Kolej Vokasional Pertanian Chenor

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Sekolah Menengah Teknik Chenor)
Sekolah Menengah Teknik Chenor
Lokasi
 Malaysia Bandar Baru Chenor, 28100, Chenor,, [Pahang Darul Makmur
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah menengah teknik, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah6092995330
Kod sekolahCKE9060
PengetuaEn. Adnan bin Abdul Malek
GPK Pentadbiran dan AkademikEn. Abd Manan bin Suboh
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridEn. Md Hanafi bin Taswirjo
Penolong Kanan KokurikulumEn. Jaganathan A/L Mutupayan
Faks6092996360
Laman sesawang


Sekolah Menengah Teknik Chenor (Pertanian) atau nama ringkasnya SMT Chenor (Pertanian), merupakan sebuah Sekolah menengah tinggi yang terletak di Bandar Baru Chenor.

Pada 2009, Sekolah Menengah Teknik Chenor (Pertanian) memiliki 182 pelajar lelaki dan 148 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 330 orang. Ia mempunyai seramai 61 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah ini dibuka pada tahun 1961 dengan nama Sekolah Lanjutan Kampong Chenor. Penubuhan sekolah ini adalah selaras dengan cadangan 2 dan 3 dalam Laporan Rahman Talib (1961) iaitu cadangan ke-2 berbunyi " Untuk menampung semua murid sekolah rendah naik ke sekolah menengah", maka sekolah lanjutan ditubuhkan. Sekolah jenis ini akan menawarkan khusus vokasional selama 3 tahun iaitu murid-murid yang gagal memasuki sekolah akedemik dapat dilatih untuk memperolehi kemahiran-kemahiran dalam bidang pekerjaan.

Cadangan ke-3 berbunyi " untuk mengatasi masalah kekurangan guru di sekolah pelajaran lanjutan ini, guru-guru akan dilatih separuh masa selama 3 tahun. Guru-guru ini akan menghadiri latihan dalam bidang vokasional di pusat-pusat latihan yang berhampiran pada setiap hujung minggu sambil menjalankan tugas di sekolah mereka.

Sekolah Pelajaran Lanjutan telah dibubarkan disebabkan tiada sambutan daripada orang ramai kerana sekolah ini tidak menyediakan peperiksaan yang diiktiraf oleh kerajaan dan menghadapi masalah kekurangan guru-guru teriatih dan mahir. Mulai tahun 1970, Sekolah Pelajaran Lanjutan telah menjadi Sekolah Menengah Vokasional (Pertanian) Chenor, Pahang.

Penubuhan Sekolah Menengan Vokasional adalah selaras dengan dasar kerajaan yang melaksanakan Sistem Pendidikan Aneka Jurusan bagi sekolahsekolah menengah rendah mulai tahun 1965 di bawah Sijil Rendah Pelajaran. Selepas itu muridmurud akan meneruskan pelajaran di sekolah menengah atas sama ada akademik atau vokasional.

Kemasukan pelajar pertama ke Sekolah Menengah Vokasional Pertanian Chenor pada tahun 1970 ialah seramai 55 orang dengan tenaga pengajar seramai 4 orang. Mereka dianggap sebagai kumpulan perintis dan terpaksa menghadapi masalah dalam keadaan serba kekurangan.

Matapelajaran akademik yang diajar ialah Bahasa Melayu, Bahasa lnggeris,ilmu Hisab (Vokasional), Sains Am, Pengetahuan Agama Islam, dan Kajian Kemasyarakatan. Manakala, matapelajaran pertanian pula ialah Pengurusan Ladang, Pengeluaran Tanaman, Pengeluaran Ternakan, Kultura Kebunan, Pengurusan Tanaman, Kejenteraan Ladang dan Kaji Teknik Makanan. Semua pelajar dikehendaki mengambil semua matapelajaran di atas selama 2 tahun. Pengajaran teori disampaikan secara formal di bilik darjah pada waktu pagi manakala pengajaran amaii pula dijalankan di ladang dan bengkel pada waktu petang, hujung miggu dan hari kelepasan am.

Pada tahunl989, peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional telah diperkenalkan iatu mata pelajaran akademik adalah mata pelajaran yang sama seperti dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia. Mata pelajaran pertanian pula disusun semula menjadi kumpulan utama dan elektif. Pelajar diwajibkan mengambil matapeljaran Pengeluaran tanaman Dan Pengeluaran Ternakan serta manamana satu daripada matapelajaran Horlikultur, Hiasan dan Lanskap, kejenteraan Ladang atau Pengurusan Ladang.

Pada Tahun 1999, Sekolah Menengah Vokasional Pertanian Chenor talah dinaikakn taraf ke Sekolah Menengah Teknik yang menawarkan 2 aliran iaitu aliran vokasional dan aliran teknikal.Aliran teknikal menawarkan khusus Kejuruteraan Jentera dengan pelajar seramai 17 orang termasuk seorang sahaja pelajar perempuan. Mata pelajaran elektif yang perlu diambil oleh pelajar kejuruteraan jentera ialah Matematik Tambahan,Fizik Kimia, Lukisan Kejuruteraan dan Pengajian kejuruteraan jentera.

Pada tahun berikutnya, aliran teknikal telah mengalami pertambahan pelajar kepada 34 orang. Manakala, pada tahun 2OO2 ,jurusan di dalam aliran teknikal yang ditawarkan telah bertambah iaitu Kejuruteraan Awam, Kejuruteraan ELektrik dan Agroteknologi yang merangkumi 9 aliran teknikal dan 7 kelas aliran vokasional. Selaras dengan perkembangan ini, sekolah telah berubah wajah dengan mula terbinanya kemudahan insfranstruktur seperti asrama, bangunan, makmal sains, makmal kejuruteraan, dewan dan lain-lain lagi bagi mengantikan kebun-kebun tanaman dan kandang haiwan ternakan.

Pada tanggal 28 ogos 2002, Sekolah Menengah Teknik (Pertanian) Chenor telah mempunyai lagu sekolah yang mula dinyanyikan secara rasmi sempena Hari Titisan Sejarah. Lagu sekolah ini adalah hasil ciptaan dan liriknya ditulis oleh pelajar sekolah ini iaitu saudari Nurulhaida bt. Abdul Manaf dari kelas 4. Pengajian Kejuruteraan Awam 1.

Misi, Visi Dan Motto[sunting | sunting sumber]

Misi

Menjelang 2012 SMT Pertanian Chenor menjadi institusi yang cemerlang, gemilang dan terbilang dengan penjanaan

  1. Pembetukan pelajar yang berdaya saing dan bersahsiah tinggi.
  2. Kecemerlangan dalam prestasi kurikulum dan kokurikulum.
  3. Sumber tenaga pengajar yang berilmu dan berwibawa serta sikap bekerja yang positif dalam satu pasukan yang mantap.

Visi

Membentuk sumber manusia yang berpengetahuan, berkemahiran dalam bidang teknikal & vokasional serta memiliki sahsiah, wawasan dan ketrampilan yang cemerlang.

Motto

“Berusaha Tangga Kejayaan”

Berusaha:

  • Bekerja dengan giat atau beriktiar sedaya upaya tanpa jemu untuk mencapai impian dan harapan. Belajar dengan bersungguh-sungguh sehingga mencapai kecemerlangan yang diharapkan.

Tangga:

  • Langkah atau jalan yang dituju. Cara terbaik yang dipilih berpaksikan matlamat yang dituju.

Kejayaan:

  • Kecemerlangan atau hasil yang dikecapi dari aspek rohani, emosi dan intelek. Kecemerlangan yang diperolehi dalam kurikulum, kokurikulum dan sifat kendiri. Pencapaian yang diterima dalam pelbagai bidang termasuk ilmu pengetahuan, teknologi dan kemahiran.

Lencana Sekolah[sunting | sunting sumber]

Warna

Hijau Tua

  • Melambangkan “bidang pertanian menjadi kurikulum utama” di sekolah.

Kuning

  • Melambangkan “hasil yang diperoleh daripada pendidikan yang bermanfaat”.

Hitam

  • Melambangkan “kekuatan dan ketabahan”.

Ikon

Buku

  • Buku di sebelah kiri lencana melambangkan ilmu pengetahuan berfaedah dan kemahiran yang perlu diperolehi dan dikuasai agar dapat diamalkan dalam kehidupan sehari-hari.

Padi

  • Padi di sebelah kanan lencana melambangkan ilmu pengetahuan berfaedah yang boleh mendatangkan kebaikan berlipat ganda.

Tiga Bulatan Serangkai

  • Tiga bulatan serangkai di atas padi melambangkan wujudnya kesatuan yang seimbang antara rohani, jasmani dan intelek.

Hidroponik

  • Hidroponik di bahagian bawah sebelah kiri lencana melambangkan penggunaan teknologi tertinggi dalam bidang pertanian.

Gear Tiga Serangkai

  • Gear tiga serangkai di bahagian bawah sebelah kanan lencana melambangkan wujudnya bidang “pengajian Kejuruteraan Pertanian” di sekolah ini.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Teknik Chenor
Bandar Baru Chenor
28100, Chenor
Pahang, Malaysia
Telefon = 6092995330
Fax = 6092996360

Maklumat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Teknik Pertanian Chenor ini menyediakan 7 kursus pertanian antaranya ialah:

Kursus Subjek
Agrotrknologi (Teknikal)
  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Mathematics
  • Sejarah
  • Pendidikan Islam
  • Biology
  • Chemistry
  • Physics
  • Additional Mathematics
  • Pengajian Agroteknologi
Hortikultur Hiasan Dan Landskap (Vokasional)
  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Mathematics
  • Sejarah
  • Pendidikan Islam
  • Science
  • Hortikultur Hiasan Dan Landskap
  • Kejenteraan Pertanian
Agroindustri Tanaman (Vokasional)
  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Mathematics
  • Sejarah
  • Pendidikan Islam
  • Science
  • Pengeluaran Tanaman
  • Pemprosesan Hasil Pertanian
Agroindustri Ternakan (Vokasional)
  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Mathematics
  • Sejarah
  • Pendidikan Islam
  • Science
  • Pengeluaran Ternakan
  • Pemprosesan Hasil Pertanian
Teknologi Tanaman (Vokasional)
  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Mathematics
  • Sejarah
  • Pendidikan Islam
  • Science
  • Pengeluaran Tanaman
  • Kejenteraan Pertanian
Juruteknik Rendah Akuakultur (SKM)
  • Bahasa Melayu
Pekerja Am Pertanian (SKM)
  • Bahasa Melayu