Senarai Pengeboman di Indonesia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

13 September 2000[sunting | sunting sumber]

Sebuah letupan bom terjadi dilantai dasar Bursa Efek Jakarta, BEJ. Inilah pertama kali peristiwa bom yang meraggut 15 nyawa di Indonesia. Akhirnya, polis mengaitkan letupan ini dengan Gerakan Aceh Merdeka, GAM. Salah seorang yang disebut ketuanya ialah Tengku Ismuhadi, yang dihukum 20 tahun penjara.

24 Disember 2000[sunting | sunting sumber]

Serentetan bom terjadi di 15 gereja Kristian di Medan, Jakarta, Bandung, Sukabumi, Ciamis, dan Mojokerto. Peristiwa yang dikenal sebagai bom Natal ini mengorbankan 20 nyawa manusia. Sejumlah suspek ditangkap di berbagai tempat. Salah seorang ketuanya iaitu Abdul Jabar. Dia menyerahkan diri kepada Polis Daerah Nusa Tenggara Barat pada Januari 2002. Pada bom di Natal inilah muncul nama Amran, Fatur Rahman al-Ghozi, Imam Samudera, Hambali, Azahari dan Noordin M Top.

12 Oktober 2002[sunting | sunting sumber]

Bom kembali meletup. Kali ini terjadi di jalan Legian, Kuta Bali yang meragut 202 nyawa manusia. Sejauh ini, bom Bali merupakan bom yang terbanyak meragut korban nyawa. Sejumlah suspek ditangkap dan dihukum mati. Ketua yang diberkas atau ditangkap ialah Ali Imron, Amrozi dan Imam Samudera. Dalam tragedi ini muncul tokoh misteri iaitu Dulmatin alias Joko Pitono alias Amar Usman.

5 Ogos 2003[sunting | sunting sumber]

Hotel JW Marriott, Jakarta dikejutkan dengan sebuah letupan dahsyat yang meragut 13 orang. Salah seorang pelakunya, Amran bin Mansur, terlibat bom Natal. Dia menunjuk Hambali sebagai dalang di sebalik tragedi ini. Hambali kemudian ditangkap di Ayutthaya, Thailand pada 11 Ogos 2003. Dia diberitakan ditahan di Amerika Syarikat. Suspek lainnya ialah Asmar Latin Sani, yang meletupkan dirinya didalam pengeboman tersebut. Polis kembali mennghidu jejak Azahari dan Noordin M Top di JW Marriott.

9 September 2004[sunting | sunting sumber]

Letupan terjadi tepat dihadapan pejabat Kedutaan Besar Australia di jalan Rasuna Said, Kuningan, Jakarta Selatan. Sepuluh orang terkorban. Belasan suspek diberkas. Diantaranya, Mohammad al – Anshori, Ahmad Hasan, Iwan Darmawan alias Rois, dan Saipul Bahri. Salah seorang suspek, Heri Gulon, disebut sebagai pemimpin yang meletupkan dirinya bersama bom. Polis menyebut perancang bomnya ialah Azahari bersama orang kanannya, iaitu Noordin M Top, akan tetatapi Azahari telah meninggal di daerah Jawa.