Sekolah Rendah Agama Integrasi Taman Keramat

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Rendah Agama Integrasi Taman Keramat
Lokasi
Jalan AU 2A,, Taman Keramat, 54200 Selangor Darul Ehsan
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah rendah agama, Sekolah kerajaan, Sekolah Agama JAIS
Guru besarPuan Hajah Sabariah


Sekolah Rendah Agama Integrasi Taman Keramat (SRAITK) ialah sebuah sekolah rendah agama yang terletak di Taman Keramat, Selangor. Pengetua kini adalah Ustaz Azamuddin Zainuddin.

SRAITK merupakan satu-satunya sekolah yang dapat melihat panorama Bandaraya Kuala Lumpur di kalangan Sekolah Rendah Agama Integrasi yang lain.

SEJARAH SEKOLAH Sekolah Rendah Agama Taman Keramat, Gombak Selangor adalah daya usaha yang dilahirkan oleh Al-Marhum bekas Pegawai Tadbir Agama Islam Gombk Timur Tuan Hj Hassan Basri bin Hj Mohd Sardi bersama Ahli jawatankuasa Surau Al-Islah terdiri dari Tuan Hj. Surif Jai Lamban, tuan hj ghafur Ibrahim , Tn.Hj. Isa Abu serta dibantu sepenuhnya oleh Tuan Hj Omar Makim, Tuan Hj Halimi Hj Said (PPAID, Gombak 1986). Tuan hj karim ahamad dan encik jabbar kasim selaku penggerak utama UMNO Cawangan Rumah pangsa taman keramat. Peruntukkan sebanyak RM 300,000 telah diperolehi oleh kerajaan negeri Selangor bagi pembinaan sekolah ini, tetapi ditarik semula dari kerajaan negeri Selangor kerana tapak belum lagi diperolehi. Dengan adanya daya inisiatif yang dianjurkan oleh YB Dato Hj. Mufti Hj Shuib, selaku wakil rakyat taman karamat telah peruntukan sebanyak RM 800,00 bagi sebanyak projek tersebut. Setalah tapak diperolehi dengan proses tertentu pada tahun 1987. Sekolah Rendah agama taman keramat yang digunakan sepenuhnya pada januari 1988 dengan kejasama murid sebanyak 1000 orang. Amal jariah yang diusahakan oleh penama-penama tersebut telah melahirkan beberapa orang ahli cendikiawan madani yang terbilang. SRA Taman Keramat telah berkembang menjadi SRA Intergrasi Taman Keramat yang berkuasa pada tahun 2000. Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan melalui Mesyuarat Jawantankuasa Tetap Hal Ehwal Islam STANCO dan Mesyuarat Jawantankuasa Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) telah bersetuju malaksanakan Sekolah Rendah Intergrasi yang menggabungkan dua kurikulum iaitu Kurikulum Sekolah Rendah Agama dan Kurikulum KBSR Kementerian Pendidikan Malaysia. Sesi pembeljaranya disepadukan bagi kedua-dua kurikulum tersebut. Sehingga kini SRA Intergrasi Taman Keramat,masih menjadi pusat tumpuan 100% orang melayu beragama Islam sebagai titik tolak bai anak-anak mereka menimba ilmu duniawi dan ukhrawi.