Senarai bendera China

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Berikut ialah senarai bendera China semasa dan bersejarah yang digunakan secara rasmi di:

Bendera kebangsaan[sunting | sunting sumber]

Bendera Tempoh Kegunaan Keterangan
Flag of the People's Republic of China.svg 1949– Bendera Republik Rakyat China Latar merah, dengan sebutir bintang kuning yang besar di kanton, dengan empat butir bintang yang lebih kecil di kanannya. Bendera ini berkibar di tanah besar China, Hong Kong, dan Makau.
Flag of the Republic of China.svg Tanah Besar: 1928–49
Taiwan:
1945–
Bendera Republik China Latar merah, dengan kanton biru yang mengandungi matahari putih bersinar 12. Bendera ini berkibar di Tanah Besar China hingga 1949, dan kini di Taiwan fan pulau-pulau lain dalam taklukan RC. Adakalanya bendera ini kelihatan di Tanah Besar atas kegunaan bersejarah dan tidak rasmi.

Kawasan Pentadbiran Khas Republik Rakyat China[sunting | sunting sumber]

Bendera Tempoh Kegunaan Keterangan
Flag of Hong Kong.svg 1997– Bendera Hong Kong Sekuntum bunga Bauhinia blakeana putih berkelopak lima pada latar merah
Flag of Macau.svg 1999– Bendera Makau Sekuntum bunga teratai di atas jambatan dan air putih, di bawah selengkok lima butir bintang emas pada latar hijau

Bendera kebangsaan bersejarah[sunting | sunting sumber]

Flag Duration Kegunaan Description
China Qing Dynasty Flag 1862.png 1862–90 Bendera Dinasti Qing Tiada tentuan piawai
China Qing Dynasty Flag 1889.svg 1890–1912 Bendera Dinasti Qing Menggantikan bendera segitiga
Flag of Formosa 1895.svg 1895 Bendera Republik Formosa
Flag of the Republic of China 1912-1928.svg 1912–28 Bendera Republik China yang pertama, atau "Lima Bangsa Satu Kesatuan" Banyak digunakan di Shanghai dan rantau timur laut China hingga tahun 1928. Bendera ini dikibarkan di pantai timur oleh rakyat China walaupun sebelum penubuhan Repulik China, maka meraih penghormatan tertinggi ketika penubuhan RC. Jalur-jalur ini melambangkan lima kaum terbesar dalam sejarah China, menurut Dr. Sun Yat-sen: merah untuk kaum Cina Han, kuning untuk Manchu,iru untuk Mongol, putih untuk Hui dan Uyghur, dan hitam untuk orang Tibet.
Chinese-army Wuhan flag (1911-1928) 18 dots.svg
Chinese-army Wuhan flag (1911-1928) 19 dots.svg
1911–1928 Bendera pemberontakan Wuchang; bendera tentera Republik China Sepanduk pemberontakan Wuchang 10 Oktober 1911, kemudian dijadikan bendera tentera Republik China, ca. 1913–28.
YuanFlag2.svg
YuanFlag1.svg
1916 Bendera Empayar China yang diperintah oleh Yuan Shikai. Variasi-variasi in bagi bendera asal Republik China menekankan penaungan kaum Han ke atas etnik-etnik lain di China.
Flag of the Republic of China.svg Mainland: 1928–49 Bendera Republik China Tidak digunakan di tempat-tempat yang ditadbir oleh Republik Rakyat China kecuali tempat bersejarah. Kini dijadikan bendera kebangsaan Republik China.
Chinese soviet flag.svg 1931–34 Bendera republik Soviet Jiangxi Lambang tukul dan sabit beserta tulisan Cina bagi Komunis China (Zhonggong, 中共) yang dibaca dari kanan ke kiri.
National Flag of Chinese Soviet Republic.svg 1931–34 Bendera ganti republik Soviet Jiangxi Kapak dan sabit hitam pada bintang putih, dengan latar merah. Jalur di kiri tertera "Republik Soviet China" yang dibaca dari atas ke bawah.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Templat:Senarai bendera