Sekolah Menengah Sains Tuanku Munawir

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Menengah Sains Tuanku Munawir (SASER)
frames
Lokasi
Jalan Sikamat, Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Berasrama Penuh, Sekolah Berprestasi Tinggi
MotoBerilmu, Beriman, Berbakti
Nombor sekolah(+6)06-7630388
PengetuaTuan Adam@Karim bin Haji Abd Malek
GPK Pentadbiran dan AkademikEn Mohd Nor Bin Shafie
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridEn Norhaizul bin Muhammad
Penolong Kanan KokurikulumCik Jaslinawati binti Mohd Saad
Faks(+6)06-7622885
Laman sesawang
Map


Sekolah Menengah Sains Tuanku Munawir (SASER)(bahasa Inggeris: Tuanku Munawir Science School) ini merupakan sebuah Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) yang dikenali sebagai Sekolah Berasrama Penuh pada masa kini yang terletak di Jalan Sikamat, Seremban, Negeri Sembilan. Pada awal penubuhannya, sekolah ini diberi nama Sekolah Menengah Sains Seremban, namun pada 8 Mac 2011, nama sekolah ini diganti dan diambil sempena nama Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-9, Tuanku Munawir iaitu bapa kepada Yang Di-Pertuan Besar sekarang, Tuanku Muhriz.[1] SASER ialah sebuah daripada enam SBP Putera.Sekolah Menengah Sains Tuanku Munawir telah menempatkan kedudukannya pada tangga pertama 5 tahun berturut-turut dari SPM 2006-2010.SASER telah dinobatkan sebagai penghasil straight A terbanyak pada 2010.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Sains Tuanku Munawir yang asalnya diberi nama Sekolah Menengah Sains Seremban (SASER) mula ditubuhkan secara rasminya pada Februari 2002. Sekolah ini menggunakan tapak dan bangunan yang ditinggalkan oleh Sekolah Datuk Abdul Razak, Seremban yang mendapat premis baru di Sungai Gadut. Kerja-kerja menaikkan taraf sekolah yang ditinggalkan selama hampir tiga bulan telah dijalankan dan melibatkan kos keseluruhan sebanyak hampir RM600,000. Kerja-kerja ini bermula pada 28 Februari dan siap sepenuhnya pada 30 Mac 2002. Pada 1 Mac 2002, Tuan Haji Azam bin Md Atan telah mendaftar sebagai pengetua pertama Sekolah Menengah Sains Seremban. Kumpulan pertama guru yang mendaftar pada 18 Mac 2002 adalah seramai 11 orang dan kumpulan kedua pula pada 20 Mac 2002 seramai 2 orang..

Infrastruktur dan kemudahan[sunting | sunting sumber]

Sekolah ini mempunyai:

  • 4 Blok Bangunan Utama (3 Blok Akademik dan 1 Blok Pentadbiran-Akademik)
  • Sebuah Blok Makmal Sains
  • Sebuah Dewan yang diberi nama Dewan Putera
  • Sebuah Bengkel Kemahiran Hidup
  • Bangunan Kokurikulum yang menempatkan Kantin Sekolah, Gymnasium, Stor Sukan, Bilik Pengurusan Pengawas dan Bilik Persalinan
  • 4 Blok Bangunan Asrama (Lekir,Tuah,Kasturi,Jebat )
  • sebuah Dewan Makan
  • Blok Baharu yang menempatkan Perpustakaan, Makmal Sains, Bilik Inovasi, Bilik Sal dan Bilik-bilik Kuliah.
  • Sebuah surau yang dinamakan Surau Al-Mutafawwiqin telah siap dibina pada tahun 2010 dan telah menggantikan surau lama yang terletak di Blok Tuah (kini dijadikan Bilik Bacaan). Pada penghujung tahun 2015, Surau Al-Mutafawwiqin telah dilengkapi dengan 8 pendingin hawa dan karpet untuk memastikan keselesaan murid ketika beribadah.

Pada awal penubuhan, hanya terdapat 6 buah kelas diwujudkan (Beta, Delta, Epsilon, Gamma, Omega, Sigma) untuk Tingkatan 4 tahun 2002 dan Tingkatan 5 tahun 2003 memandangkan bilangan pelajar-pelajar sulung yang agak sedikit. Pengambilan pelajar-pelajar kelompok ke-2 dan seterusnya yang semakin ramai menyebabkan 4 lagi kelas diwujudkan (Alfa, Iota, Theta, Zeta). Kelas-kelas elit telah diwujudkan pada tahun 2002 dan pernah melibatkan pelajar-pelajar ambilan 2002 dan 2003 namun dibubarkan selepas itu. Pada tahun 2015, kesemua lantai 20 kelas telah dijubinkan dan tingkap telah ditukar daripada tingkap kaca kepada tingkap gelangsar berwarna hitam.

4 blok bangunan asrama 3 tingkat mengasaskan 4 kediaman dan juga menjadi rumah sukan kepada Putera-putera SASER iaitu Merah, Biru, Kuning dan Hijau. Namun, nama-nama tersebut telah diubah kepada Tuah, Lekir, Kasturi dan Jebat menjelang 2004. Setiap blok mempunyai common room masing-masing di mana setiap aktiviti yang melibatkan kediaman akan dijalankan. Sebuah Bilik Bacaan yang dilengkapi dengan pendingin hawa (asalnya surau) telah dibina dan diubah suai serta Ruang Dobi Prabayar disediakan di Blok Tuah manakala Bilik Sakit dan Ruang Dobi Rasmi Sekolah disediakan di Blok Lekir.

Kemudahan Sukan di SASER:

  • Padang SASER yang dilengkapi dengan Pavillion (digunakan sebagai Padang Ragbi, Bola Sepak, Hoki acara Balapan serta aktiviti-aktiviti Sukan yang lain contohnya Hari Sukan SASER)
  • 2 Gelanggang Bola Keranjang
  • 2 Gelanggang Takraw
  • 2 Gelanggang Bola Tampar
  • Satu Gelanggang Badminton (di dalam Dewan Putera)
  • Satu Gelanggang Futsal
  • Satu Gelanggang Tenis-Skuasy.
  • Sebuah stor sukan berhampiran dengan Padang SASER.
  • Sebuah Gimnasium yang terletak di Bangunan Kokurikulum.

Di pinggir Padang SASER, terdapat dua buah rumah staf iaitu Rumah Kediaman Pengetua dan Rumah Kediaman Penolong Kanan Hal Ehwal Murid. Selain itu, Kediaman Housemaster telah disediakan di setiap Blok Asrama.

Visi, misi, matlamat dan slogan[sunting | sunting sumber]

Visi[sunting | sunting sumber]

SEKOLAH MENENGAH SAINS TUANKU MUNAWIR penjana kecemerlangan insan peringkat kebangsaan dan antarabangsa

Misi[sunting | sunting sumber]

Membangunkan potensi individu yang seimbang dalam pelbagai bidang ilmu dan kemahiran melalui pendidikan berkualiti.

Matlamat[sunting | sunting sumber]

  1. Menampilkan iklim sekolah yang selamat dan memberangsangkan bagi melahirkan generasi Malaysia yang sihat, prihatin dan penyayang.
  2. Mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang kondusif dan dinamik.
  3. Melahirkan warga sekolah yang berilmu pengetahuan, beriman dengan ilmu yang diperolehi serta dapat berbakti dengan ilmu tersebut kepada diri dan orang lain.
  4. Melahirkan warga sekolah yang cemerlang dalam akademiknya, berkeperibadian tinggi dalam sahsiahnya, hebat dalam kokurikulumnya, unggul dalam semangat patriotismenya yang dibina berteraskan keagamaan.
  5. Melahirkan warga sekolah yang kreatif, inovatif, kritis serta mempunyai daya saing dan daya tahan yang tinggi.

Slogan[sunting | sunting sumber]

SASER Namamu Teratas, Takkan Saser Hilang Takhta

SASER, Your Name Will Always Be On Top And Never Shall Be Dethroned

Kakitangan[sunting | sunting sumber]

Senarai Pengetua[sunting | sunting sumber]

  • Tuan Haji Azam Bin Mohd Atan (1 Mac 2002 - 16 Dis 2003)
  • Tuan Haji Baharudin Bin Dato' Borhan (16 Dis 2003 - 1 Jan 2005)
  • Tuan Haji Mohamad Kamaludin Bin Taib (1 Feb 2005 - 16 Feb 2008)
  • Dato' Haji Sabuddin Bin Haji Sani D.P.T A.N.S (18 Apr 2008 - 16 Sep 2019)
  • Tuan Haji Abdul Aziz bin Mahmud (Jan 2020 - 2021)
  • Tuan Haji Sahak bin Ahmadun (Jan 2021 - 2023)
  • Tuan Adam bin Abd Malek (Mei 2023 - Kini)

Tenaga Pengajar & Staf Sokongan[sunting | sunting sumber]

Kumpulan pertama guru yang mendaftar pada 18 Mac 2002 seramai 9 orang dan kumpulan kedua pula pada 20 Mac 2002 seramai 2 orang dan seterusnya sehinnga hujung tahun 2002, jumlah guru ialah seramai 26 orang. Mereka ialah:

  1. Tn. Hj Azam Bin Hj Md Atan (Pengetua)
  2. En. Halim Md Yunus
  3. En. Haris Abdullah
  4. En. Roslie Ahmad
  5. En. Mustafa Kamal Abd Rahim
  6. En. Kaharuddin Mohd Nor
  7. En. Ismail Kassim
  8. En. Khairul Azman Md Amin
  9. En. Mohd Shahir Hj Mohamed Sunar
  10. En. Farid Hilmi Embong
  11. En. Badrol Shah Bin Abdul Saha
  12. En. Mohd Nor Bin Shafie
  13. En. Helmy Sulaiman
  14. Pn. Jennyta Noorbi
  15. Pn. Maimunah Maarof
  16. Pn. Zaiton Bujang
  17. Pn. Hasni Bakar
  18. Cik Noorhilma Yem
  19. Pn. Norisah Mohamed Nor
  20. Pn. Haslinda Haron
  21. Pn. Zahuren Hj Abdul Kadir
  22. Pn. Salwati Setia
  23. Pn. Norhaliza Hashim
  24. Pn. Siti Azlina Hairuddin
  25. Pn. Lim Chui Hoon
  26. Pn. Faridah Hamat
  27. Pn. Helmiah Makpol

Berikut ialah data-data yang berkaitan:

Tahun 2004 2005 2006 2007 2008 2009 2010 2011 2012 2013 2014 2015
Bil Guru 50 48 49 53 54 49 51 51 49 48 48 47
Bil Staf 16 17 16 17 21 20 20 20 21 21 24 23

Pelajar[sunting | sunting sumber]

Kumpulan pertama pelajar yang mendaftar pada tahun 2002 ialah seramai 122 orang melalui 2 ambilan. Kumpulan kedua pula yang mendaftar pada tahun 2003 ialah seramai lebih 300 orang melalui 4 ambilan namun sehingga akhir 2004 hanya 284 orang yang kekal. Sejak penubuhannya pada tahun 2002, setiap pelajar yang mendaftar di sekolah ini menggelar diri mereka sebagai Putera Saser atau Saserian

Kriteria Pemilihan Putera SASER[sunting | sunting sumber]

Pengambilan Putera SASER dibuka kepada Pelajar Tingkatan Tiga (sehingga tahun 2018) dan Pelajar Darjah Enam (bermula tahun 2016). Antara kriteria pemilihan Putera SASER ialah:

Nama-Nama Batch SASER[sunting | sunting sumber]

Nama batch Putera-Putera SASER dari tahun 2002 hingga 2023

Batch Nama Batch Tahun SPM Ranking SBP Pointer SPM
0203 Saser Pioneers (Putera Sulung Saser) 2003 - 2.30
0304 Saser Flyers 2004 4 1.93
0405 Knight 2005 2 1.74
0506 Catalyst 2006 1 1.62
0607 Sovereign 2007 1 1.56
0708 Enigma 2008 1 1.61
0809 RakSaser 2009 1 0.97
0910 Valedictorian 2010 1 0.89
1011 Conquixtador 2011 5 1.18
1112 Ganador 2012 2 1.06
1213 Salvador 2013 5 1.15
1314 Exiimius 2014 1 1.16
1415 Avicenna 2015 1 1.40
1516 Xivius 2016 5 1.48
1617 Averroes 2017 2 1.26
1718 Arzachel 2018 3 1.36
1819 Xvians 2019 7 1.20
1620 Avenzoar (Batch Pertama Tingkatan 1) 2020 23 1.78
1721 Avempace 2021 16 1.60
1822 Xanthrons 2022 18 1.74
1923 Astrixx 2023 - -
2024 Gallantor 2024 - -
2125 Avelonz 2025 - -
2226 Zenith 2026 - -
2327 Invixx 2027 - -

Rumah Sukan[sunting | sunting sumber]

Rumah Sukan Warna Emblem Moto
Tuah Merah Singa

(Crimson Leo)

Hungry For Victory
Lekir Biru Jerung

(Sapphire Megalodon)

Success is Our Tradition
Kasturi Kuning Harimau

(Golden Byakko)

The Era of Success
Jebat Hijau Helang

(Emerald Phoenix)

Act Without Expectation

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Ko-kurikulum[sunting | sunting sumber]

Kecemerlangan SASER bukan saja pada akademiknya malah dari segi kokurikulumnya. Kecemerlangan sekolah dalam bidang kokurikulum telah mendapat pengiktirafan berprestij apabila menerima Anugerah Kokurikulum Terbilang Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Peringkat Kebangsaan sempena Hari Kecemerlangan Sekolah Berasrama Penuh (HKSBP) Tahun 2014.


  • 2023
    • Kejohanan Hoki mssd:
      • Johan
    • Pertandingan bola sepak daerah:
      • U15 - Naib johan
    • Kejohanan tennis mssd:
      • Tempat ke 1 - Muhammad Faiz
      • Tempat ke 3 - Azfar
  • 2019

[Tiada rekod]

  • 2018
    • SDAR 10s Rugby Tournament
    • U13 - Naib Johan Plate
    • U14 - Johan Plate
  • 2017
    • Olympiad Sains dan Matematik Peringkat Kebangsaan
      • Tempat ke 4 - Irfan Hadi (Sains)
      • Tempat ke 3 - Syamil Haziq (Matematik)
      • Tempat ke 2 berkumpulan (Sains)
    • Johan : Kejohanan Catur Terbuka Kebangsaan KUSESS Kali ke 5
    • Kejohanan Balapan dan Padang MSSD Seremban 1 Kali ke-5 2017:
      • Emas : Lontar Peluru U13
      • Emas : 100m U13
    • Pertandingan Bola Sepak STJ Open:
      • Johan : Kategori U15
      • Johan : Kategori U18
  • 2016
    • Gold Award : International Engineering Invention & Innovation Exhibition (3 Gold Award)
    • Gold Award : Festival Sains & Teknologi Peringkat Kebangsaan 2016
    • Gold Award : Karnival Pendidikan Kerjaya Peringkat Zon 2
    • Anugerah Perak : Pertandingan Muzik Gamelan Melayu & Caklempong SBP Ke-6 Peringkat Kebangsaan
    • Silver Medal : Fully Residential School International Symposium 2016
    • Ketiga : Pertandingan Roket Peringkat Kebangsaan (Pasukan SASER Mewakili Negeri Sembilan)
    • Tempat Ke-6 : Pertandingan Inovasi Teknologi Sains dan Kejuruteraan
    • Kejohanan Bolasepak SAMURA
      • Johan : U16
      • Naib Johan : U13
    • Johan Saucer U13 : KGV 10's International Rugby Competition
    • Pertandingan Olimpiad Sains dan Matematik Peringkat Negeri Sembilan :
      • Pertama : Sains
      • Ketiga : Matematik
    • Tempat ke-3 : Pertandingan Kuiz Sejarah Sekolah Menengah Negeri Sembilan
  • 2015
    • Johan : Pertandingan Muzik Gamelan Melayu & Caklempong SBP Ke-5 Peringkat Kebangsaan
    • Johan : MSU Performing Arts Competition (Caklempong)
    • Johan : Pertandingan Roket Peringkat Kebangsaan (Pasukan SASER Mewakili Negeri Sembilan)
    • Naib Johan : UTM Bridge Competition
    • International Engineering Invention & Innovation Exhibition :
      • 2 Gold Award
      • 1 Silver Award
    • Indonesia Young Inventor Olympiad Competition :
      • 1 Gold Award
      • 1 Silver Award
    • Malaysia International Young Inventor Olympiad :
      • 2 Gold Award
      • 1 Silver Award
      • 1 Special Award
    • Kejohanan Olahraga & Balapan Peringkat Negeri Sembilan :
      • Gold Medal Lompat Tinggi
      • Silver Medal Lompat Kijang
      • Silver Medal Lompat Jauh
    • Perkhemahan Kadet Pertahanan Awam Peringkat Negeri Sembilan (Mewakili Daerah Seremban 1) :
      • Johan Keseluruhan
      • Pertama : Kawad Kaki
      • Pertama : Memadam Kebakaran
      • Kedua : Menyelamat
      • Ketiga : Pertolongan Cemas
  • 2014
    • Indonesia Young Inventor Olympiad Competition :
      • 1 Gold Medal
      • 1 Silver Medal
    • Kedua : Pertandingan Muzik Gamelan Melayu & Caklempong SBP Ke-4 Peringkat Kebangsaan.
    • Ketiga : Liga Hoki anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah Rembau
    • Kadet Terbilang Perkhemahan Kadet Remaja Sekolah SBP Peringkat Kebangsaan
    • Johan : Liga Hoki MSSM Negeri Sembilan (2 Orang Pelajar SASER Mewakili Seremban 1)
    • Naib Johan : Bola Keranjang 3 on 3 SDAR's Open Day
    • Naib Johan Keseluruhan : Perkhemahan Kadet Remaja Sekolah Peringkat Kebangsaan (Mewakili Negeri Sembilan)
    • Naib Johan Keseluruhan : Perkhemahan Kadet Remaja Sekolah Peringkat Negeri Sembilan (Mewakli Daerah Seremban 1)
    • Kejohanan Olahraga & Balapan Daerah Seremban 1 (Larian 100m) :
      • Gold Medal : Larian 100m
      • Gold Medal : Jalan Kaki 10km
  • 2013
    • Kedua : Pertandingan Muzik Gamelan Melayu & Caklempong SBP Ke-3 Peringkat Kebangsaan.
    • Ketiga : Pertandingan Kawad Kaki KRS Peringkat Negeri
    • Kadet Terbaik Perkhemahan Kadet Remaja Sekolah Peringkat Negeri
    • Kadet Terbaik Perkhemahan Kadet Remaja Sekolah SBP Peringkat Kebangsaan
    • Johan : Pertandingan Menembak PKBM (LAUT) Peringkat Zon Selatan
  • 2012
    • Johan : Pertandingan Muzik Gamelan Melayu & Caklempong SBP Ke-2 Peringkat Kebangsaan
    • Johan : Festival Kesenian & Kebudayaan Sekolah-Sekolah Negeri Sembilan Peringkat Negeri (Randai Kreatif & Caklempong)
    • Johan : Pertandingan Kawad Kaki Kadet Remaja Sekolah (KRS) Peringkat Daerah
    • Johan : Pertandingan Kemahiran Kadet Pertahanan Awam Malaysia (KAPA) Peringkat Daerah
    • Sekolah Terbaik Perkhemahan Kadet Remaja Sekolah SBP Peringkat Kebangsaan
    • Tempat Ke-3 : Pertandingan Kawad Kaki Kadet Remaja Sekolah (KRS) Peringkat Negeri
    • Tempat Ke-5 : Pertandingan Drama Bahasa Inggeris Peringkat Daerah
  • 2011
    • Johan : Pertandingan Muzik Gamelan Melayu & Caklempong SBP Kali Pertama Peringkat Kebangsaan
    • Johan : Pertandingan Caklempong Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan
  • 2008
    • Naib Johan : Pertandingan Bola Sepak Peringkat Negeri (Menentang SMK Tunku Ampuan Durah, Sekolah Projek Bola Sepak JPNS)
  • 2007
    • Naib Johan : Pertandingan Bola Keranjang HKSBP (Menentang Kolej Melayu Kuala Kangsar, MCKK)
  • 2006
    • Johan : Debat Bahasa Inggeris Piala Perdana Menteri (PPM) Perinkat Kebangsaan.

Akademik[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 2003, seramai 19 orang pelajar sulung mendapat semua A dalam semua subjek dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Manakala pelajar-pelajar kumpulan ke-2 telah muncul buat pertama kalinya sebagai sekolah paling cemerlang di Negeri Sembilan dan keempat terbaik antara Sekolah Berasrama Penuh.

Kumpulan ketiga pula berjaya menempatkan diri di tempat kedua kesuluruhan di belakang Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS) di samping pencapaian keseluruhan yang berjaya menempatkan SASER sebagai sekolah terbaik di Negeri Sembilan, Kumpulan ketiga SASER juga berjaya mencapai tempat pertama di kalangan semua Sekolah Berasrama Penuh melalui pencapaian dalam mata pelajaran Matematik Moden dan Matematik Tambahan apabila memperoleh gred purata 1.00 dan 1.67 bagi kedua-dua subjek tersebut.

Putera-putera SASER kelompok yang keempat telah berjaya melonjakkan nama SASER di tempat teratas di kalangan SBP pada SPM tahun 2006 dengan GPK 1.62. SASER sekali lagi muncul menempatkan diri di tangga pertama dalam kalangan sekolah berasrama penuh pada tahun 2007 dan tangga kedua bagi keseluruhan sekolah se-Malaysia hanya di belakang Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Langkawi. 5 orang daripada kelompok ke-5 telah dipilih sebagai pelajar cemerlang SPM peringkat kebangsaan.

Pada SPM tahun 2008, SASER sekali lagi mengungguli kedudukan teratas dalam senarai sekolah berasrama penuh apabila 98 orang pelajar kelompok yang ke-6 berjaya memperoleh semua A dalam semua mata pelajaran. SASER telah dinobatkan sebagai Sekolah Terbaik peringkat kebangsaan pada SPM tahun 2009 dengan seramai 132 putera SASER berjaya mendapat semua A. Kelompok ke-7 SASER telah mengekalkan status nombor 1 SASER di peringkat SBP dan telah menjadi sekolah terbaik peringkat kebangsaan bagi SPM 2009. Dua orang pelajar kelompok ke-7 telah berjaya mendapat semua A+ dalam semua mata pelajaran yang diduduki.

Pangkat Sekolah Terbaik Kebangsaan juga telah sekali lagi dijulang oleh SASER pada tahun 2010 apabila diumumkan menduduki tangga teratas di kalangan SBP sekali lagi dengan GPK 0.89 dalam peperiksaan SPM 2010 dan hanya berada di belakang MRSM Pengkalan Chepa yang meraih GPK 0.83. Pada tahun ini juga, Muhammad Putera Farid Iskandar (Batch Valedictorian 0910), seorang pelajar SASER telah dinobatkan sebagai Pelajar Terbaik SPM 2010 Peringkat Kebangsaan. Saban tahun, hampir 100 orang pelajar SASER diaungerahkan kong biasiswa untuk melanjutkan pelajaran di luar negara. Sehubungan dengan pencapaian yang cemerlang ini, SASER telah dianugerahkan pelbagai sijil penghargaan, antaranya ialah Anugerah Terbilang JPNS, Anugerah KHAS dan Anugerah EMAS Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Sekolah Berprestasi Tinggi[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Sains Tuanku Munawir, Seremban telah diiktiraf sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) pada tahun 2011 iaitu dalam golongan Kohort yang kedua. SBT ditakrifkan sebagai sekolah yang mempunyai etos, watak, identiti tersendiri dan unik serta menyerlah dalam semua aspek pendidikan. Sekolah ini mempunyai tradisi budaya kerja yang sangat tinggi dan cemerlang dengan modal insan nasional yang berkembang secara holistik dan berterusan serta mampu berdaya saing di persada antarabangsa dan menjadi sekolah pilihan masyarakat.

Etos Sekolah[sunting | sunting sumber]

Sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi, SASER amat terkenal dengan etosnya, iaitu:

  1. Matematik [2011 - Sekarang]
  2. Caklempong & Randai (Kebudayaan) [2011 - 2014]
  3. Research & Development (Inovasi) [2014 - Sekarang]

Anugerah Bai'ah[sunting | sunting sumber]

Rentetan daripada kejayaan yang cemerlang dalam bidang Akademik dan Kokurikulum, SASER telah menerima Anugerah Bai'ah oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sebanyak lima kali iaitu pada tahun 2011, 2012, 2013, 2014 dan 2015.

Pengantarabangsaan[sunting | sunting sumber]

Indonesia
  • SM (P) Padang 1, Padang
  • SMA Izada, Jakarta
Korea Selatan
  • 꽃 유치원

Persatuan Bekas Pelajar SM Sains Seremban & SM Sains Tuanku Munawir, Seremban (SASEROBA)[sunting | sunting sumber]

Saser Old Boys Association (SASEROBA) secara rasminya ditubuhkan pada tahun 2017. Mesyuarat Agong Saseroba Kali Pertama telah diadakan pada 21 Januari 2017 di Dewan Putera, Saser.

Penggal Tahun Nama Presiden Kelompok
Pertama 2017-2018 Mohammad Haafiz Bin Nordin 4

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]