Sekolah Rendah Agama Integrasi Tengku Ampuan Fatimah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Rendah Agama Integrasi Tengku Ampuan Fatimah
Lokasi
Lot 2733, Kampung Batu Belah,, Klang, Selangor Darul Ehsan
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah rendah agama, Sekolah kerajaan, Sekolah Agama JAIS


Sekolah Rendah Agama Integrasi Tengku Ampuan Fatimah, pada awalnya bangunan sekolah yang telah didirikan di atas tanah wakaf seluas satu setengah ekar yang telah diwakafkan oleh Allahyarham Haji Sirat Bin Haji Nor. Kerja-kerja telah dijalankan oleh pihak penduduk Kampung Batu Belah secara gotong-royong dan derma orang ramai. Kawasan pembinaan bangunan sekolah ini terletak di Lot 2733, Kampung Batu Belah, Klang iaitu di belakang masjid lama yang telah dirobohkannya. Ia menelan belanja hampir lima ribu ringgit.

Sekolah Rendah Agama Batu Belah ini telah dirasmikan pada 08.03.1953 oleh Tuan Haji Alias bin Haji Abdul Manan, iaitu Ketua Kampung Batu Belah , Klang. Jumlah murid pada ketika itu adalah seramai 85 orang yang terdiri daripada 50 murid lelaki dan 35 orang perempuan dengan tenaga pengajar seramai 2 orang sahaja. Seorang guru yang telah dihantar oleh pihak Jabatan Agama Islam dan seorang lagi guru sukarela.

Oleh kerana kedudukan Sekolah Rendah Agama ini terlibat secara langsung dalam projek Malaysia Lebuh Raya daripada Pelabuhan Klang ke Shah Alam maka sekolah ini terpaksa dirobohkan pada tahun 1977. Akibat daripada projek tersebut murid-murid sekolah agama ini telah menumpang di Sekolah Kebangsaan Batu Belah, klang mulai dari 07.03.1977.

Pada tahun 1986 kemasukan murid-murid baru telah melebihi seperti yang dijangkakan. Ia pastilah melibatkan tempat belajar dan kelas-kelas oelh itu dengan persetujuan Ahli Jawatankuasa Sekolah Agama Batu Belah dan pihak pentadbiran sekolah telah membuat permohonan untuk mendapatkan tempat pembelajaran yang sementara di mana ini memudahkan untuk murid membuat latihan ibadat khursusnya sembahyang jemaah Asar disamping keselamatan yang lebih terjamin.

Jumlah murid menjadi seramai 280 orang dan guru pula seramai 7 orang. Akibat permintaan semakin tinggi terhadap sekolah agama permohonan untuk membuat sekolah yang baru telah diajukan oleh Ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung. Tanah yang dicadangkan itu terletak di tanah wakaf masjid seluas 1½ ekar.

Tidak lama kemudian Kerajaan Negeri Selangor telah mengambil langkah dengan mengadakan sekolah agama yang mempunyai matapelajaran seperti di sekolah kebangsaan. Bermula pada 01.01.2000 Sekolah Agama Batu Belah yang yelah mewakili bagi daerah Klang telah bertukar menjadi Sekolah Rendah Agama Integrasi Batu Belah, Klang yang mana sekolah tersebut telah menjalankan kurikulum bersepadu SRA dan KBSR.

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang merasmikan Sekolah Rendah Agama Integrasi Batu Belah di Klang, turut berkenan menamakannya Sekolah Rendah Agama Integrasi Tengku Ampuan Fatimah.

Pada peringkat awal Sekolah Rendah Agama Integrasi Tengku Ampuan Fatimah , Klang hanya mempunyai pelajar seramai 110 orang murid sahaja bagi memulakan projek tersebut. Pengambilan murid pada peringakat kedua adalah melalui proses ujian kelayakan. Calon yang berjaya akan ditawarkan untuk belajar di sekolah ini. Pada tahun 2004 pelajar telah bertambah seramai 450 orang dan sehingga 2008 sekolah ini telah bertambah menjadi 775 orang murid serta mempunyai tenaga pengajar seramai 55 orang.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]