Sekolah Menengah Sains Muzaffar Syah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Sekolah Menengah Sains Muzaffar Syah
Moto "Bersikap Membina"
Ditubuhkan 5 Januari 1973
Dirasmikan Oktober 1983 oleh Tun Syed Zahiruddin bin Syed Hassan
Jenis Sekolah Berasrama Penuh (SBP)
Pengetua Tuan Haji Hassan Topit
Penolong Kanan Pentadbiran dan Akademik Cik Rosnah binti Osman
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Encik Md Isa bin Jani
Penolong Kanan Kokurikulum Tuan Haji Johan bin Othman
Lokasi Ayer Keroh, Melaka
Kemasukan Pelajar 614 Pelajar
Nama singkatan S.M.S.M.S / Moz@c
Laman web Laman SM Sains Muzaffar Syah
Telefon (+6)06-2320833
Faks (+6)06-2321780


Sekolah Menengah Sains Muzaffar Syah (Moz@c) merupakan satu-satunya sekolah menengah sains dan salah satu daripada dua buah Sekolah Berasrama Penuh (SBP) di negeri Melaka Bandaraya Bersejarah.

Isi kandungan

[sunting] Sejarah sekolah

Sekolah ini yang dahulunya dikenali sebagai Sekolah Menengah Sains Melaka telah didirikan di kawasan berbukit dengan ketinggian 121.9 meter dari aras laut. Keluasan asalnya ialah 12.9 hektar. Sejarah sekolah ini telah bermula pada tanggal 5 Januari 1973. Pada tarikh ini, seramai 120 orang pelajar Tingkatan 1 terdiri daripada 80 orang pelajar lelaki dan 40 orang pelajar perempuan sebagai perintis telah ditempatkan di Sekolah Menengah Munshi Abdullah, Batu Berendam, Melaka sementara menunggu bangunan sekolah ini siap. Oleh kerana bangunan Sekolah Menengah Sains Muzaffar Syah ini lambat disiapkan pelajar-pelajar tersebut telah dipindahkan ke Sekolah Menengah Sains Johor di Kluang pada tahun berikutnya.

Pada 3 Januari 1976, seramai 120 orang pelajar Tingkatan 1 telah ditumpangkan sekali lagi di Sekolah Menengah Munshi Abdullah. Mereka telah ditempatkan di Sekolah Menengah Sains Muzaffar Syah, Melaka pada 10 Mei 1976. Pada tahun 1978, dengan kerjasama Unit Matrikulasi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sekolah ini telah diberi kepercayaan untuk menjalankan Kursus Matrikulasi , satu kursus intensif setahun untuk pelajar-pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia. Kumpulan pertama pelajar-pelajar Kursus Matrikulasi ini terdiri daripada 102 orang pelajar yang didatangkan dari seluruh tanahair. Tingkatan 6 dihentikan dan kelas Matrikulasi UKM disambungkan semula dengan memulakan Kelas Matrikulasi Sains Kejuruteraan.

Pada Oktober 1983, sekolah ini yang nama asalnya Sekolah Menengah Sains Melaka telah dengan rasminya bertukar kepada Sekolah Muzaffar Syah, mengambil sempena nama Sultan Muzaffar Syah iaitu Sultan Melaka yang ke-empat. Perasmian pertukaran nama ini telah disempurnakan oleh Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Syed Zahiruddin bin Syed Hassan.

[sunting] Lagu rasmi Sekolah

Sekolah Muzaffar Syah Melaka

Ikhlas mendidik putera dan puteri

Hasrat mulia tersemat di jiwa

Bersikap membina amal sentiasa

Majulah Muzaffar Syah Melaka

Bonda kandung yang kami kasihi

Inilah janji kami padukan

Nama harummu tetap dijaga

Semoga yang maha kuasa

Memberikan restu setiap masa

Kita pelajar bertatasusila

Amanah rakyat dijunjung bersama

Mencari ilmu dasar utama

Untuk pertiwi kita berjasa

[sunting] Info sekolah

Visi :

Menjadikan warga sekolah ini sentiasa bersikap membina dan beriman berpaksikan ilmu pengetahuan menjelang tahun 2020

Misi :

Menyediakan pendidikan bermutu secara menyeluruh untuk melahirkan warga muda yang berwibawa ,berketrampilan ,bersahsiah mulia dan beriman dalam sektor perkhidmatan awam dan swasta berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Falsafah :

Sesungguhnya pelajar sekolah ini adalah berpotensi dan berkebolehan yang tinggi untuk berkembang maju menuju ke arah kecemerlangan berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan. Oleh itu peluang diberikan sepenuhnya kepada mereka bagi memaju dan memperkembangkan bakat masing-masing untuk menjadi insan yang berilmu, berakhlak mulia bertanggungjawab terhadap diri,agama, masyarakat,bangsa dan negara.

Matlamat :

  • Mempertingkatkan mutu pengurusan dalam aspek mengawal dan mengurus sumber secara optimum bagi menghasilkan perkhidmatan yang cemerlang dan pendidikan yang bermutu.
  • Menyediakan warga muda yang dinamik dan bermutu serta mempunyai perkembangan sahsiah yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.
  • Memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar dan berkesan di dalam dan di luar bilik darjah.
  • Membantu pertumbuhan dan perkembangan bakat warga muda yang kreatif dan inovatif secara sihat melalui percambahan fikiran.
  • Mempertingkatkan latihan dan kemahiran sumber tenaga manusia melalui penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi.
  • Mengamalkan budaya membina diri dan membimbing rakan dalam usaha berkongsi matlamat dan berkomunikasi secara terbuka dan berkesan.
  • Membantu mengatasi masalah moral dan kurang disiplin dalam kalangan warga muda melalui gerak kerja dan kegiatan berkumpulan yang menunjukkan penghargaan terhadap mereka.
  • Melahirkan warga muda berpengetahuan dalam pelbagai disiplin ilmu sains dan teknologi dari segi kualiti dan kuantiti untuk berdaya saing dalam dunia tanpa sempadan melalui bahasa antarabangsa yang dipelajari.
  • Mewujudkan suasana permuafakatan strategik dan perkongsian pintar untuk menzahirkan budaya mesra antara sekolah dengan masyarakat, agensi kerajaan dan swasta.
  • Menyemai perasaan kenegaraan , membina perpaduan kebangsaan dan menanam sikap bertanggung jawab dalam kalangan warga muda yang beridentitikan Malaysia.

[sunting] Maklumat sekolah

No. Telefon / Faksimili :

  • No. Telefon : (+6)06-2320833
  • No. Faksimili :(+6)06-2321780

Informasi ICT :

Emel Pengetua :

  • pengetuamozac@yahoo.com

Emel PIBG :

  • mozacpibg@yahoo.com

Emel Kaunseling :

  • kaunselingmozac@gmail.com

Emel Lain-lain :

  • pk1mozac@yahoo.com
  • mozac2141@gmail.com

[sunting] Pautan luar

Alatan peribadi
Ruang nama

Kelainan
Tindakan
Pandu arah
Perhubungan
Cetak/eksport
Alatan
Bahasa lain