerah Sekolah Tinggi London

2008 - No. 1 PMR dalam SBP

2009 - Sekolah Kluster Kecemerlangan

2010 - No. 1 PMR dalam SBP

2011 - No. 1 PMR dalam SBP

2011 - Wakil Malaysia ke F1 in Schools World Final (Velospeed SIC)

2012 - Wakil Malaysia ke F1 in Schools World Final (Aeromach F1)

2012 - No. 1 PMR dalam SBP

2012 - Sekolah Berprestasi Tinggi

Senarai Pengetua[sunting | sunting sumber]

Tuan Haji Zahid bin Daros

Tuan Haji Abu Bakar bin Ibrahim

Tuan Haji Nor Paizin bin Ibrahim

Tuan Haji Rafiei bin Mustapha

Puan Hajah Siti Rogayah binti Yahya

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor
Hulu Yam Bharu,
44300 Batang Kali,
Selangor, Malaysia
Telefon - +60360753838
Fax - +60360751416

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]