Sekolah Menengah Sains Seri Puteri

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Sekolah Menengah Sains Seri Puteri
Moto "Proaktif Inovatif Efektif"
Dirasmikan 1 April 2003
Jenis Sekolah Berasrama Penuh (SBP)
Pengetua Datin Seri Zavirah Bt Shaari
Penolong Kanan Pentadbiran dan Akademik Pn Zubidah bt Md Yunos
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Pn Norsham bt Noordin
Penolong Kanan Kokurikulum En. Ilias bin Ahmad
Lokasi Kuala LumpurSentul, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia
Nama singkatan SESERI
Laman web [1]
Telefon (+6)03-40411715
Faks (+6)03-40449614


Sekolah Menengah Sains Seri Puteri atau lebih dikenali sebagai SESERI adalah sebuah Sekolah Berasrama Penuh (SBP) di Malaysia terletak berhadapan dengan bangunan PWTC di tengah-tengah bandar Kuala Lumpur.

Sekolah Menengah Sains Seri Puteri (SESERI) telah dibuka pada 01 April 2003 dengan mengambil alih premis Sekolah Seri Puteri yang telah berpindah ke Cyberjaya, Selangor. Sekolah ini merupakan Sekolah Berasrama Penuh yang ke-46 dan sekolah kelima di Malaysia yang pelajarnya terdiri daripada pelajar perempuan sahaja.

Sekolah ini mengandungi 3 blok bangunan iaitu blok pentadbiran, blok akademik dan blok makmal sains. Terdapat juga Dewan Sekolah, Kantin dan gelanggang permainan. Di kawasan asrama pula terdapat 3 blok asrama, blok surau serta Dewan Makan.

Nama SESERI sinonim dengan bunga orkid. Setiap kelas di SESERI diberi nama berdasarkan nama saintifik bunga orkid. Begitu juga dengan nama rumah sukan.

Misi, Visi & Moto[sunting | sunting sumber]

Visi
Sekolah Menengah Sains Seri Puteri sebagai institusi pendidikan terbilang di peringkat antarabangsa menjelang tahun 2020.


Misi
Memastikan setiap pelajar mendapat pendidikan terbaik melalui pengurusan dan kepemimpinan berkualiti bagi melahirkan insan proaktif, inovatif dan efektif dalam memenuhi aspirasi bangsa dan negara.


Moto
"Proaktif, Inovatif, Efektif".

Senarai Pentadbir (semasa)[sunting | sunting sumber]

Bil Nama Jawatan
1. Datin Seri Zavirah bt Shaari Pengetua
2. Pn Zubidah bt Md Yunos Penolong Kanan Akademik
3. Pn Norsham bt Noordin Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
4. Cik Siti Aishah bt Othman Penolong Kanan Kokurikulum
5. Pn Nor'aini bt Hamid Ketua Bidang Kemanusiaan
6. En Hadip b Harun Ketua Bidang Teknik & Vokasional
7. Pn Norliza bt M. Yusof Ketua Bidang Sains & Matematik
8. Cik Vasantha a/p Sangarapillai Ketua Bidang Bahasa

Rumah Sukan[sunting | sunting sumber]

Rumah Warna
Epidendrium Oren
Oncidium Kuning
Dendrobium Merah
Brassidium Hijau

Lagu Sekolah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Sains Seri Puteri
Kian cemerlang dan indah bestari
Cekal tabah berani mesra ICT
Hadapi cabaran globalisasi

Proaktif, Inovatif dan Efektif
Cogan kata panduan kami semua
Merealisasikan kecemerlangan
Mara bersatu ke era wawasan

Kamilah puteri harapan bangsa
Pewaris srikandi negara
Bersama cipta satu impian
Masa depan yang gemilang

Sentiasa berusaha sedia berbakti
Mencapai hasrat nan murni
Berakhlak mulia berjiwa perkasa
Majulah sekolah ku tercinta


Rujukan[sunting | sunting sumber]