Sekolah Menengah Sains Muar
![]() |
|
| Moto | Berilmu & Berbakti |
|---|---|
| Ditubuhkan | 31 Mei 1983 |
| Jenis | Sekolah kerajaan, Sekolah Berasrama Penuh, Sekolah Berpretasi Tinggi |
| Pengetua | Tn Hj Samian Bin Sawiyo (terkini) |
| Penolong Kanan Pentadbiran dan Akademik | Pn Hjh Noor'aini Binti Ibrahim |
| Penolong Kanan Hal Ehwal Murid | En Mohamed Azman Bin Abdul Hamid |
| Penolong Kanan Kokurikulum | Tn Hj Jaafar Bin Ibrahim |
| Kod sekolah | JEA5027 |
| Lokasi | |
| Kemasukan Pelajar | Tingkatan 4 - Tingkatan 5 |
| Nama singkatan | SAMURA |
| Laman web | www.sainsmuar.edu.my |
| Telefon | +606-9523181 |
| Faks | +606-9536693 |
Sekolah Menengah Sains Muar atau lebih dikenali sebagai SAMURA merupakan sebuah sekolah berasrama penuh yang terletak di kawasan Tanjung Agas. Sekolah ini ditubuhkan pada 31 Mei 1983 di kawasan seluas 42 ekar. Tuan Hj Hamzah bin Abd Rashid merupakan pengetua pertama berkhidmat di bumi SAMURA hingga 1984. S eramai 204 orang pelajar Tingkatan I merupakan kumpulan pertama yang mendaftarkan diri pada tarikh ini dan pada Jun 1983 Kumpulan kedua pelajar sekolah ini mendaftarkan diri. Mereka merupakan 421 orang pelajar di bawah tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam untuk mengikuti Kursus Persediaan Bahasa Inggeris (TOEFL) sebelum melanjutkan pelajaran ke luar negara.
Mulai tahun 1988, sekolah ini hanya menerima pelajar baru tingkatan IV sahaja dan tidak lagi menerima kemasukan pelajar tingkatan I. Pada 1990 sekolah ini mempunyai tingkatan IV dan V sahaja. Pada 30 Jun 1991, sekolah ini telah menerima kumpulan pertama Tingkatan VI Rendah sehingga tahun 1994. Mulai 1995, sekolah ini telah dijadikan salah satu pusat matrikulasi bagi Universiti Malaysia Sabah hingga tahun 2000.
Seramai 9 orang pengetua telah berkhidmat di bumi SAMURA ini semenjak 1983 hinggalah sekarang dan banyak sumbangan dan pembaharuan yang telah dibawa. Sehingga hari ini SAMURA merupakan antara beberapa buah Sekolah Berasrama Penuh yang hanya mengambil pelajar tingkatan IV dan V. SAMURA boleh menempatkan sekitar 700 pelajar dan mempunyai 6 blok asrama yang terdiri daipada 4 blok asrama puteri dan 2 blok asrama putera.
Sepanjang tempoh ini juga SAMURA telah melalui banyak perubahan dan pelbagai pencapaian yang membanggakan, bukan sahaja di peringkat kebangsaan, malah di peringkat antarabangsa. Kejayaan SAMURA ini bukan merupakan usaha satu pihak sahaja, malah PIBG telah banyak membantu dalam merealisasikan impian sekolah. ALUMNI SAMURA juga banyak membantu dan memberikan bimbingan dan motivasi serta kursus bagi pelajar sebagai satu bentuk khidmat social kepada pihak sekolah.
Sekolah ini terletak di tepi jalan di mana ia mudah untuk di hubungi. Di hadapan sekolah ini terdapat sebuah tanah perkuburan orang Islam dan stesen minyak Shell. Sekolah ini mempunyai kawasan taman yang indah serta infrastruktur yang lengkap.
Isi kandungan |
[sunting] Lagu Sekolah
Janji kami pada negara dan bangsa
Menunaikan khidmat dan jasa
Berilmu Berbakti amalan semua
Mencapai cita-cita
Restui kami dari ibu dan bapa
Semoga kami berjaya
Bergerak melangkah
Berjuang bersama
Untuk nusa dan bangsa
Kamilah pelita alam semesta
Tunas pemimpin negara
Pelopor pada kemajuan pembangunan
SMS mengorak langkah
Doa kami pada Allah yang Esa
Menyanjung segala usaha
Menuju ke arah matlamat utama
Berusaha akan berjaya
[sunting] Moto Legacy
Others stride, we charge
Others hesitate, we proceed
Others retreat, we advance
Others fail, we triumph
Others succeed, we excel.
Bold and brave we are
Not followers but leaders
Not dependent, but depended on
We are the students of SMS Muar
We are the best
[sunting] Matapelajaran Teras
Bahasa Melayu
Bahasa Inggeris
Matematik
Pendidikan Islam
Sejarah
[sunting] Matapelajaran Elektif
Aliran Sains Tulen:
Matematik Tambahan
Biologi
Kimia
Fizik
Aliran Sains Teknikal:
Matematik Tambahan
Kimia
Fizik
Teknologi Kejuruteraan
Lukisan Kejuruteraan
Matapelajaran Tambahan:
Tasawwur Islam
Prinsip Perakaunan
Pendidikan Seni & Visual
[sunting] Alumni
Antara alumni sekolah ini adalah:-
- Omar Mustapha Ong - tahun 1984 -1988
[sunting] Pautan luar
- Laman web portal rasmi bekas pelajar Sekolah Menengah Sains Muar (SAMURA)
- Laman web rasmi SM Sains Muar
