Sekolah Rendah Agama Bersepadu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Sekolah Rendah Agama Bersepadu
سكوله رنده اݢام برسڤادو
Moto Membentuk insan bertakwa
ممبنتوق انسان برتقوى
Ditubuhkan 1999
Dirasmikan 1999
Jenis Sekolah Rendah Agama
Lokasi Johor Bahru, Batu Pahat, Muar, Pontian, Mersing, Kota Tinggi, Kluang, Segamat, Johor, Malaysia
Nama singkatan SRAB
Laman web http://www.johordt.gov.my/ppaj/srab.htm

Sekolah Rendah Agama Bersepadu (Jawi: سكوله رنده اݢام برسڤادو) merupakan sebuah sistem sekolah milik Kerajaan Negeri Johor. Sekolah ini telah diperkenalkan dari keputusan hasil mesyuarat jawatankuasa kajian terhadap Sistem Pendidikan Agama Negeri Johor. Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh Dato' Setiausaha Kerajaan Negeri Johor Darul Takzim. Cadangan penubuhan sekolah ini adalah untuk mencapai maksud dan kehendak pelan tindakan belanjawan kajian pendidikan agama tahun 1998.[1]

Penyediaannya untuk membolehkan lepasan sekolah rendah agama Johor dapat meneruskan pelajarannya ke peringkat menengah seterusnya ke Pusat Pengajian Tinggi dalam dan luar negeri. Di masa yang sama SRAB adalah tapak untuk menyalurkan calon-calon pelajar ke peringkat menengah khasnya di sekolah-Sekolah Menengah Agama Negeri Johor.

Bilangan sekolah[sunting | sunting sumber]

Pada 4 Januari 1999, Sekolah Rendah Agama Bersepadu Kerajaan Negeri Johor telah memulakan sesi persekolahan yang pertama di lapan buah sekolah dalam lapan daerah seluruh negeri Johor iaitu:

Penubuhan sekolah ini adalah kesan daripada hasrat masyarakat di negeri ini yang inginkan kesinambungan kepada Darjah Khas. Sistem pendidikan di sekolah ini menggabungkan Sistem Pendidikan Kebangsaan yang digunakan di semua sekolah kebangsaan di seluruh Malaysia dan Sistem Pendidikan Agama Negeri Johor.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]