Selising

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Pekan Selising merupakan sebuah pekan yang terletak dalam jajahan Pasir Puteh, Kelantan, Malaysia. Pekan Selising dilengkapi dengan Balai Polis, Pejabat Pos, Pusat Kesihatan, Stesen Minyak, Masjid, KADA, Padang Bola. Pekan Selising sebagai pusat perhentian/persimpangan Jalan Kota Bharu - Kuala Terengganu dan juga dari Pekan Kok Lanas.

Isi kandungan

[sunting] Agama

Penduduk Selising terdiri daripada 95% adalah Muslim.Selebih nya golongan Cina.

[sunting] Pendidikan

Suatu ketika dahulu, terdapat 3 pusat pengajian sistem pondok:

  • 1. Pondok Tok Guru Haji Daud (Bapa kepada Datuk Hj Shahir Bekas Imam Besar Masjid Negara).
  • 2. Pondok Haji Zakaria (Pak Ngah Ya)
  • 3. Pondok Tok Guru Haji Mohamad (Pakcu Aji Mat) Surau beliau diberi nama Madrasah Khairiah. Sekarang sudah dinaik taraf kepada Masjid Khairiah.

Imam 1 Masjid Mukim Selising ialah Zain Ariff (Yamin) menantu kepada Al-Marhum Tok Guru Haji Mohamad.

[sunting] Asal nama

Nama kampung ini diambil sempena nama sebuah pokok yang dikenali sebagai "Pokok Selising" yang terdapat banyak di kampung ini pada suatu masa dahulu.

[sunting] Politik

[sunting] Masyarakat

Rata-rata masyarakat Selising adalah mesra dan saling hormat menghormati dan saling tolong menolong antara satu sama lain. Mungkin kesan dari sejarah pendidikan awal suatu ketika dahulu yang telah terpimpin oleh 3 orang ulama yang benar-benar cintakan keamanan dan keharmonian.

Alatan peribadi
Ruang nama

Kelainan
Tindakan
Pandu arah
Perhubungan
Cetak/eksport
Alatan