Senarai episod xxxHolic

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Senarai episod-episod xxxHolic)

Ini merupakan senarai episod-episod untuk siri anime xxxHolic dan siri sambungannya, xxxHolic: Kei.

Babak yang diperkenalkan dalam episod pertama siri xxxHolic Kei bermula daripada bab ke-73 daripada siri manga xxxHolic.

Musim Pertama (xxxHolic)[sunting | sunting sumber]

# Tajuk Siaran asal
01 "Hitsuzen" (ヒツゼン) 6 April 2006
Kehidupan Watanuki berubah sepenuhnya apabila dia bertemu dengan Yūko buat pertama kalinya. 
02 "Kyogen" (キョゲン) 13 April 1006
Seorang pelanggan meminta bantuan Yūko kerana dia mempunyai masalah dengan jari kelingkingnya. Yūko berkata ia terjadi disebabkan oleh tabiat buruk yang diamalkan pelanggannya itu. 
03 "Enzeru" (エンゼル) 20 April 2006
Himawari meminta bantuan Yūko untuk menyelesaikan kejadian-kejadian misteri yang berlaku di sekolah. 
04 "Uranai" (ウラナイ) 27 April 2006
Yūko berputus untuk menunjukkan kepada Watanuki apa yang sebenarnya mampu dilakukan penilik nasib. 
05 "Shiritori" (シリトリ) 4 Mei 2006
Watanuki terserempak dengan sebuah kedai oden luar biasa pada tengah-tengah malam, kemudian membabitkan dirinya dalam sebuah tugasan berbahaya dengan bantuan Mokona. 
06 "Tandeki" (タンデキ) 11 Mei 2006
Watanuki dan Yūko menziarahi seorang pelanggan yang ingin meninggalkan ketagihannya terhadap komputer. 
07 "Ajisai" (アジサイ) 18 Mei 2006
Makhluk semangat hujan (Ame-warashi) meminta pertolongan Yūko untuk menyelamatkan seorang rakannya. 
08 "Keiyaku" (ケイヤク) 25 Mei 2006
Seorang guru di sekolah Watanuki telah menjemput melapetaka apabila dia mengambil sejenis barang daripada kedai Yūko. 
09 "Yubikiri" (ユビキリ) 1 Jun 2006
Yūko menerima seekor Musang Paip sebagai bayaran daripada Ame-warashi, sambil kedai Yūko menerima seorang lagi pelanggan dengan masalah tabiat buruk. 
10 "Tomoshibi" (トモシビ) 8 Jun 2006
Yūko membuat keputusan untuk berjumpa bersama-sama Watanuki dan rakan-rakannya untuk berkonsi kisah-kisah hantu. 
11 "Kokuhaku" (コクハク) 15 Jun 2006
Apabila makhluk Zashiki-warashi secara tidak sengajanya mencuri roh Doumeki, Watanuki terpaksa menjejakinya untuk mengambil roh itu semula, tidak menyedari niat sebenar gadis ghaib itu. 
12 "Natsukage" (ナツカゲ) 22 Jun 2006
Dalam sebuah musim panas, Watanuki, Yūko, Himawari serta Doumeki bersiap-sedia untuk meluangkan masa mereka di sebuah rumah di persisiran pantai. Untuk sebab-sebab tertentu Doumeki asyik bertanya kepada Watamuki seupaya meminta pertolongannya, namun dia tidak dapat memastikan sebabnya. 
13 "Henbō" (ヘンボウ) 29 Jun 2006
Watanuki menyiasat seorang rakan kelasnya yang telah mula bersikap aneh sejak tumbuhnya sepasang sayap di belakangnya. 
14 "Fūin" (フウイン) 6 Julai 2006
Watanuki dan Doumeki bertemu dengan sepasang adik-beradik kembar dan telah membuat temu janji bersama mereka, namun Watanuki tidak habis memikirkan tentang salah satu daripada gadis tersebut. 
15 "Kaihō" (カイホウ) 13 Julai 2006
Situasi yang membabitkan pasangan kembar telah mula menjadi berbahaya apabila salah satu daripada mereka mula berdarah tanpa sebarang sebab. 
16 "Saikai" (サイカイ) 20 Julai 2006
Untuk memastikan Musang Paip itu kembali ke bentuk asalnya, Yūko menghantar Watanuki untuk mensucikannya di sebuah gunung mistik; di sana dia bertemu sekali lagi dengan Zashiki-warashi. 
17 "Jishō" (ジショウ) 27 Julai 2006
Watanuki membawa seorang wanita ke kedai Yūko yang asyik-asyik sahaja membuat keputusan tidak waras secara tiba-tiba. 
18 "Hōzuki" (ホオズキ) 3 Ogos 2006
Yūko menerima sebuah tanglung magikal dan meminta Watanuki serta Doumeki untuk membawanya masuk ke sebuah festival luar biasa. 
19 "Rifujin" (リフジン) 10 Ogos 2006
Watanuki dan kumpulannya, termasuklah Zashiki-warashi dan Ame-warashi, mengambil bahagian dalam sebuah perlawanan bebola salji anjuran Yūko; pemenangnya dapat membuat satu hajat. 
20 "Aganai" (アガナイ) 11 Ogos 2006
Seorang pelanggan yang terdesak meminta bantuan Yūko kerana dia diganggu oleh sebuah gambar yang tidak dapat dihapuskannya. 
21 "Tsumekiri" (ツメキリ) 7 September 2006
Watanuki melupakan pantang larang yang telah ditelan zaman, akibatnya dia terbabit dalam kejadian-kejadian yang merbahaya. 
22 "Yūwaku" (ユウワク) 14 September 2006
Watanuki bertemu dengan seorang wanita yang cantik dan mula bertemu dengannya setiap hari untuk menenangkan hatinya yang kian sunyi, namun lebih kerap dia bertemu dengan wanita itu Watanuki menjadi lebih sakit dan tenat, tetapi dia tidak dapat memastikan penyebabnya. 
23 "Sentaku" (センタク) 21 September 2006
Apabila Watanuki lebih kerap bertemu dengan wanita itu, kesihatannya menjadi lebih teruk, sehingga Doumeki terpaksa mencelah. 
Kisah sampingan (24) "Tsuioku" (ツイオク) 29 September 2006
Watanuki mengenangkan zaman kanak-kanaknya, apabila dia diselamatkan oleh seorang budak lelaki yang menjadi rakannya yang sejati. 

Musim Kedua (xxxHolic: Kei)[sunting | sunting sumber]

# Tajuk Siaran asal
01 "Kumo no Su" (蜘蛛 クモノス) 3 April 2008
Mata kanan Doumeki diliputi sejenis sarang labah-labah yang misteri, disebabkan oleh suatu kejadian malang. Watanuki yang berasa bersalah terhadap keadaan yang dihadapi Doumeki, telah mengambil langkah-langkah drastik untuk menyembuhkan mata. 
02 "Hidarime" (左眸 ヒダリメ) 10 April 2008
Doumeki mengkaji beberapa buku ghaib dalam proses mencari jalan untuk mengembalikan penglihatan Watanuki, sehinggalah muncul makhluk aneh dan mula menelan isi kandungan buku-buku tersebut. 
03 "Hanbun" (朋分 ハンブン) 17 April 2008
Setelah mendapat tahu bahawa Zashiki-Warashi telah menghilangkan diri apabila mencari mata kanannya, Watanuki bergegas untuk mencarinya. Setelah mendapati lokasi Zashiki-Warashi, dia juga mendapat tahu makhluk sebenar yang memiliki matanya itu. 
04 "Yumekai" (夢買 ユメカイ) 24 April 2008
Watanuki dan Yüko bertemu dengan makhluk pelik yang menguruskan mimpi dan barangan yang datang daripadanya. 
05 "Kohane" (由縁 コハネ) 1 Mei 2005
Watanuki berjumpa dengan Kohane Tsuyuri, seorang gadis kecil yang terkenal di kaca televisyen sebagai "penghalau roh", dan mendapati bahawa mereka berdua mempunyai persamaan yang lebih dari sekadar biasa. 
06 "Konohana" (平和 コノハナ) 8 Mei 2008
Meskipun tidak mengetahui cara atau peraturan peramainan mahjong, Watanuki dipaksa oleh Yuko dan rakan-rakan bermain permainan tersebut di kediaman Doumeki, tanpa mengetahui juga peranan sebenar permainan tersebut. 
07 "Mizukumi" (水猫 ミズクミ) 15 Mei 2008
Di atas permintaan Neko-Meusume, Watanuki dan Doumeki berkerjsama untuk mengambil dan membawa air daripada perigi sebuah rumah dan kembali ke kedai Yüko. Semakin lama mereka berbuat demikian mereka lebih mengesyaki tentang seorang wanita yang sentiasa berdiri di tingkap di sebelah perigi tersebut. 
08 "Sasayaki" (鈴音 ササヤキ) 22 Mei 2008
Seorang gadis yang mengatakan bahawa rumahnya dipenuhi oleh bunyi-bunyi yang mengerikan serta perkara ghaib yang lain meminta bantuan Yüko. 
09 "Fuuhyou" (流噂 フウヒョウ) 29 Mei 2008
Setelah mendapat tahu bahawa Kohane sedang diganggu oleh orang awam, Watanuki menziarahi rumahnya, 
10 "Kizuki" (不戻 キヅキ) 5 Jun 2008
Watanuki yang berasa risau melihat Kohane yang selalu diganggu oleh pihak media dan dilayan buruk oleh ibunya membawanya ke kedai Yüko. 
11 "Hitori" (秘事 ヒトリ) 12 Jun 2008
Jari kelingking Watanuki kian sakit dan dia lebih mengesyaki Himawari. Pada hari seterusnya, dia terlibat dalam kemalangan serius sebaik sahaja Himawari menyentuhnya. 
12 "Hontou" (真実 ホントウ) 19 Jun 2008
Watanuki mendapat tahu bahawa Doumeki dan Himawari menjadi pelanggan Yüko untuk menyelamatkan nyawanya dan mendengar perkara sebenar daripada Himawari sendiri. 
13 "O-kaeshi" (報恩 オカエシ) 26 Jun 2008
Yüko, Watanuki, Himawari, Doumeki, serta watak-watak utama yang lain berkumpul dan menikmati hidangan di sebuah gerai misteri yang menjual oden

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]