Selat Karimata

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Selat Karimata ialah sebuah selat yang lebar yang menghubungkan Laut China Selatan dengan Laut Jawa. Selat ini terletak di antara Pulau Sumatera dan Borneo di Indonesia.

Lebar selat ini sekitar 150 kilometer apabila diukur dari Borneo hingga Pulau Belitung. Pulau Belitung dipisahkan dari Pulau Bangka di timur oleh Selat Gaspar, manakala Bangka yang terletak dekat pesisir timur Sumatera dipisahkan oleh Selat Bangka. Kepulauan Karimata yang terletak di Selat Karimata di timur laut Beltung adalah lebih dekat dengan Borneo.