Program Sekolah Selamat

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Sekolah Selamat)
Lompat ke: pandu arah, cari

Program Sekolah Selamat dilancarkan di sekolah-sekolah di Malaysia bagi membendung masalah disiplin para pelajar. Warga sekolah di Malaysia bermaksud guru, pelajar, kakitangan sokongan, pentadbir sekolah, kaunselor dan sebagainya.

Setiap warga sekolah mestilah mempunyai kesedaran tentang keselamatan dan diterjemahkan melalui sikap dan tingkahlaku sensitif, prihatin dan tanggungjawab profesional untuk menjamin suasana pembelajaran dapat berjalan dengan baik.

Penglibatan Warga Sekolah[sunting | sunting sumber]

  • Pentadbir dan guru bertugas di pintu masuk dan kawasan bangunan sebelum dan selepas persekolahan.
  • Warga sekolah dapat membuat jangkaan awal apa jua masalah yang akan timbul
  • Kehadiran guru di setiap kawasan tempat dan bilik khas.
  • Warga sekolah di minta membantu mengawal trafik di dalam dan di luar sekolah semasa dan selepas sekolah.
  • Warga sekolah digalakkan mengawasi dan makan di kantin sekolah
  • Guru diminta berada bersama pelajar pada setiap program dan aktiviti sekolah
  • Warga sekolah perlu memantau tandas, bilik-bilik khas dan kawasan-kawasan persekitaran sekolah sepanjang masa.
  • Guru perlu membantu pelajar semasa dan selepas waktu persekolahan
  • Warga sekolah dilatih mengatasi sebarang krisis yang berlaku dan memahami tanggungjawab terhadap pencegahan dan menghadapi kecemasan
  • Guru berbincang dalam kelas dan setiap program dalam menerap kesedaran dan keselamatan di sekolah.
  • Warga sekolah bertanggungjawab melaksanakan polisi untuk menentukan keselamatan dalam setiap aktiviti kokurikulum sepanjang masa persekolahan.
  1. Warga sekolah membuktikan ada komintmen dalam penerapan budaya dan suasana pembelajaran.
  2. Pentadbir dan guru dikehendaki memanggil pelajar dengan nama.

Latihan dalam perkhidmatan[sunting | sunting sumber]

Latihan dalam perkhidmatan adalah program dan aktiviti bertujuan untuk memaklumkan warga sekolah berkaitan dengan plan, prosedur dan tanggungjawab dalam mengekalkan iklim sekolah selamat. Sekolah diminta memberikan pertimbangan masa dan sumber dalam melaksanakan latihan ini. Antara tajuk dan aktiviti yang bersesuaian dengan latihan adalah plan menangani krisis, kesedaran terhadap pencegahan dadah, gangterism, senjata berbahaya, penglibatan warga sekolah dalam menghadapi penyelesaian konflik, mengurangkan tingkahlaku ganas dan pembimbing rakan sebaya. Warga sekolah juga bertanggungjawab mengelak, mengurus dan bertindak balas terhadap setiap krisis yang timbul.

  1. Memberi masa dan sumber yang mencukupi dalam latihan perkhidmatan untuk warga sekolah untuk memastikan supaya tidak berlaku keganasan di sekolah
  2. Melibatkan orang awam, pegawai penguatkuasa, kesihatan, bomba dan agensi-agensi kecemasan dalam latihan di sekolah tersebut
  3. Mengekalkan kesedaran secara berterusan kepada warga sekolah dalam memainkan peranan masing-masing dalam menghadapi sebelum dan selepas krisis.
  4. Program orientasi kepada staf baru tentang polisi, prosedur dan tanggungjawab ke arah sekolah selamat
  5. Mengadakan latihan untuk memastikan keberkesanan tindakan plan krisis sekolah dilaksanakan
  6. Warga sekolah ini menunjukkan komitmen dan kefahaman yang bersesuaian terhadap perkara-perkara berikut :
      • Kehadiran pelawat
      • Penyalahgunaan bahan
      • Penculikan
      • Penggunaan senjata
      • Pelajar bermasalah
      • Gangguan fizikal/seksual
      • Kewujudan gangster
      • Hak dan tanggungjawab sekolah
      • Kehadiran warga sekolah
      • Pemberitahuan maklumat
      • Menangani masalah penceroboh
      • Laporan kejadian
      • Vadalisme
      • Akta-Akta Jenayah
      • Pemeriksaan mengejut

Arahan[sunting | sunting sumber]

Pendedahan bagi menangani konflik secara berkesan dapat dilaksanakan melalui kursus dan latihan. Ia boleh disampaikan kepada ibu bapa, pelajar dan warga sekolah. Antara kandungannya meliputi kemahiran cara berkomunikasi, penyelesaian masalah, Kemahiran membuat keputusan, empati, mengenalpasti kewujudan gangter, kemahiran perundangan dan lain-lain. Aktiviti berbentuk arahan bermula daripada informal kepada formal dan dari perancangan dan pelaksanaan.

  1. Warga sekolah secara umum menyedari dan menghargai akan kepentingan arahan dalam bidang ini.
  2. Warga sekolah menerima latihan-latihan dalam bidang penyelesaian konflik, perantara dan topik yang berkaitan
      • Pengurangan pencerobohan
      • Pendidikan perwatakan
      • Penyelesaian konflik
      • Penindasan/campurtangan gang.
      • Tingkah laku
      • Perantaraa ( orang tengah ).
  1. Latihan kepada ibu bapa dalam bidang ini
  2. Arahan dan peluang pembelajaran pelajar disediakan melalui:
      • Intergrasi dalam kursus sedia ada
      • Model/demostrasi oleh guru dalam arahan kelas.
      • Unit arahan dalam kursus dan arahan peringkat tingkatan/darjah.
      • Kursus mengikut kemampuan kendiri.
  1. Program lanjutan (Contoh : bimbingan dan kaunseling, pengalaman kerja dan penggunaan alat serta kemudahan sekolah ) ditawarkan untuk menyediakan keperluan keselamatan bagi pelajar.

Kerjasama pihak luar[sunting | sunting sumber]

Perkongsian sekolah pintar sekolah dan komuniti menerangkan keberkesanan dalam komuniti, kerjasama dan penglibatan antara sekolah dan badan-badan sosial dalam usaha mencegah contohnya program mencegah keganasan, pengkuatkuasaan undang-undang, agensi kecemasan, bomba dan agensi belia untuk meningkatkan keselamatan sekolah.

  1. Melibatkan pengkuatkuasaan undang-undang di kalangan ahli-ahli dalam sekolah dan perkembangan plan krisis dan tindak balasnya
  2. Koordinasi pelan kecemasan antara agensi – polis, bomba, perubatan,
  3. Tindak balas segera dan pengawasan yang tepat
  4. Melibatkan penguatkuasa undang-undang dan berkongsi sama merangka kurikulum dan arahan , aktiviti pencegahan dan latihan dalam perkhidmatan.
      • Adakan program “Katakan Tidak”.
      • Adakan program “Cuma Lima Minit Anti Dadah”.
      • Adakan program “PINTAR”.
      • Adakan program “SEJADAH”.
  1. Bekerjasama dengan agensi yang mempunyai kepakaran dan kemahiran bagi menghadapi bencana alam dan memberi bantuan.
  2. Melaksanakaan plan tindakan mengatasi ponteng secara menyeluruh
  3. Menaja atau melibatkan diri dalam program pencegahan jenayah
  4. Melibatkan diri dalam program sedia ada dengan pihak polis
  5. Memberikan plan sekolah kepada pihak polis
  6. Memastikan warga sekolah dan polis memahami peraturan masing-masing apabila polis dipanggil kesekolah

Kelab Pencegahan Jenayah[sunting | sunting sumber]

Sekolah boleh menubuhan kelab pencegahan jenayah melalui kempen keselamatan yang berterusan. Kelab tersebut merupakan badan sukarela yang dilaksaanakan oleh pertubuhan bagi mengurangkan salahlaku jenayah dan meningkatkan kawalan serta keselamatan.

  • Tujuan :
  1. Program ke arah meningkatkan kesedaran pelajar terhadap peraturan dan tanggungjawab sekolah
  2. Berusaha menukar pandangan pelajar supaya tidak lalai terhadap tanggungjawab mereka dan melapurkan situasi yang tidak menyenangkan
  • Tindakan
  1. Menubuhkan Kelab-kelab
  • Menjalankan aktiviti penerangan melalui poster, video dan kempen anti vandelism
  • Mengadakan tayangan filem dan pengedaran maklumat.
  • Berusaha untuk mengawal kelakuan curang (kurang jujur)
  • Membantu sekolah dalam penyeliaan aktiviti
  1. Mengadakan program pencegahan jenayah
  2. Mengenalpasti paraturan yang tidak tidak jelas dalam menangani masalah yang akan terjadi
  3. Melatih pelajar membantu pemantauan kawasan sekolah
  4. Warga sekolah menyokong dan menghargai program-program keselamatan dan berkaitan dengan pencegahan dadah yang ditaja oleh pelbagai pihak.
  5. Mempunyai prosedur tertentu apabila menerima sesuatu maklumat/tanda-tanda awal

Kawalan keselamatan[sunting | sunting sumber]

Kawalan Keselamatan adalah bermaksud persekitaran yang menunjukkan wujudnya kesedaran dan kawalan terhadap keselamatan serta mewujudkan rasa bebas dari ancaman keselamatan. Iklim yang selamat dan selesa menggambarkan wujudnya perancangan keselamatan sekolah melalui kawalan, sistem komunikasi, pengawasan, lencana pengenalan diri, kad kebenaran, tanda nama pelawat dan kawalan dari pengawal keselamatan.

  1. Semua warga sekolah, jabatan, unit, pelajar dan ibubapa sedar akan perlunya kawalan keselamatan
  2. Semua warga sekolah perlu tahu mengambil tindakan selanjutnya
  3. Pengawal keselamatan dan individu sentiasa bersedia menghadapi kemungkinan berlaku.
  4. Menyediakan Poster, buletin mengenai tatacara pelawat masuk ke kawasan sekolah
  5. Pengenalan melalui pas pelawat melalui tanda nama dan uniform`
  6. Kawalan kemasukkan ke sekolah dikawal melalui pengenalan diri
  7. Menyediakan Sistem komunikasi contohnya sistem interkom dan litar tertutup

Peranan Ibu Bapa[sunting | sunting sumber]

Ibu bapa dan penjaga menunjukkan rasa sifat kepunyaan dan bangga terhadap sekolah melalui sokongan, penglibatan dan penyertaan sebagai rakan kongsi dalam aktiviti sekolah selamat. Contoh perkongsian adalah merupakan program keibubapaan secara sukarela contonya rondaan keselamatan, bantuan, pemantauan dan program pendidikan keibubapaan dimana ibu bapa belajar kemahiran menolong, menerima khidmat kaunseling, belajar berkenaan akibat tingkah laku keganasan di sekolah.

  1. Ibu bapa sentiasa diberitahu tentang program sekolah selamat, pelan, dan prosedur tindakan dan juga peranan dan tangungjawab mereka
  2. Membuat tinjauan dan mengadakan perbincangan dengan ibu bapa bagi menentukan tanggapan mereka berhubung dengan keselamatan sekolah dan hubungan dengan jenayah pelajar
  3. Melibatkan ibubapa dalam pembangunan polisi sekolah selamat dan menjadi ahli dalam jawatankuasa sekolah selamat
  4. Melibatkan ibu bapa sebagai tenaga pengiring (chaperones) dan membantu dalam menjalankan rondaan keselamatan dan program pengawasan jenayah
  5. Mengiktiraf ibu bapa sebagai rakan dalam memastikan sekolah selamat melalui pendidikan keibubapaan dan kaunseling
  6. Menggalakan ibu bapa bertanggungjawab dalam memantau tingkah laku dan permasalahan pelajar
  7. Memberi khidmat kaunseling kepada ibu bapa yang anak mereka mempunyai potensi negatif ke arah keganasan

Pegawai Personal[sunting | sunting sumber]

Pegawai Personal ialah seorang yang ditugaskan bertanggungjawab untuk memimpin, menyelaras dan membantu dalam memastikan persekitaran sekolah selamat wujud. Personalia tersebut mungkin seorang pengawal keselamatan, pentadbir sekolah atau seorang guru yang ditugaskan untuk melaksanaan peranan ini.

  1. Pegawai keselamatan sekolah ada sepanjang masa persekolahan dan dalam semua program sekolah
  2. Pegawai yang dilantik merupakan seorang yang faham berhubung dengan tanggungjawab keselamatan pelajar ibu bapa.
  3. Personal keselamatan bertanggungjawab menjalankan kawalan keselamatan mengawal, menyelia termasuk juga tanggungjawab mengurus krisis
  4. Personal keselamatan mengadakan hubungan baik agensi dengan pengkuakuasa undang-undang tempatan, pegawai undang-undang dan pelajar
  5. Personal keselamatan dilibatkan dalam jawatankuasa sekolah selamat dan latihan dalam perkhidmatan
  6. Personal keselamatan menerima latihan yang mencukupi untuk melaksanakan tanggungjawab yang diberi
  7. Personal keselamatan adalah merupakan sebahagian daripada keluarga yang merangkumi warga sekolah dan ibu bapa

Penilaian[sunting | sunting sumber]

Penilaian / Instrumen ini boleh digunakan oleh semua pihak untuk untuk menilai tahap pelaksanaan Program Sekolah Selamat di semua sekolah dan membuat cadangan dan membantu pihak sekolah untuk

  • menentukan tahap persediaan membenteras jenayah,
  • menganalisa potensi berlakunya masalah,
  • mengenalpasti dan menentukan kaedah intervensi dan pencegahan,
  • mengurus dan respon kepada krisis apabila ia berlaku, dan
  • menyediakan maklumat asas untuk membina pelan sekolah selamat.

Maklumat hasil dari analisa Penilaian / Instrumen ini akan membantu menyediakan proses yang sistematik untuk mengkaji semula dan membina prosidur Sekolah Selamat.

Di samping itu maklumat ini juga boleh digunakan sebagai rujukan dan bahan untuk program latihan dalam perkhidmatan kepada Pengetua, Guru Besar dan guru-guru yang terlibat dengan Program Sekolah Selamat.

Format Penilaian / Instrumen[sunting | sunting sumber]

Penilaian / Instrumen yang dibina adalah dalam bentuk yang memerlukan respon kepada masalah, keperluan dan intervensi yang mana setiap pernyataan

  • diberi definisi
  • diberi ciri-ciri yang merujuk kepada sekolah selamat
  • memerlukan respon jenis kuantitatif dan juga penilaian verbal untuk menentukan sesuatu masalah
  • menyediakan sumber kepada maklumat lanjut

Perlu ditegaskan bahawa semua respon terhadap Penilaian / Instrumen ini hendaklah diperolehi secara sukarela tanpa menimbulkan sebarang kesangsian di pihak responden.


Jawatankuasa[sunting | sunting sumber]

Bagi melicinkan pelaksanaan Sekolah Selamat, sekolah hendaklah menubuhkan Jawatankuasa Sekolah Selamat (JKSS) yang keahliannya terdiri daripada wakil sekolah, ibu bapa, agensi-agensi kerajaan dan bukan kerajaan. Tugas utama jawatankuasa ini ialah memantau keperluan keselamatan di sekolah yang bertujuan untuk mengenalpasti masalah, mencadang program/polisi sekolah selamat dan membantu dalam mengurusan sebelum dan selepas krisis berlaku. Jawatankuasa ini juga boleh bertindak sebagai jawatankuasa pemandu untuk penilaian kendiri dan perancangan.

  • Jawatankuasa yang berfungsi dan tanggungjawabnya sama seperti yang dinyatakan dalam polisi sekolah.
  • Ahli Jawatankuasa terdiri dari wakil-wakil ibu bapa, guru, polis, JKKK, bomba dan agensi kerajaan dan bukan kerajaan yang releven.
  • Jawatankuasa kerap mengadakan perjumpaan untuk membincangkan masalah, keperluan, program dan tanggungjawab untuk keselamatan sekolah.
  • Jawatankuasa mempunyai hubungan yang rapat dengan murid.
  • Jawatankuasa mempunya kredibiliti yang baik di kalangan masyarakat sekitar sekolah, ibu bapa dan pihak berkuasa tempatan.
  • Jawatankuasa menjalankan dan mengambil bahagian dalam latihan keselamatan di sekolah.
  • Jawatankuasa mengadakan pemanatauan keselamatan secara berterusan.

Kes Disiplin di Sekolah[sunting | sunting sumber]

  • Mencuri
  • Mencederakan orang
  • Kenakalan
  • Buli
  • Gangguan Fizikal
  • Gangguan Verbal
  • Gangguan Perkauman
  • Gangguan Seksual
  • Dadah
  • Arak
  • Pergaduhan
  • Menceroboh
  • Vandalisme
  • Samseng
  • Kemalangan berjalan kaki
  • Kemalangan motosikal
  • Kemalangan kereta
  • Kemalangan semasa aktiviti kokurikulum
  • Kemalangan bas
  • Kemalangan semasa aktiviti sukan
  • Membakar
  • Menyerang – Pelajar dan staf
  • Bahan letupan dan Ugutan bom
  • Pelancoan
  • Kematian: Membunuh diri, pembunuhan
  • Tunjuk perasaan
  • Dadah, termasuk alkohol
  • Pergaduhan
  • Gangsterisme / hooliganisme
  • Jenayah perkauman
  • Kes tebusan
  • Pencerobohan
  • Penculikan
  • Pencabulan
  • Bencana alam
  • Kerosakan harta benda
  • Rompakan
  • Tembak – menembak
  • Senjata

Pelan Pengurusan Krisis[sunting | sunting sumber]

Pelan Pengurusan Krisis (PPK) merupakan pelan khusus dan komprehensif yang digunakan dalam menghadapi suasana kecemasan dan langkah-langkah perlu selepas insiden. Pelan ini telah sedia maklum oleh semua kakitangan sekolah. Peranan dan tanggungjawab kakitangan semasa dan selepas krisis dijelaskan dengan terperinci. Krisis tersebut merangkumi kemalangan, tembak-menembak, kes tebusan, penggunaan senjata api, kebakaran, ugutan bom, bencana alam, kematian, bunuh diri, tunjuk perasaan, pencerobohan dan sebagainya.

Setiap sekolah mestilah mempunyai pelan tindakan yang diketahui oleh semua staf dan dimaklumkan dari masa ke semasa bagi mengenalpasti :

  • pelbagai situasi termasuk yang di luar jangkaan.
  • saluran komunikasi kepada Pengetua / Guru Besar.
  • saluran dan isyarat-isyarat supaya staf berwaspada.
  • agihan tugas untuk melaksanakan tanggungjawab dalam aspek tertentu.
  • kawasan penempatan semula pelajar
  • prosedur memindahkan pelajar dalam situasi tertentu.
  • pegawai yang dipertanggungjawabkan.
  • senarai nombor telefon agensi-agensi yang boleh dihubungi semasa kecemasan.
  • langkah-langkah pemberitahuan ibu bapa cara memindahkan pelajar.
  • polisi dan prosedur bagi mengendalikan pihak media.
  • tanggungjawab menyimpan rekod kejadian.

Tindakan Pentadbir[sunting | sunting sumber]

  • Mengenalpasti tempat ibu bapa mengambil dan menghantar anak-anak mereka.
  • Menyediakan satu pelan yang jelas dan ringkas kepada semua kakitangan.
  • Pelan tersebut merangkumi aktiviti kokurikulum dan aktiviti luar sekolah.
  • Menyatupadukan perkhidmatan satu pasukan pengurusan krisis yang terdiri daripada Ketua bidang dan staf ( terutamanya kakitangan pejabat dan pekerja am ) yang kedua- duanya berfungsi sebagai satu kumpulan penasihat sebelum dan semasa krisis dan juga sebagai satu pasukan pengurusan.
  • Mengenalpasti individu yang terlatih dalam CPR dan pertolongan cemas serta bilik pertolongan cemas.
  • Pastikan orang-orang yang berkenaan melibatkan diri dan prihatin terhadap perkembangan pelan tindakan serta bertanggugjawab dalam perlaksanaan pelan-pelan tersebut.
  • ibu bapa / penjaga
  • murid
  • media
  • polis
  • perkhidmatan kesihatan
  • bomba
  • PIBG
  • ketua bidang
  • Pekerja am
  • Guru Kaunseling
  • Pentadbir
  • lain-lain

Tindakan Selepas Krisis[sunting | sunting sumber]

Pihak sekolah akan menghadapi pelbagai reaksi dari pelbagai pihak dalam usaha menangani krisis yang berlaku .Kata-kata cemuhan dan sikap pesimis komuniti akan melengahkan proses pemulihan krisis tersebut.

  • Mempastikan pengurus sekolah bersedia untuk mengetuai di dalam segala urusan menangani sesuatu krisis.
  • Menyedarkan kakitangan tentang keperluan menyampaikan maklumat yang tepat kepada ibu bapa, staf, pelajar, komuniti dan pihak media seberapa segera selepas kejadian.
  • Mempunyai Pengurus yang sentiasa menyedari tentang keperluan dan peranannya dalam hubungan dengan pihak media.
  • Sentiasa komited memulakan sesi persekolahan seawal mungkin selepas krisis.
  • Menyediakan kumpulan sekolah selamat dalam perancangan dan pelaksanaan aktiviti-aktiviti seperti berikut: ( Tandakan (/) atau beri kadar mana-mana yang berkenaan.)
  • Menziarahi mangsa yang cedera dan yang sedang berkabung.
  • Mengadakan majlis kesyukuran / upacara keagamaan bagi meringankan beban yang ditanggung.
  • Sentiasa mengutamakan keselamatan dan kebajikan pelajar dari aspek emosi dan fizikal serta menjaga nama baik sekolah.
  • Menyedari tentang kepentingan hubungan yang baik dengan masyarakat melalui polisi dan perancangan yang dibuat.
  • Mempunyai kepimpinan yang menghargai kepentingan hubungan rapat dengan pemimpin agama serta agensi-agensi luar dalam kes-kes yang melibatkan kematian dan trauma yang teruk.
  • Menyediakan kakitangan yang sentiasa perihatin akan pihak yang boleh dihubungi bagi mendapatkan bantuan .
  • Mempunyai kesedaran akan kepentingan perkhidmatan kaunseling yang profesional untuk pelajar, guru dan kakitangan .
  • Berkongsi kepimpinan dan bekerjasama dengan komuniti, agensi-agensi lain, kumpulan yang berkepentingan termasuklah kumpulan keagamaan , perundangan ,media dan agensi-agensi perkhidmatan.
  • Menyimpan satu senarai kaunselor yang bertauliah dan melantik seorang staf untuk menyelaraskan sesi kaunseling.

Karenah Media Massa[sunting | sunting sumber]

Kesulitan pihak sekolah menghadapi pihak media akan lebih ketara apabila terdapat percanggahan yang timbul, manakala pengurus sekolah mempunyai tanggungjawab untuk membela pelajar, suasana pembelajaran, imej sekolah serta kakitangannya, terutama mangsa dan mereka yang disyaki. Sekiranya tidak ditangani sebaik mungkin akan menyebabkan percanggahan keputusan, yang boleh menimbulkan keretakan hubungan pihak media dan sekolah. Adalah menjadi tanggungjawab pengurus sekolah atau wakil untuk menjalin hubungan yang kondusif dengan media.

  • Lantik seorang penyelaras media yang dipertanggungjawabkan untuk mengatur sidang akhbar.
  • Kordinator media menyediakan prosedur-prosedur untuk sekolah/ pihak media termasuklah menetapkan tempat temubual dan syarat-syarat temubual kepada pelajar, staf, masa dan tempat peralatan pihak media.
  • Kordinator media mempastikan kemudahan sekolah dalam keadaan selamat dan melindungi pelajar dan staf daripada gangguan wartawan dan juru kamera.
  • Mempunyai satu polisi yang melarang penyiaran nama-nama mangsa atau individu yang dituduh sebelum diberitahu kepada ibu bapa dan diberi kebenaran oleh pihak berkuasa.
  • Kordinator menghargai kehendak dan peranan pihak media; cuba memenuhi kehendak mereka; dan dengan spontan, konsisten dan bersikap adil dengan pihak media.
  • Kordinator yang bertanggungjawab dalam penyediaan siaran berita berkala dengan jelas.

Senarai Semak[sunting | sunting sumber]

  • maklumat hot line
  • program pendidikan keibubapaan
  • kawalan pergerakan
  • program sukarela ibu bapa
  • sistem penggera
  • pusat sumber ibu bapa
  • pemeriksaan bangunan sekolah dan persekitaran
  • tanda arah bangunan
  • pelan mengosongkan bangunan
  • latihan mengosongkan bangunan
  • penilaian iklim sekolah
  • prosedur tutup sekolah
  • kaunselor dan pekerja sosial
  • kod tingkah laku
  • pencegahan jenayah
  • pelan pengurusan krisis
  • kumpulan pengurusan krisis
  • program / arahan kurikulum ( contoh : agresif , konflik, pembimbing rakan sebaya dan PROSTAR , PINTAR )
  • Ujian urin
  • Pemantauan secara elektronik
  • Peralatan kecemasan
  • Penapisan pekerja / screening
  • Pagar dan sempadan
  • Pas / lencana kebenaran keluar
  • Kad pengenalan diri
  • Rekod kemalangan
  • Mengenalpasti kakitangan yang berisiko tinggi
  • Mengenalpasti pelajar yang berkemungkinan menjadi mangsa
  • Interkom , radio, telefon bimbit dan lain-lain
  • Sistem kunci keselamatan / kunci keselamatan
  • Alat pengesan logam
  • Pusat sumber ibubapa
  • Pegawai perhubungan ( polis / sekolah )
  • Pengawal keselamatan sekolah
  • Sistem pencahayaan waktu malam
  • Kursus dalam perkhidmatan
  • Pemeriksaan berkala dan mengejut
  • Pasukan unit beruniform
  • Tinjauan khusus : ibu bapa , pelajar, dan staf
  • Prosedur keselamatan pengangkutan
  • Pemeriksaan dan pendaftaran pelawat
  • Tanda-tanda amaran
  • Polisi bebas tanpa senjata
  • Tiada tolak ansur ( tegas )