Sembilu II

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Sembilu 2)
Sembilu II
Poster keluaran tayangan
PengarahYusof Haslam
PenulisYusof Haslam
Lakon layarYusof Haslam
Dihasilkan olehYusof Haslam
Dibintangi
Disunting olehSalehan Samsuddin
Syarikat
penerbitan
Diedarkan olehPrimeworks Studios
Tarikh tayangan
  • 1 Jun 1995 (1995-06-01) (Malaysia)
[1]
Masa tayangan
104 minit
NegaraMalaysia
BahasaMelayu
Pecah panggungRM6.10 juta

Sembilu II ialah filem drama romantik Malaysia 1995 arahan Yusof Haslam dibintangi oleh Awie, Erra Fazira dan Ziana Zain. Filem ini ialah kesinambungan untuk filem Sembilu dan merupakan filem tempatan pertama yang mencapai kutipan melebihi RM 6 juta, menjadikannya filem tempatan dengan kutipan tertinggi sepanjang zaman.[2] Yusof memperoleh gelaran Six Million Dollar Man hasil dari kejayaan filem ini.

Sembilu II memegang rekod selama 6 tahun sebelum diatasi oleh filem Lagi-Lagi Senario pada 2001. Filem ini telah memecah rekod filem yang mendapat kutipan tertinggi mengatasi kutipan filem Adik Manja yang telah lama memegang rekod sebagai kutipan filem tertinggi selama 14 tahun. Filem ini telah ditayangkan kepada umum pada 1 Jun 1995.[3][4]

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Azman (Mustapha Kamal), abang kepada Wati (Erra Fazira) telah dibicarakan dan dijatuhkan hukuman penjara selama dua tahun diatas kesalahan membakar rumah Awie (Awie). Manakala Wati pula telah menamatkan pengajiannya lalu mengambil alih syarikat arwah ayahnya bagi menggantikan tempat abangnya yang masih berada di penjara. Hubungan Awie dan Wati berjalan dengan lancar dan mereka merancang untuk bertunang. Namun dek kerana kesibukan masing-masing membuatkan pertunangan itu tertangguh dan Ziana (Ziana Zain) yang masih obses dengan Awie meneruskan rancangan liciknya untuk menggoda Awie agar jatuh ke dalam perangkapnya sekali lagi. Namun kali ini Ziana berpura-pura kononnya dia sudah melupakan perasaannya terhadap Awie dan berpura-pura menjadi teman yang sedia mendengar masalahnya.

Azman akhirnya dibebaskan namun sikap Azman yang kini suka berdiam diri dan penuh misteri membuatkan Awie dilanda keresahan. Kemunculan Syamsul (Zulkifli Khan), mengeruhkan lagi hubungan Awie dan Wati. Syamsul yang menaruh hati kepada Wati berhasrat untuk memperisterikan Wati. Azman yang sememangnya masih menaruh dendam terhadap Awie berusaha untuk memisahkan Awie dan Wati dan membantu Syamsul untuk mendekati Wati. Awie menjadi cemburu apabila mengetahui Azman membantu Syamsul untuk mendapatkan Wati. Ziana yang mengetahui akan hal itu menjadi semakin ligat menjalankan rancangan jahatnya untuk memisahkan Awie dan Wati. Ziana menghasut Wati dengan mengatakan bahawa hubungannya dengan Awie mula kembali serius.

Wati yang terpedaya dengan kata-kata Ziana itu kemudian segera menerima lamaran Syamsul. Bagaimanapun akhirnya Ziana menyedari bahawa Awie sememangnya tidak pernah menyimpan perasaan terhadapnya dan mencuba untuk meminta maaf dan menjelaskan keadaan sebenar kepada Wati namun segalanya sudah terlambat apabila mengetahui Wati telah berkahwin dengan Syamsul. Setelah mendengar penjelasan Ziana, Wati kemudian bertemu dengan Awie untuk meminta maaf diatas kesilapannya yang meragui kesetiaan Awie selama ini. Awie yang mengetahui Wati telah menjadi isteri Syamsul, kemudian memaafkan Wati namun dia terpaksa melepaskan Wati kerana tidak mahu merosakkan perkahwinan Wati dan Syamsul.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Penerbitan[sunting | sunting sumber]

Kesinambungan untuk Sembilu telah diumumkan pada September 1994.[5][6]

Filem ini mengekalkan sebahagian besar pelakon-pelakon asal filem sebelumnya. Awie, Erra Fazira dan Ziana Zain kembali menjayakan watak utama.[7][8] Penggambaran dijalankan pada Disember 1994.[9]

Runut bunyi[sunting | sunting sumber]

Sembilu II: Original Soundtrack
Runut bunyi oleh
Dilancarkan pada1995
Dirakamkan pada1993-1995
TempatMalaysia Edit the value on Wikidata
GenrePop, Slow Rock
Panjang56:59
BahasaBahasa Melayu Edit the value on Wikidata
SyarikatBMG
PengarahYusof Haslam Edit the value on Wikidata
Kronologi Awie & Ziana Zain
Sembilu Edit the value on Wikidata Sembilu II Sembilu 2005 Edit the value on Wikidata
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Sembilu II: Original Soundtrack ialah album runut bunyi filem Sembilu II, memuatkan sebanyak 10 lagu yang mana dua daripadanya ialah lagu instrumental. Dalam album ini, Awie menyumbangkan 3 lagu manakala Ziana Zain menyumbangkan 4 lagu.

Senarai runut[sunting | sunting sumber]

No.TajukPenulisKomposerMasa
1."Ukiran Jiwa" (Awie) S. Amin ShahabM. Nasir5:27
2."Bersama Akhirnya" (Ziana Zain) Johari TehJohari Teh5:38
3."Di Ambang Wati" (Wings) NurbisaM. Nasir6:13
4."Meniti Ombak Kasih" (Awie) S. Amin ShahabM. Nasir4:42
5."Ukiran Jiwa" (Instrumental) S. Amin ShahabM. Nasir6:52
6."Halaman Asmara" (Awie & Ziana Zain) S. Amin ShahabM. Nasir7:13
7."Anggapanmu" (Ziana Zain) Asmin MudinAsmin Mudin4:49
8."Tiada Rahsia Antara Kita" (Awie) AwieM. Nasir5:56
9."Kekal" (Ziana Zain) Saari AmriSaari Amri5:42
10."Anggapanmu" (Instrumental) Asmin MudinAsmin Mudin4:30
Jumlah masa: 56:59


Keluaran dan sambutan[sunting | sunting sumber]

Bagi mempromosikan filem ini yang ketika itu sedang menjalani pos-produksi, Skop Productions telah mengadakan satu konsert khas yang menampilkan pelakon utama Sembilu.[10]

Sembilu II dikeluarkan pada 1 Jun 1995 dan menjadi kejayaan komersial apabila mendapat kutipan pecah panggung tertinggi sebanyak RM6.10 juta menjadikan filem ini sebagai filem Melayu pertama yang mencapai kutipan pecah panggung melebihi RM 6 juta.[11][12][13][14] Filem ini memegang rekod kutipan pecah panggung paling tertinggi sebelum ia diatasi oleh Lagi-Lagi Senario (2001) dan Jangan Pandang Belakang (2007).[15]

Filem ini merupakan salah satu daripada 5 filem yang dipertontonkan di Minggu Filem Malaysia yang berlangsung di Medan, Indonesia yang diadakan pada September 1995.[16]

Kesinambungan[sunting | sunting sumber]

Tragedi Oktober merupakan kesinambungan dari Sembilu II. Filem ini merupakan satu-satunya filem yang tidak diarahkan oleh Yusof Haslam tetapi diarahkan oleh Yusof Kelana.

Sembilu 2005, pembikinan semula daripada dua filem Sembilu, ditayangkan pada 24 Mac 2005 dan meraih kutipan RM1 juta.[17]

Anugerah[sunting | sunting sumber]

Tahun Anugerah Kategori Penerima/Karya tercalon Keputusan
1995 Festival Filem Malaysia ke-12 Anugerah GAFIM - Filem Box-Office Sembilu II Menang
Pelakon Pembantu Terbaik Mustapha Kamal Menang

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d e f g h i j k l "Catatan penerbitan Sembilu II". Filem Kita. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 Oktober 2015. Dicapai pada 4 Januari 2013.
  2. ^ "Filem Melayu pertama mendapat pengiktirafan box-office". Perpustakaan Negara Malaysia. 10 Julai 2001. Dicapai pada 10 Julai 2020.
  3. ^ Shuib Taib (5 Jun 1995). "'Sembilu II' set to be another hit" (dalam bahasa Inggeris). New Straits Times. Dicapai pada 8 Januari 2020.
  4. ^ Saniboey Mohd Ismail (1 Jun 1995). "Sembilu II mula menghiris". Harian Metro. Dicapai pada 9 Julai 2020.
  5. ^ Choo Li Lean (23 September 1994). "Sembilu II pula". Harian Metro. Dicapai pada 18 Januari 2020.
  6. ^ Daniel Chan (22 September 1994). "Sembilu sequel" (dalam bahasa Inggeris). The Malay Mail. Dicapai pada 18 Januari 2020.
  7. ^ Azhariah Kamin (24 Februari 2014). "Yesterday once more for Erra, Ziana and Awie" (dalam bahasa Inggeris). The Star Online. Dicapai pada 10 Julai 2020.
  8. ^ "Kelebihan penyanyi apabila berlakon". Metro Ahad. 16 Februari 1997. Dicapai pada 10 Julai 2020.
  9. ^ Zubairi Zabidin (24 Oktober 1994). "Peragawan mungkin bintangi Sembilu II". Berita Harian. Dicapai pada 13 Januari 2020.
  10. ^ Haliza Ahmad (16 Januari 1995). "Grand concert to kick off Sembilu 2" (dalam bahasa Inggeris). The Malay Mail. Dicapai pada 10 Julai 2020.
  11. ^ Bairi (12 Ogos 1995). "Dugaan untuk Yusof". Harian Metro. Dicapai pada 18 Januari 2020.
  12. ^ Zain Ayip (11 Ogos 1996). "Resipi 2 Yusof". Metro Ahad. Dicapai pada 10 Julai 2020.
  13. ^ Haris Hussain (1 Oktober 1998). "Spellbound" (dalam bahasa Inggeris). Malaysian Business. Dicapai pada 10 Julai 2020.
  14. ^ Syafil Syazwan Jefri (26 Mac 2016). "Filem Melayu cetus fenomena". Harian Metro. Dicapai pada 10 Julai 2020.
  15. ^ Akmal Abdullah (3 Mei 2007). "Jangan Pandang Belakang ketepikan rekod Sembilu 2". Berita Harian. Dicapai pada 10 Julai 2020.
  16. ^ Adam Salleh (24 September 1995). "Sembilu II luar biasa". Metro Ahad. Dicapai pada 10 Julai 2020.
  17. ^ Suraiya Mohd Nor (19 Mac 2005). "Kelainan Sembilu 2005". Berita Harian. Dicapai pada 9 Julai 2020.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]