Sekolah Menengah Sains Sultan Iskandar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Menengah Sains Sultan Iskandar
170
Lokasi
KM4, Jalan Jemaluang, 86800 Mersing, Johor Darul Takzim
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Kerajaan, Sekolah Berasrama Penuh, Sekolah Kluster
MotoSepakat, Bestari, Progresif, Inovatif
Ditubuhkan (2003-07-24) 24 Julai 2003 (umur 20)
Nombor sekolah+6077997754
Kod sekolahJRA 4001
Pengerusi PIBGTan Sri Haji Alif Amsyar Bin Mohamad Yusof
PengetuaNor Jaslina binti Esa
GPK Pentadbiran dan AkademikPn Khatijah binti Awang
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridEn.Mohd Rozi bin Mat Noor
Penolong Kanan KokurikulumTn Zairi bin Mohd Nasoha
Faks+6077997892
Laman sesawang
Map


Sekolah Menengah Sains Sultan Iskandar (SMSSI) atau lebih dikenali sebagai ISKANDAR, merupakan salah sebuah sekolah berasrama penuh di bawah Bahagian Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kluster, Kementerian Pelajaran Malaysia. Sekolah ini pada asalnya merupakan Sekolah Berasrama Penuh Integrasi yang kemudiannya ditukar namanya kepada Sekolah Menengah Sains.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sebelum dinamakan Sekolah Menengah Sains Sultan Iskandar pada 21 Julai 2006, nama sekolah ini ialah Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Mersing (SBPIM) yang pada asalnya ia didaftarkan sebagai Sekolah Menengah Agama Sri Pantai. Dirasmikan oleh Sultan Johor yang diwakili oleh anakandanya, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ibrahim Ismail, sekolah ini menukar nama kepada Sekolah Menengah Sains Sultan Iskandar bersempena nama Sultan Johor ketika itu; Al-Marhum Sultan Mahmud Iskandar Alhaj Ibni Al-Marhum Sultan Ismail.


Ditubuhkan pada 24 Julai 2003, Sekolah Menengah Sains Sultan Iskandar dirancang secara design & built dibawah pengurusan Umi-Ross Project Management Sdn Bhd. Kemudian ditukar kepada Urus Budi Consult Sdn. Bhd. dan dimajukan oleh TETO Engineering Sdn. Bhd. sebagai kontraktor utama bersama Norwest Construction.


Tarikh penyerahan SMSSI ialah pada 24 Julai 2003 dengan syarat semua defect diperbaiki sebelum 1 Ogos 2003.

Geografi[sunting | sunting sumber]

Sekolah ini terletak di daerah Mersing, Johor, Malaysia dan berkoordinat 2°23′25.06″N 103°51′4.59″E / 2.3902944°N 103.8512750°E / 2.3902944; 103.8512750 http://wikimapia.org/#lat=2.390271&lon=103.851142&z=18&l=0&m=b . Khususnya, ia terletak di Seri Pantai, 4 km dari Bandar Mersing, dan 120 km dari Bandaraya Johor Bahru. Terletak di Jalan Jemaluang, sekolah ini dikelilingi oleh kawasan kampung dan kehijauan alam sekitar seperti ladang kelapa sawit dan sebagainya. Sekolah ini dibina di atas kawasan berbukit yang menyebabkan kejadian banjir tidak pernah melibatkan sekolah ini.

Visi, Misi & Matlamat[sunting | sunting sumber]

Visi[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Sains Sultan Iskandar Sekolah Unggul Penjana Generasi Terbilang

Misi[sunting | sunting sumber]

Membangun Potensi Individu Melalui Pendidikan Berkualiti

Matlamat[sunting | sunting sumber]

  1. Berusaha menyediakan peluang pendidikan berkualiti kepada pelajar bagi memastikan kecemerlangan pelajar ke institusi pengajian tinggi.
  2. Mewujudkan iklim persekolahan yang konduksif dan budaya yang berkonsepkan “Sekolahku Rumahku Syurgaku”
  3. Melahirkan pelajar yang mempunyai kecemerlangan bakat dan kepimpinan, sahsiah terpuji dan semangat patriotik yang padu dan bertanggungjawab.
  4. Menghasilkan pelajar yang progresif, inovatif dan bijaksana bagi merealisasikan Wawasan 2020.
  5. Menghayati kecemerlangan matlamat Sekolah Berasrama Penuh kepada seluruh warga Sekolah Menengah Sains Sultan Iskandar.


Lagu Sekolah[sunting | sunting sumber]

Sepakat Bestari Progresif Inovatif
Moto sekolah kami
Pelbagai aliran dengan satu visi
Bersama kita jayakan

Rukun Negara jadi pegangan
Falsafah Pendidikan jadi panduan
Harapan ibu bapa, guru kami tunaikan
Agar menjadi pelajar cemerlang

Marilah kita berusaha
Mantapkan diri, tingkatkan potensi
Ayuh putera puteri Integrasi Mersing
Mengorak langkah ke puncak jaya (2x)

Ciptaan: Azharuddin Abd Shukor (UPSI)

Logo Sekolah[sunting | sunting sumber]

Logo lama sekolah

Logo SMSSI telah dicipta oleh Cik Nor Azilah Kamis, guru Sejarah SMSSI pada 24 Januari 2004. Beliau juga merupakan antara guru terawal yang mendaftar di sekolah itu.

[sunting | sunting sumber]

Al-Quran dan Rehal: Penghayatan agama Islam ke arah kemapanan sahsiah.
Motar Board: Puncak kejayaan dan kecemerlangan akademik.
Peralatan Sains: Penerokaan dan penyelidikan ke arah mencapai wawasan diri, bangsa, agama dan negara.
Buku: Amalam membaca sebagai sumber ilmu pengetahuan.
Gerigi: Kepentingan pengetahuan Matematik dan Teknikal ke arah melahirkan pelajar yang kreatif, inovatif dan progresif.
Bulatan: Pendidikan bersepadu dan menyeluruh.

Warna Biru: Kesetiaan, ketenangan dan penyayang.
Warna Jingga: Kegemilangan sahsiah melalui pengalaman dan nilai murni.
Warna Kuning: Warga berwawasan gemilang di bawah naungan Raja yang berdaulat.
Warna Hitam: Berdaya saing, kenal jati diri dan patriotik.



Akademik[sunting | sunting sumber]

Walaupun sudah menukar nama kepada Sekolah Menengah Sains, tetapi sistem masih sama seperti Sekolah Berasrama Penuh Integrasi yang lain. Integrasi bermaksud gabungan 3 pakej aliran yang ditawarkan kepada pelajar menengah atas (tingkatan 4 & 5) mengikut kriteria-kriteria yang telah ditetapkan. Bagi pelajar menengah rendah pula (tingkatan 1 hingga 3), aliran dan sukatan pelajarannya sama seperti pelajaran dan pembelajaran yang digariskan Kementerian Pelajaran Malaysia untuk semua sekolah.

Bahasa Arab adalah mata pelajaran wajib untuk menengah rendah dan untuk bahasa asing yang lain seperti Bahasa Mandarin, Bahasa Jerman dan Bahasa Jepun adalah pilihan sahaja.

2 Pakej Aliran Untuk Menengah Atas[sunting | sunting sumber]

Aliran Sains Tulen[sunting | sunting sumber]

  1. Bahasa Melayu
  2. Bahasa Inggeris
  3. Matematik
  4. Matematik Tambahan
  5. Kimia
  6. Fizik
  7. Biologi
  8. Sejarah
  9. Pendidikan Agama Islam

Aliran Sains Agama[sunting | sunting sumber]

  1. Bahasa Melayu
  2. Bahasa Inggeris
  3. Matematik
  4. Matematik Tambahan
  5. Kimia
  6. Fizik
  7. Biologi
  8. Sejarah
  9. Pendidikan Al-Quran & As-Sunnah
  10. Pendidikan Syariah Islamiah
  11. Bahasa Arab Tinggi
  12. Ilmu Tasawwuf
  13. Adab wal Balaghah

Pentadbiran[sunting | sunting sumber]

Pengetua[sunting | sunting sumber]

  • Tn Hj Mohd Noor Abd Ghani (2003-2005)
  • Tn Hj Aminuddin Adam (2005-2006)
  • Tn Hj Hasan Topit (2006-2007)
  • Tn Hj Idris Ahmad (2007-2010)
  • Tn Hj Abu Othman Ibrahim (2010-2019)
  • Tn Hj Zulkiflee Mohd Mustaffa (2020-2022)
  • Pn Hjh Fazidah A. Sani (2022-2023)
  • PN Nor Jaslina Esa (2023-kini)

Penolong Kanan Pentadbiran[sunting | sunting sumber]

  • En Maon Marsini (2003-2010)
  • Pn Fazidah A. Sani (2010-2020)
  • Pn Hjh Khatijah Awang (2020-kini)

Penolong Kanan Hal Ehwal Murid[sunting | sunting sumber]

  • Cik Hjh Safiah Awang (2003-2009)
  • En Ahmad Adnan Ahmad Aras (2009-2011)
  • En Muhammad Yazid Abd. Wahab (2011-2017)
  • Pn Saadah Abdul Majid (2018-2023)
  • En Mohd Rozi bin Mat Noor (2023-kini)

Penolong Kanan Ko-Kurikulum[sunting | sunting sumber]

  • En Sohimi Hasnan (2005-2008)
  • En Ahmadi Abdullah (2008-2009)
  • Pn Hjh Khatijah Awang (2009-2020)
  • En Zairi Nasoha (2020-kini)


Enrolmen Warga SMSSI[sunting | sunting sumber]

(sehingga 3 Januari 2011)

  • Pelajar: 441 orang
  • Guru: 59 orang
  • Kakitangan: 18 orang
  • Kakitangan Swasta: 12 orang
  • Pengawal Keselamatan: 9 orang


Rumah Sukan[sunting | sunting sumber]

  • Éducation (Kuning)
  • Informatique (Biru)
  • Ingénierie (Merah)
  • Médecine (Hijau)

Pautan Luar[sunting | sunting sumber]