Sekolah Menengah Sains Miri

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Sekolah Menengah Sains Miri
Moto Berusaha Berilmu Beramal
Jenis Sekolah menengah sains, Sekolah kerajaan
Kod sekolah YEA4104
Lokasi  Malaysia Jalan Bakam98000, Miri,, Sarawak Bumi Kenyalang, Malaysia
Telefon 6085421371
Faks 6085411050


Sekolah Menengah Sains Miri atau nama ringkasnya SM Sains Miri, merupakan sebuah Sekolah menengah sains yang terletak di Jalan Bakam.

Pada 2009, Sekolah Menengah Sains Miri memiliki 219 pelajar lelaki dan 205 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 424 orang. Ia mempunyai seramai 52 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Sains Miri ialah salah sebuah sekolah berasrama penuh(SBP) di Malaysia dan merupakan SBP pertama di Sarawak. Terletak berhadapan dengan Luak Esplanade, sekolah ini terletak 10 kilometer daripada pusat bandar raya Miri, Sarawak. Sekolah ini juga terletak berhampiran dengan Institusi Perguruan Malaysia Sarawak dan Lapangan Terbang Miri.

Sekolah ini telah dibina di atas tanah seluas 18.55 kilometer. Ditubuhkan paha 1 Januari 1990, kumpulan pertama yang mendaftar merupakan kumpulan pelajar Tingkatan Satu, Empat dan Enam Rendah. Semasa awal operasinya, cuma lima orang guru termasuk pengetua telah melapor diri dan diikuti oleh 13 orang guru pada bulan Februari 1990. Menjelang tahun 1995, pengambilan pelajar Tingkatan Enam bawah telah dihentikan dan bagi sesi persekolahan 1995/1996, sekolah ni menempatkan pelajar Matrikulasi Universiti Kebangsaan Malaysia seramai 26 orang sebelum kolej matrikulasi dibina di Wilayah Persekutuan Labuan. Program matrikulasi tersebut telah dihentikan pada tahun 2000 setelah diambilalih oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

Pentadbiran dan pelajar[sunting | sunting sumber]

Semenjak penubuhannya, Sekolah Menengah Sains Miri telah berada di bawah pentadiran lima orang pengetua iaitu;

  1. Puan Zakiah binti Haji Omar (1990-1992)
  2. Tuan Baharin Harun (1992-1997)
  3. Puan Rosey binti Haji Yunus (1997-2006), kini ADUN Sarawak N21 Bekenu
  4. Puan Lily binti Morni (2006-2009)
  5. Pengetua Cemerlang Puan Hajah Serina binti Sauni (2009-sekarang)

Pengetua turut dibantu oleh Badan Bertindak Tertinggi Sekolah (BBTS) yang dianggotai oleh Timbalan Pengetua Pentadbiran, Timbalan Pengetua Hal Ehwal Pelajar, Timbalan Pengetua Kokurikulum, Guru Kanan Bahasa, Guru Kanan Kemanusiaan, Guru Kanan Vokasional dan Teknikal, Guru Kanan Sains dan Matematik dan guru-guru kaunseling. Selain itu, pengetua juga dibantu oleh staf bukan akademik untuk mengurus pentadbiran sekolah.

Tenaga pengajar di sekolah mempunyai ahli seramai 55 orang dan dibahagikan kepada panitia mengikut mata pelajaran yang diajar masing-masing. Guru yang mengajar di Sekolah Menengah Sains Miri merupakan guru-guru berijazah.

Pelajar-pelajar sekolah ini terdiri daripada kaum Melayu, Cina, India dan peribumi Sarawak seperti Iban, Kayan, Kenyah dan lain-lain. Selain itu, pelajar tajaan bersama Yayasan Sarawak-Yayasan Sabah turut mengisi barisan pelajar sekolah ini. Terdiri daripada 20 buah kelas (empat buah kelas bagi setiap tingkatan), sekolah ini mempunyai 447 pelajar berdaftar setakat 1 Jun 2009.

Mata pelajaran[sunting | sunting sumber]

Terdapat banyak mata pelajaran berasaskan Kemahiran Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) yang diajar di sekolah ini namun, cuma 7/8 mata pelajaran sahaja diambil bagi Penilaian Menengah Rendah (PMR)iaitu;

  1. Bahasa Melayu
  2. Bahasa Inggeris
  3. Sains*
  4. Matematik*
  5. Pendidikan Islam
  6. Geografi
  7. Sejarah
  8. Kemahiran Hidup Bersepadu Perdagangan dan Keusahawanan,

dan 9/10 mata pelajaran bagi Sijil Pelajaran Malaysia iaitu;

  1. Bahasa Melayu
  2. Bahasa Inggeris dan GCE O-level English 1119
  3. Matematik*
  4. Pendidikan Islam atau Pendidikan Moral
  5. Sejarah
  6. Matematik Tambahan
  7. Fizik*
  8. Kimia*
  9. Biologi*
  10. English for Science and Technology

*Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) sehingga tahun 2012

Bahasa asing seperti Bahasa Perancis, Bahasa Jepun dan Bahasa Arab turut diajar di sekolah ini menurut piawai antarabangsa. Pelajar yang cemerlang dalam bidang bahasa asing akan digalakkan untuk mengambil Proficiency Test bagi Bahasa Jepun dan Diploma Pendidikan Bahasa Perancis DELF bagi pelajar Bahasa Perancis.

Kemudahan[sunting | sunting sumber]

Sekolah ini mempunyai 20 unit kelas, tiga makmal komputer, satu pusat sumber, dua blok makmal sains, satu blok kantin dan koperasi, satu blok bengkel Kemahiran Hidup Bersepadu, satu makmal Bahasa Jepun, satu bilik Bahasa Perancis, satu blok pentadbiran, satu blok dewan, satu blok dewan makan, satu stor sukan, lapan blok asrama termasuk tandas, lima unit berek pekerja, tiga unit flat guru, dua unit rumah pentadbir, padang bola sepak dan rugbi, padang hoki, padang kriket, gelanggan tenis, gelanggan bola keranjang, gelanggan bola jaring, gelanggan badminton, gelanggan rejam lembing, lontar peluru, lempar cakera, sukan memanah, meja ping pong dan trek balapan berturap. Selain itu, dobi dan kemudahan Internet juga disediakan.

Kecemerlangan akademik[sunting | sunting sumber]

Bagi Penilaian Menengah Rendah, Sekolah Menengah Sains Miri mencatatkan peningkatan peratusan pelajar yang mendapat A dalam semua pelajaran sejak penubuhannya.

Tahun Peratus Kelulusan(%) Peratus Semua A(%)
2005 100 53.3
2006 100 50.5
2007 100 54.3
2008 100 64.0

Bagi Sijil Pelajaran Malaysia, Sekolah Menengah Sains Miri turut melakarkan sejarah yang cemerlang apabila beberapa kali merangkul sekolah terbaik SPM negeri Sarawak. Pada tahun 2006, seorang pelajar sekolah ini iaitu Nor Assyakirin bin Hasbi berjaya meletakkan namanya di antara 100 pelajar terbaik SPM 2006 peringkat kebangsaan. Pada tahun 2007 juga, Sekolah Menengah Sains Miri menempatkan dirinya di tempat yang ke-17 di kalangan Sekolah Berasrama Penuh.

Kecemerlangan ko-kurikulum[sunting | sunting sumber]

Kadet Bomba dan Penyelamat Sekolah Menengah Sains Miri merupakan antara badan beruniform yang aktif di sekolah ini. Kerap kali muncul juara di peringkat bahagian, Kadet Bomba dan Penyelamat SM Sains Miri juga pernah mewakili sekolah di peringkat negeri dan kebangsaan dan turut merangkul beberapa anugerah di Perkhemahan Kadet Bomba dan Penyelamat di peringkat kebangsaan. Selain itu, Persatuan Kadet Bersatu Malaysia juga pernah menghantar wakil ke perkhemahan peringkat kebangsaan di Perak pada tahun 2008. Antara lain, Sekolah Menengah Sains Miri juga terlibat aktif dalam Program Pertukaran Budaya dengan negara Jepun. Pelajar sekolah ini juga pernah memenangi pertandingan menulis esei Bahasa Perancis dan berjaya merangkul hadiah ke negara Perancis. Selain itu juga, pelajar sekolah juga pernah ke Singapura untuk mengikuti pertandingan anjuran Pertubuhan Menteri Pelajaran ASEAN. Pasukan catur sekolah juga telah memenangi beberapa kategori pertandingan dan dihantar ntuk mewakili bahagian Miri bagi peringkat negeri. Pasukan Bahas Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris turut melakar sejarah dengan memenangi pertandingan di arena bahas masing-masing dan ada di kalangan pembahas turut merangkul gelar Pembahas Terbaik. Pada tahun 2009, Sekolah Menengah Sains Miri telah memenangi Pesta Pantun peringkat bahagian, dan memenangi tempat ketiga di International Petroleum Technology Conference di Kuala Lumpur. Tambahan pula, tahun 2012 melakar wajah kejayaan buat Pasukan Bahas Bahasa Melayu apabila berjaya menjadi Johan peringkat negeri setelah hampir 7 tahun mengalami kemarau kejuaraan.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Sains Miri
Jalan Bakam
98000, Miri
Sarawak, Malaysia
Telefon = 6085421371
Fax = 6085411050

Pautan luar[sunting | sunting sumber]