Selenium

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
34 arsenikseleniumbromin
S

Se

Te
Selenium dalam jadual berkala unsur
Am
Nama, simbol, nombor selenium, Se, 34
Siri kimia nonmetal
Kumpulan, kala, blok 164, p
Rupa Kilau logam hitam kekelabuan
Se,34.jpg
Berat atom biasa 78.96g·mol−1
Tatarajah elektron [Ar] 4s2 3d10 4p4
Elektron per petala 2, 8, 18, 6
Ciri-ciri fizikal
Fasa solid
Ketumpatan (hampir suhu bilik) (gray) 4.81 g·cm−3
Ketumpatan (hampir suhu bilik) (alpha) 4.39 g·cm−3
Ketumpatan (hampir suhu bilik) (vitreous) 4.28 g·cm−3
Ketumpatan cecair pada takat lebur 3.99 g·cm−3
Takat lebur 494 K
(221 °C, 430 °F)
Takat didih 958 K
(685 °C, 1265 °F)
Titik genting 1766 K, 27.2 MPa
Haba pelakuran (gray) 6.69 kJ·mol−1
Haba pengewapan 95.48 kJ·mol−1
Muatan haba tentu (25 °C) 25.363 J·mol−1·K−1
Tekanan wap
P/Pa 1 10 100 1 k 10 k 100 k
at T/K 500 552 617 704 813 958
Ciri-ciri atom
Struktur hablur heksagon
Keadaan pengoksidaan 6, 4, 2, 1,[1] -2
(oksida berasid kuat)
Keelektronegatifan 2.55 (skala Pauling)
Tenaga pengionan 1st: 941.0 kJ·mol−1
2nd: 2045 kJ·mol−1
3rd: 2973.7 kJ·mol−1
Jejari atom 120 pm
Jejari kovalen 120±4 pm
Jejari Van der Waals 190 pm
Lain-lain
Susun atur mmagnetik diamagnetik[2]
Kealiran haba (300 K) (amorphous) 0.519 W·m−1·K−1
Pengembangan haba (25 °C) (amorphous) 37 µm·m−1·K−1
Kelajuan bunyi (rod nipis) (20 °C) 3350 m/s
Modulus Young 10 GPa
Modulus Shear 3.7 GPa
Modulus Bulk 8.3 GPa
Nisbah Poisson 0.33
Kekerasan Mohs 2.0
Kekerasan Brinell 736 MPa
Nombor pendaftaran CAS 7782-49-2
Contoh isotop
Rencana utama: Isotop selenium
iso NA separuh hayat DM DE (MeV) DP
72Se syn 8.4 d ε - 72As
γ 0.046 -
74Se 0.87% Se stabil dengan 40 neutron
75Se syn 119.779 d ε - 75As
γ 0.264, 0.136,
0.279
-
76Se 9.36% Se stabil dengan 42 neutron
77Se 7.63% Se stabil dengan 43 neutron
78Se 23.78% Se stabil dengan 44 neutron
79Se trace 2.95×105 y β 0.151 79Br
80Se 49.61% Se stabil dengan 46 neutron
82Se 8.73% 1.08×1020 y ββ 2.995 82Kr
Rujukan



Selenium, unsur kimia bernombor atom 34, bersimbol kimia Se, dan berjisim atom 78.96, ialah sejenis unsur bukan logam, bertalian kimia dengan sulfur dan telurium, dan jarang ditemui dalam bentuk keadaan unsur di alam semula jadi.

Selenium yang diasingkan ditemui dalam beberapa bentuk berlainan, dan bentuk yang paling stabil ialah bentuk separa logam (semikonduktor) tumpat berwarna kelabu keunguan yang berstruktur rantaian polimer trigon. Selenium mengalirkan elektrik dengan lebih baik dalam keadaan terang berbanding gelap, maka digunakan dalam fotosel. Selenium juga wujud dalam pelbagai bentuk bukan pengalir, seperti sebentuk alotrop hitam kekacaan, serta beberapa bentuk habluran merah yang terhasil daripada molekul gelang lapan ahli seakan-akan sulfur.

Selenium ditemui dalam bijih sulfida seperti pirit, yang mana selenium menggantikan sebilangan sulfur dalam matriks bijih. Juga terdapat bahan galian yang berbentuk sebatian selenida atau selenat, tetapi jarang ditemui. Kegunaan utama selenium masa kini adalah untuk membuat kaca serta digunakan dalam kimia dan pigmen. Selenium juga pernah banyak digunakan untuk elektronik, tetapi kini digantikan oleh peranti semikonduktor silikon.

Garam selenida amat toksik, tetapi sejumlah surih usnur ini adalah perlu untuk fungsi sel dalam kebanyakan haiwan, iaitu membentuk pusat aktif enzim glutation peroksidase dan tioredoksin reduktase (yang secara tidak langsungnya mengurangkan molekul teroksida tertentu dalam haiwan dan sesetengah tumbuhan) dan tiga enzim deiodinase diketahui (yang menukar sebentuk hormon tiroid ke bentuk lain). Keperluan selenium dalam tumbuhan berbeza mengikut spesies, termasuk sebilangan jenis tumbuhan yang langsung tidak memerlukannya.[3]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. "Selenium : Selenium(I) chloride compound data". WebElements.com. Diperoleh pada 2007-12-10. 
  2. Magnetic susceptibility of the elements and inorganic compounds, in Handbook of Chemistry and Physics 81th edition, CRC press.
  3. Ruyle, George. "Poisonous Plants on Arizona Rangelands" (PDF). The University of Arizona. Diperoleh pada 2009-01-05. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Templat:Selenium compounds