Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud
Moto "Disiplin, Kualiti, Dedikasi"
Dirasmikan 5 September 1979 oleh DYMM Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah
Jenis Sekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan, Sekolah Berasrama Penuh
Pengetua Tn. Hj. Mohd Suhaimi Bin Hashim
Kod sekolah TEE3105
Lokasi Wakaf Tembesu, Jalan Gong Badak, Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman,  Malaysia
Nama singkatan SESMA
Telefon 09-6664214
Faks 09-6664644

Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud (lebih dikenali sebagai SESMA) merupakan salah sebuah sekolah berasrama penuh di Malaysia. Sekolah ini terletak di Wakaf Tembesu, Kuala Terengganu iaitu di antara Sekolah Menengah Teknik Lapangan Terbang dan Sekolah Menengah Teknik Wakaf Tembesu.

Ia ditubuhkan pada tahun 1973 dengan nama Sekolah Menengah Sains Terengganu bertujuan menampung keperluan pelajar yang ingin mengambil jurusan Sains sebagai bidang yang ingin diceburi pada masa depan terutama kepada pelajar luar bandar. selain itu, pembukaan sekolah ini bertujuan untuk memberi satu suasana hidup di asrama yang terkawal bagi melatih pelajar-pelajar hidup didalam satu masyarakat kecil yang berdisiplin, berdikari, bekerjasama dan saling berinteraksi antara satu sama lain.

Lokasi[sunting | sunting sumber]

Peta lokasi SESMA

SESMA terletak di kawasan seluas 21.5 ekar di Mukim Wakaf Tembesu, Kuala Terengganu. Perjalanan dari bandar Kuala Terengganu ke SESMA hanya mengambil masa di antara 10 hingga 15 minit melalui Jambatan Sultan Mahmud manakala melalui Jalan Manir pula mengambil masa kira-kira 20 hingga 30 minit.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sejarah awal penubuhan SESMA

SESMA memulakan sesi pengajiannya pada Januari 1973 dengan menumpang di Sekolah Menengah Padang Midin, Kuala Terengganu. Para pelajar pula ditempatkan di Asrama Yayasan Terengganu, Jalan Negara, Kuala Terengganu.Pada Oktober 1974 bangunan baru bertempat di Mukim Wakaf Tembesu mula digunakan dan di kenali sebagai Sekolah Menengah Sains Terengganu (SMST).

Pembukaan rasmi sekolah telah dilakukan oleh DYMM Sultan Ismail Nasiruddin Shah ibni Almarhum Sultan Zainal Abidin pada 5 September 1979. Pada 18 September 1982 sekolah bertukar nama kepada Sekolah Sultan Mahmud Kuala Terengganu yang mana upacara perasmiannya disempurnakan oleh DYMM Sultan Mahmud Al Muktafi Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Ismail Nasiruddin Shah. Pada tahun 1995 sekolah ini sekali lagi diberi nama baru, Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud (SESMA), Kuala Terengganu yang menjadi gambaran betapa pentingnya mata pelajaran sains dalam kurikulum sekolah masa kini.

Pengetua pertama ialah Tuan Hj Muhammad Bin Mustaffa sementara En. Johari Shamsuddin sebagai Penolong Kanan. Kumpulan pelajar perintis seramai 109 orang terdiri daripada 51 orang lelaki dan 58 orang perempuan dengan 5 orang guru lelaki dan 2 orang guru perempuan. Pada tahun 1978 pengambilan pertama pelajar kelas Matrikulasi seramai 90 orang yang dikelolakan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah diadakan. SESMA mula memasuki era digital apabila menjadi salah sebuah Sekolah Bestari di bawah rancangan pembangunan Kementerian Pendidikan pada tahun 1999.

Pelajar-pelajar di SESMA mengikuti pelajaran dalam beberapa aliran. Di peringkat Menengah Atas hanya aliran sains tulen disediakan. Bermula dari tahun 1989 mata pelajaran kemahiran hidup diperkenalkan untuk menggantikan pelajaran seni perusahaan dan sains rumahtangga. Kelas komputer diwajibkan kepada pelajar tingkatan satu hingga empat. Mata pelajaran Bahasa Perancis mula diperkenalkan pada tahun 1996 kepada pelajar menengah rendah manakala Bahasa Jepun pada tahun 1997.

Kemudahan pengajaran dan pembelajaran adalah mencukupi. Selain kemudahan makmal sains, bengkel kemahiran hidup, bilik ERT dan perpustakaan terdapat kemudahan-kemudahan tambahan seperti makmal bahasa, bilik komputer, makmal Multimedia dan Pusat Sumber. Dari semasa ke semasa pihak sekolah akan menambah lagi kemudahan-kemudahan tersebut untuk faedah pelajarnya.

Falsafah SESMA[sunting | sunting sumber]

Suasana persekolahan/pembelajaran yang terancang, terkawal dan sempurna adalah perlu untuk memupuk dan memperkembangkan kebolehan pelajar-pelajar yang berpontensi ke arah kecemerlangan sebagai insan dan warganegara yang seimbang dan bertanggungjawab terhadap diri dan masyarakat.

Visi dan Misi[sunting | sunting sumber]

Visi SESMA

Pendidikan Ke Arah Pembinaan Warganegara Yang
Menguasai Teknologi Maklumat Berteraskan Jati Diri
Serta Mengamalkan Nilai-Nilai Murni Dalam Menjana
Kecemerlangan Agama, Bangsa Dan Negara.

Misi SESMA

‘Bahawasanya Misi Sesma Adalah Untuk Melahirkan
Manusia Yang Berkebolehan, Berketerampilan
Dan Berdaya Saing, Yang Serba Tahu,
Yang Memiliki Kemampuan Meramalkan Perubahan
Di Sekeliling Dengan Kreatif Dan Inovatif, Berpaksikan
Ilmu Wahyu Yang Mantap Dalam Menghayati Nilai-Nilai Murni’

Lagu sekolah[sunting | sunting sumber]

Teguh berdiri jaya
Sekolah Sultan Mahmud
menjadi kebanggaan
putera puteri semua

SESMA lambang sejati
harum segenap negeri
sains teknologi
asas SESMA berbakti

Disiplin, Kualiti dan Dedikasi
menjadi panduan
semasa kami disini...

bangkitlah putera puteri
harumkan nama SESMA
wujud semangat waja
bela bangsa Negara

Pentadbiran & Pengurusan[sunting | sunting sumber]

Pengetua : Pn. Meriam binti Jusoh
Pen. Kanan Hal Ehwal Murid : Tn. Mohd Yazid bin Zakria
Pen. Kanan Akademik & Pentadbiran : En. Zulkeflee bin Abdul Rahman
Pen. Kanan Kokurikulum : En. Wan Mazri
Kaunselor : Pn. Hjh Asmal bt Ramli
: En. Hasim bin Ahmad
: Pn. Zuliani binti Ali
Ketua Bidang Bahasa : Pn. Noraini bt Zainal
Ketua Bidang Sains : Pn. Hjh Che Wan Junaidah bt Che Wan Ahmad
Ketua Bidang Teknik & Vokasional : En. Rahmat bin Omar
Ketua Bidang Kemanusiaan : En. Wan Lawi bin Wan Awang
Ketua Pembantu Tadbir
Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SESMA : Jawatankuasa PIBG

Kemudahan infrastruktur dan kelengkapan[sunting | sunting sumber]

Kemudahan asas[sunting | sunting sumber]

Bangunan pembelajaran dan pentadbiran

Sekolah ini mempunyai 5 blok utama yang mengandungi pejabat pentadbiran, bilik mesyuarat, bilik bimbingan kaunseling, bilik guru, bilik guru-guru ketua bidang, makmal sains dan bahasa, makmal multimedia & komputer, perpustaakan, bilik darjah, bilik Perancis, bilik kuliah,bilik pengawas dan tandas. Empat daripada blok ini mempunyai 3 tingkat dan penghubung dari satu blok ke blok yang lain. Sebuah blok yang lain mempunyai 4 tingkat. Terdapat juga 2 bangunan tambahan yang terdiri daripada Pusat Sumber(Bilik Audio Visual) dan bengkel kemahiran hidup bagi pelajar menengah rendah. Sebuah lagi bangunan merupakan makmal komputer untuk kemudahan para pelajar mempelajari cara-cara menggunakan komputer.

Asrama

SESMA adalah sebuah Sekolah Berasrama Penuh. Oleh itu, pelajar dikehendaki tinggal di asrama yang disediakan. Sekolah ini mempunyai 4 blok asrama iaitu 2 blok asrama lelaki (Aspura) dan 2 blok asrama perempuan (Aspuri). Asrama ini boleh menempatkan 600 orang pelajar dan beberapa warden. Terdapat juga bilik penyelia asrama, bilik rekreasi, stor sukan, bilik sakit, klinik pergigian, dan bilik belajar. Semua pelajar terikat dengan peraturan 'Arahan Tatatertib Sekolah' yang dibuat oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dan semua aktiviti pelajar dikawal oleh pihak pentadbiran sekolah.

Dewan makan dan Kantin

Dewan makan sekolah ini terletak di antara asrama lelaki (Aspura) dan perempuan (Aspuri) yang digunakan bagi sarapan pagi, makan tengah hari, makan petang, makan malam dan makan lewat malam bagi hari persekolahan dan hari cuti. Dewan makan ini juga boleh menampung pelajar seramai 750 orang pada satu-satu masa sekiranya terdapat majlis rasmi atau bukan rasmi. Kantin pula terletak di bangunan akademik yang terletak bersebelahan blok Tingkatan 1 dan 2.

Dewan Besar

Dewan Besar SESMA menjadi kegunaan rasmi sekolah seperti perhimpunan rasmi, sambutan rasmi (seperti kemerdekaan atau maulud nabi), kegiatan pelajar dan peperiksaan umum (PMR dan SPM). Dewan ini mampu menempatkan 650 pelajar bersama guru dan kakitangan untuk satu-satu masa. Dewan ini juga turut boleh digunakan oleh orang luar atas kebenaran pihak sekolah.

Surau

Surau SESMA adalah kemudahan bagi pelajar Islam untuk menunaikan solat berjemaah memandangkan pelajarnya dipupuk untuk menunaikan solat fardu berjemaah setiap waktu. Surau ini telah dinaik taraf pada penghujung 2001 dan siap pada tahun 2002. Terrdapat juga aktiviti keagamaan lain yang dilakukan di surau seperti ceramah agama dan berzanji.

Kemudahan lain[sunting | sunting sumber]

Perpustakaan & Pusat Sumber

Perpustakaan menyediakan pelbagai bahan rujukan dan kemudahan kepada pelajar dan staf sekolah. Selain itu, Pusat Sumber merupakan bilik seminar dan bilik audio visual yang menjadi sebagai sebahagian daripada alat bantuan pengajaran dan pembelajaran bagi kemudahan pelajar dan guru.

Makmal Multimedia & Komputer

Makmal ini menyediakan perkhidmatan komputer untuk kegunaan pentadbiran, staf akademik dan juga pelajar sekolah. Para guru juga digalakkan menggunakan komputer sebagai kaedah pengajaran dalam merealisasikan sekolah bestari dan juga untuk kajian R&D.

Makmal Bahasa

Makmal ini digunakan untuk mengajar bahasa di sekolah ini terutama Bahasa Inggeris, Bahasa Perancis, Bahasa Arab dan Bahasa Jepun. Makmal bahasa ini turut boleh digunakan bagi tujuan perjumpaan persatuan ko-kurikulum bagi aktiviti mereka dari semasa ke semasa.

Koperasi sekolah

Koperasi ini menyediakan perkhidmatan seperti kedai runcit koperasi, bank koperasi dan pemborong. Semua pelajar adalah ahli koperasi sekolah dengan harapan dapat menanamkan sikap berjimat cermat dan kerjasama selain menguruskan urus niaga dengan sendiri. Dividen tahunan akan dibayar selepas Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi.

Kemudahan sukan

SESMA turut mempunyai pelbagai kemudahan sukan seperti gimnasium, astaka, padang, gelanggang bola keranjang dan bola tampar, dan dewan besar (gelanggang badminton).

Pengangkutan

Pengangkutan disediakan di sekolah ini dengan sebuah van dan 2 bas untuk kemudahan pelajar dan rombongan sekolah ke luar sekolah.

Pengetua[sunting | sunting sumber]

Majalah sekolah[sunting | sunting sumber]

Majalah sekolah, yang dikenali sebagai SAINTIS, merupakan majalah terbitan SESMA yang diuruskan oleh lembaga Sidang Redaksi yang dianggotai oleh sepasukan pelajar dan guru yang menjadi tulang belakang kepada penerbitan majalah ini. Majalah ini mengumpulkan koleksi gambar dan rencana peristiwa tahunan sekolah serta turut menyiarkan karya-karya pelajar. Turut disertakan gambar barisan warga SESMA untuk dijadikan kenangan bagi setiap tahun terutama bagi pelajar yang bakal menjadi lepasan sekolah.

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah (Sains) Sultan Mahmud
Wakaf Tembesu, Jalan Gong Badak, , Kuala Terengganu , Malaysia
Terengganu Darul Iman, Malaysia
Telefon = 96664214
Fax = 96664644

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]