Semporna

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pekan Semporna
سمڤورنا
Pekan Semporna
Pekan Semporna
Mohor rasmi Pekan Semporna سمڤورنا
Lokasi Pekan Semporna سمڤورنا
Negara Malaysia
Negeri Sabah
BahagianBahagian Tawau, Sabah
DaerahDaerah Semporna
Pentadbiran
 • BadanMajlis Daerah Semporna
 • MPYang Berhormat Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie Haji Apdal (WARISAN) (Semporna)
Penduduk
 (2010)
 • Jumlah35,301
Nombor pendaftaran kenderaanSS (1980-2018)
SM (2018-)
SD
Laman sesawangwww.sabah.gov.my/md.sprn www.sabah.gov.my/pd.sprn

Semporna merupakan sebuah pekan besar di Daerah Semporna, Bahagian Tawau, tenggara negeri Sabah, Malaysia. Semporna merupakan pusat pentadbiran bagi daerah Semporna. Semporna juga adalah sebuah pulau tapi tidak ramai yang menyedarinya . Pulau Semporna dikelilingi banyak pulau yang mampu menarik minat sesiapa sahaja dalam bidang perlancongan termasuklah pulau Bum-bum. Sungai yang memisahkan Pulau Semporna dengan wilayah lain ialah Sungai Pegagau. Antara pulau yang paling diminati oleh pelancong sama ada dari luar negara atau tempatan adalah Pulau Sipadan dan Pulau Mabul[1]. Semporna dihubungkan dengan daratan melalui jambatan Pegagau yang mana kawasan Pegagau ini masih merupakan kawasan Semporna. Dalam peringkat zon, Semporna termasuk dalam zon Tawau.

Asal-Usul Nama Semporna[sunting | sunting sumber]

Bangunan Majlis Daerah Semporna

Nama Semporna berasal daripada perkataan Simporna yang bermaksud 'tempat untuk berehat'. Nama Simporna ini diberi oleh seorang Gabenor Inggeris, iaitu W.M Crocker apabila beliau dan beberapa orang rakannya termasuklah seorang pedagang China yang bernama Toonah menemui daerah tersebut pada pertengahan tahun 1887 (Tabrett 1999).

Pada zaman dahulu kala, Semporna dikenali sebagai Tong Talun yang bererti 'Hujung Hutan' dalam Bahasa Bajau. Nama Tong Talun ini diberi oleh masyarakat Bajau Kubang yang merupakan suku kaum utama di kawasan Semporna. Semporna juga mempunyai banyak pulau-pulau di antaranya pulau terbesar iaitu Pulau Bum-bum.Pulau Omadal adalah sebuah pulau yang di diami Oleh Suku kaum Kubang.Bajau Asli Tongtalun Sebelum era penerokaian tanah besar semporna pada abad ke 18.Semporna dahulu nya ialah wilayah bebas menjadi pusat persinggahan perdagangan antara laut sulu dan laut sulawesi

Pasaraya[sunting | sunting sumber]

  1. Milimewa Superstore
  2. Giant
  3. G*Mart
  4. Century
  5. Gmart Bintang
Lapangan Terbang Semporna

Demografi[sunting | sunting sumber]

Masjid Daerah Semporna

Etnik

Masyarakat di Semporna berbilang kaum, bangsa dan agama. Namun kaum yang mendominasi di daerah Semporna ini adalah suku kaum Bajau.Dan bajau yang ada di semporna berpecah kepada pelbagai sub etnik.Etnik Bajau yang mendominasi daerah ini adalah dari etnik suku Bajau Kubang.Etnik bajau kubang adalah Etnik penduduk asal daerah ini walaupun di daerah ini adanya etnik bajau lain seperti Ubian,Simunul,balangingi,Mapun,Jomo Sama dan sebagainya

Semporna juga terkenal sebagai tuan rumah acara lumba dayung Regatta Lepa (lumba perahu kecil) yang dijalankan pada April setiap tahun dan juga tarian tradisional masyarakat Bajau iaitu tarian Igal-Ιgal ,Βolak-Βolak dan Ďaling-Ďaling masyarakat Βajau di daerah ini

Masakan[sunting | sunting sumber]

Makanan tradisional orang Bajau Semporna adalah seperti Sagul, Putu Ubi, Egang , Kima , Latok, Tayum, dan Tehek-Tehek.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Pekan Semporna". PulauMabul.com. Dicapai pada 28 March 2017.

Pautan Luar[sunting | sunting sumber]