Sekolah Menengah Teknik Pasir Mas

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Kolej Vokasional Pasir Mas
Jenis Sekolah menengah teknik, Sekolah kerajaan
Kod sekolah DKA3001
Lokasi  Malaysia Jalan Tendong-Bunut Susu17020, Pasir Mas,, [Kelantan Darul Naim, Malaysia
Telefon 6097198622
Faks 6097197299


Sekolah Menengah Teknik Pasir Mas atau nama ringkasnya SM Teknik Pasir Mas, merupakan sebuah Sekolah menengah teknik yang terletak di Jalan Tendong-Bunut Susu.

Pada 2011, Sekolah Menengah Teknik Pasir Mas mempunyai 278 pelajar lelaki dan 229 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 507 orang. Ia mempunyai seramai 87 orang guru.2011

Sejarah[sunting | sunting sumber]

SEJARAH PENUBUHAN SMT PASIR MAS

Sekolah ini di tubuhkan pada 1 ogos 1988 dengan nama Sek. Men. Vokasional (Perdagangan) Bunut Susu. Bangunan sekolah ini asalnya ialah kampus Politeknik Kota Bharu mulai tahun 1984, dan berpindah ke Kok Lanas pada julai 1988 apabila kampus tetapnya siap dibina.

Penubuhannya bermula dengan perlantikan pengetua yang pertama pada 1 Ogos 1988 dan diikuti dengan penempatan seramai 13 orang guru dan 5 orang staff sokongan pada tahun 1989.

Pada 20 Januari 1989, seramai 144 orang pelajar tingkatan 4 kumpulan pertama mendaftar di sekolah ini. Pelajar-pelajar ini datang dari seluruh Semenanjung Malaysia mengikuti 2 kursus yang ditawarkan iaitu Pengurusan Pejabat dan Pengurusan Peniagaan.

Pada tahun 1996, bilangan pelajar telah meningkat kepada 356 orang, dengan jumlah guru 37 orang dan staf sokongan seramai 12 orang.

Pada tahun 1997 sekolah ini telah dinaikkan tarafnya dan ditukar daripada SMV(P) kepada Sekolah Menengah Teknik Pasir Mas.

Selaras dengan naik taraf, Sekolah Menengah Teknik Pasir Mas menawarkan 2 aliran iaitu Aliran Teknikal dengan kursus yang ditawarkan ialah Perdagangan dan Aliran Vokasional pula menawarkan kursus Pengurusan Perniagaan. Bilangan pelajar juga telah bertambah kepada 381 orang.

Pada tahun 2000, kursus Aliran Teknikal yang ditawarkan telah bertambah menjadi 4 kursus iaitu kursus Perdagangan, Kejuruteraan Awam, Kejuruteraan Mekanikal dan Kejuruteraan Elektrik, manakala Aliran Vokasional ialah Pengurusan Perniagaan.

Kursus yang ditawarkan di Sekolah Menengah Teknik Pasir Mas telah meningkat dari setahun kesetahun: Pada tahun 2004 kursus Aliran Vokasional iaitu, Pengaturcaraan Komputer ditawarkan, diikuti kursus teknologi Pengurusan Pejabat pada tahun 2007 dan kursus Setiausaha Rendah pada tahun 2008.

Pada Tahun 2011, kursus yang ditawarkan di Sekolah Menengah Teknik Pasir Mas untuk Aliran Teknikal dan Vokasional kekal, dan ditambah dengan 3 kursus Aliran Kemahiran (SKM) iaitu Pelukis Plan Seni Bina, Pelukis Plan Mekanikal dan Juruteknik Rendah elektronik Industri – Peralatan.

Lokasi[sunting | sunting sumber]

lokasi smt pasir mas

SMT Pasir Mas terletak kira-kira 12 km dari bandar Kota Bharu dan kira-kira 10 km dari pekan Pasir Mas. Sekolah ini didirikan di atas tapak seluas kira-kira 39 ekar di Km 2, Jalan Tendong ke Bunut Susu. Sekiranya anda datang sama ada dari arah Kota Bharu atau pekan Pasir Mas, anda akan bertemu dengan simpang empat Tendong, iaitu persimpangan untuk ke SMTPM.

Jika anda menggunakan perkhidmatan keretapi dari arah selatan, anda boleh berhenti sama ada di stesen keretapi Pasir Mas atau Wakaf Bharu. Seterusnya anda boleh mendapatkan perkhidmatan teksi(kereta sewa) atau bas Transnasional laluan Pasir Mas - Tendong - Bunut Susu. Manakala jika anda menggunakan perkhidmatan bas ekspress hingga ke Kota Bharu, anda juga boleh ke SMTPM dengan menggunakan perkhidmatan teksi dan bas Transnasional laluan tersebut.

Piagam Sekolah[sunting | sunting sumber]

Kami Guru Dan Kakitangan Sekolah Menengah Teknik Pasir Mas,Kelantan Berjanji Akan :

1. Melahirkan pelajar yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang cukup serta mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik dan vokasional.

2. Melahirkan pelajar yang berjiwa murni, berkualiti dan berketrampilan berlandaskan nilai-nilai Islam.

3. Memastikan semua pelajar mengambil bahagian dalam aktiviti ko-kurikulum di sekolah.

4. Sentiasa peka kepada segala dasar dan program pendidikan yang dianjurkan oleh Kementerian Pelajaran, Jabatan Pelajaran Negeri dan Pejabat Pelajaran Daerah serta melaksanakannnya.

5. Memupuk semnagat kerjasama yang erat serta toleransi antara pentadbir sekolah, guru-guru, kakitangan, pelajar-pelajar serta ibu bapa.

6. Memberikan perkhidmatan yang cemerlang berteraskan tahap profesionalisme yang tinggi.

7. Mengemaskini segala urusan pentadbiran yang lebih efisyen berorientasikan kepakaran yang sedia ada.

8. Menyediakan kemudahan yang sempurna bagi keselesaan warga sekolah sesuai dengan slogan Perkhidmatan Penyayang.

Kemudahan Sekolah[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Teknik Pasir Mas
Jalan Tendong-Bunut Susu
17020, Pasir Mas
Kelantan, Malaysia
Telefon = 6097198622
Fax = 6097197299

Pautan luar[sunting | sunting sumber]