Sekolah Menengah Tan Sri Jaafar Albar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Sekolah Menengah Tan Sri Jaafar Albar terletak di Tanjung Sedili iaitu kira-kira 40 km dari Bandar Kota Tinggi. Sekolah ini dinamakan sempena nama Tan Sri Jaafar Albar dari sejarahnya adalah kerana YAB Tan Sri Jaafar Albar yang menjadi wakil rakyat pada awal 70-an, telah memberikan usul agar sebuah sekolah menengah didirikan di Tanjung Sedili. Pada waktu tersebut, tanpa sekolah menengah di Tanjung Sedili, anak-anak di situ terpaksa berulang-alik sejauh 40 km setiap hari untuk bersekolah di Bandar Kota Tinggi.