Kolej Vokasional Keningau

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kolej Vokasional Keningau Sabah
Lokasi
 Malaysia Beg Berkunci No.4,, 89009, 89009, Keningau,, Sabah Negeri Di Bawah Bayu
Malaysia
Maklumat
Nama lamaSekolah Menengah Teknik Keningau
Jenis sekolahKolej Vokasional, Sekolah kerajaan
MotoMenjana Kecekapan
Autoriti pendidikanPPD Keningau
Nombor sekolah6087331091
Kod sekolahXKA1099
SloganPlay To Win
Faks6087335451


Sekolah Menengah Teknik Keningau atau kini lebih dikenali sebagai Kolej Vokasional Keningau Sabah merupakan sebuah Sekolah institusi pengajian di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia yang terletak di Beg Berkunci No.4, 89009 Keningau Sabah.

Pada 2013, Sekolah Menengah Teknik Keningau telah dinaiktaraf dan ditukar menjadi Kolej Vokasional Keningau, Kolej Vokasional Keningau merupakan sebuah institusi bertauliah yang melahirkan ramai generasi berjaya dan berdaya saing.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Kolej Vokasional Keningau Yang Dahulunya Pernah Dikenali Dengan Nama Sekolah Menengah Vokasional Keningau (2010 – 2013), SMK Teknik Keningau (1998 – 2010) Dan SM Vokasional Keningau (1980 – 1998) Terletak Di Kawasan Seluas Kira-Kira 18.09 Ekar Atau 7.32 Hektar Berhampiran Dengan Pekan Keningau. Pembinaannya Bermula Pada Awal 1976 Dan Siap Pada Penghujung 1979. Mulai Beroperasi Pada Bulan April 1980 Dengan Seramai 11 Orang Tenaga Pengajar, 95 Orang Murid Dan 7 Bidang Kursus. Pada Tahun 1998 Aliran Sekolah Ini Ditukar Kepada Aliran Teknik Tetapi Pada Tahun 2010 Ia Bertukar Pula Ke Aliran Vokasional Sepenuhnya. Pada Tahun 2013, Sekolah Menengah Vokasional Dinaiktaraf Kepada Kolej Vokasional Keningau Dan Menawarkan Kursus-Kursus Diploma Dalam 5 Bidang Iaitu Bidang Teknologi Mekanikal (3 Kursus), Bidang Teknologi Pembinaan (1 Kursus), Bidang Perniagaan (1 Kursus), Bidang Teknologi Elektrik & Elektronik (2 Kursus), Dan Bidang Hospitaliti (5 Kursus). Pada Tahun 2014, Kolej Vokasional Keningau Menawarkan Kursus-Kursus Diploma Dalam 5 Bidang Iaitu Bidang Teknologi Mekanikal (2 Kursus), Bidang Teknologi Pembinaan (1 Kursus), Bidang Perniagaan (1 Kursus), Bidang Teknologi Elektrik & Elektronik (1 Kursus), Dan Bidang Hospitaliti (4 Kursus). Pada Tahun 2015, Pengambilan Pelajar Hanya Untuk 3 Bidang Iaitu Bidang Teknologi Mekanikal (2 Kursus), Bidang Teknologi Pembinaan (1 Kursus) Dan Bidang Teknologi Elektrik & Elektronik (1 Kursus). Jumlah Pelajar Juga Dikurangkan Iaitu Hanya Seramai 15 Orang Untuk 4 Kursus Tersebut. Pada tahun 2016, transformasi kolej berlaku lagi apabila 3 Kursus menawarkan bidang kemahiran ( SKM ) sahaja iaitu Kursus Kosmetologi, Kursus Pengurusan perniagaan dan Kursus Seni Kulinari. Dari segi pentadbiran, beberapa orang pengarah yang pernah memimpin sekolah ini termasuklah En. Thomas Wong Kon Tai ( 1981-1994 ), En. Ali bin Ariffin ( 1994-1995 ), Pn. Siti Aisa Hj. Maidin ( 1995-2015 ), En. Johari @ Jaibet Sabin ( 2015 – 2022 ) Pn. Christine Stanislaus Kinsik ( 2023 - 2023 ) En. Nordin Bin Akup (2023 - kini)

Pencapaian Pelajar[sunting | sunting sumber]

• Pada Tahun 2022 Seorang Pelajar Dari Kolej Vokasional Keningau Dari Program Teknologi Pembinaan bernama Alesyah Asa berjaya melayakkan diri ke top 50 finalists for the Global Student Prize 2022 dari semua peserta dari beberapa negara, pencapaian beliau sangat membanggakan sehingga menarik perhatian dalam kalangan rakyat Malaysia, Pencapaian Alesyah sangat membanggakan dan mengharumkan nama Kolej Vokasional Keningau di persada Antarabangsa sehingga beliau telah dipilih untuk menerima anugerah khas oleh Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri Sabah antara anugerah yang diterima oleh Alesyah ialah Sijil berserta Wang tunai berjumlah RM5,000 (Lima Ribu Ringgit Malaysia), tidak kurang itu Alesyah juga telah menerima Anugerah Emas Menteri Pendidikan pada 11 Mac 2023 semasa Majlis Konvokesyen Kolej Vokasional Kementerian Pendidikan Malaysia bagi graduan-graduan tahun 2022.

Rujukan: https://www.thestar.com.my/news/nation/2022/08/31/global-student-prize-finalist-alesyah-honoured-at-sabah039s-national-day-celebrations

Carta Organisasi Kolej[sunting | sunting sumber]

Pengarah:

En. Nordin bin Akup

Timbalan Pengarah Akademik:

Pn. Noorhayati Hashim

Timbalan Pengarah Sokongan Akademik:

En. Pounsin Kining

Ketua Jaminan Kualiti:

-

Pautan luar[sunting | sunting sumber]