Sekolah Menengah Teknik Lahad Datu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Sekolah Menengah Teknik Lahad Datu
Moto Sekolah Mesra, Tenang, Lapang, dan Damai
Jenis Sekolah menengah teknik, Sekolah kerajaan
Pengetua En. Che Aziz bin Othman
Penolong Kanan Pentadbiran dan Akademik En. Datu Kishra bin Datu Ibrahim
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Pn. Thien Kim Yun
Penolong Kanan Kokurikulum Pn. Rose Quirinus Majantah
Pengerusi PIBG En. Suratman bin Paijo
Kod sekolah XKA3101
Lokasi  Malaysia Peti Surat 6017391111, Lahad Datu,, Sabah Negeri Di Bawah Bayu, Malaysia
Laman web http://www.smtld.com
Telefon 6089884957
Faks 6089881165


Sekolah Menengah Teknik Lahad Datu atau nama ringkasnya SM Teknik Lahad Datu, merupakan sebuah Sekolah menengah teknik yang terletak di Peti Surat 60173.

Pada 2009, Sekolah Menengah Teknik Lahad Datu memiliki 172 pelajar lelaki dan 129 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 301 orang. Ia mempunyai seramai 68 orang guru.2009

Sekolah Menengah Teknik Lahad Datu terletak di Lahad Datu, Sabah, Malaysia.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah ini dibina di atas tapak seluas 128 ekar (42 hektar) dan terletak di kilometer 13, Jalan Lahad Datu-Sandakan yang bersebelahan dengan Sekolah Menengah Sains Lahad Datu dan berhadapan dengan Sekolah Menengah Kebangsaan Segama. Sekolah ini merupakan antara sekolah yang mempunyai kawasan yang paling luas di Malaysia.

Tanggal 23 Mei 1988 merupakan hari pertama SMVPLD mula beroperasi. Di awal penubuhannya, sekolah ini cuma menawarkan satu kursus iaitu 'Pengurusan Ladang' dengan bilangan pelajar seramai 39 orang dan tenaga pengajar pula berjumlah 9 orang termasuk pengetua. Di samping itu, antara kursus lain yang kini ditawarkan ialah Kejenteraan Ladang, Hortikultur Hiasan dan Landskap serta Pengurusan Perniagaan. Mulai 1 Januari 1998, SMVPLD telah dinaik taraf menjadi Sekolah Menengah Teknik Lahad Datu dan kursus Kejuruteraan Mekanikal diperkenalkan.

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Teknik Lahad Datu
Peti Surat 60173
91111, Lahad Datu
Sabah, Malaysia
Telefon = 6089884957
Fax = 6089881165

Pautan luar[sunting | sunting sumber]