Selat Johor

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Tambak Johor merentangi Selat Johor

Selat Johor atau Selat Tebrau merupakan laut sempit yang memisahkan pulau Singapura dengan negeri Johor, Semenanjung Malaysia. Pentadbiran British yang menjajah ketika itu telah membina Tambak Johor bagi memudahkan pengangkutan barangan domestik. Jarak paling hampir ialah pangkalan tentera Woodlands di Singapura dengan Pantai Lido di Johor Bharu kira-kira 1 km sahaja.

Feri Johor-Singapura menawarkan pengangkutan air menyeberangi selat ini.

Mas Selamat Kastari berenang ke Johor setelah lari dari tahanan Singapura pada 27 Februari 2008.

Koordinat: 1°26′48″N 103°45′13″E / 1.44667°U 103.75361°T / 1.44667; 103.75361