Senarai episod Detektif Conan (musim 19)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Penutup kompilasi DVD pertama pada musim ke-19 "Detektif Conan" yang dikeluarkan oleh Shogakukan

Musim ke-19 anime Detektif Conan telah diarahkan oleh Koujin Ochi dan dihasilkan oleh siaran televisyen Perbadanan TMS Entertainment dan Yomiuri TV . Siri ini adalah berdasarkan manga Detektif Conan iaitu Gosho Aoyama. Di Jepun, siri ini berjudul Meitantei Conan (名 探偵 コナン, Detektif Handal Conan, rasmikan diterjemahkan sebagai Detektif Conan) tetapi di Amerika Syarikat telah diubah berikutan isu-isu undang-undang dengan tajuk Detektif Conan. Siri ini memberi tumpuan kepada pengembaraan remaja detektif Shinichi Kudo yang berubah menjadi seorang kanak-kanak telah diracun yang dipanggil APTX 4869, tetapi terus bekerja sebagai detektif di bawah alias Conan Edogawa.

Episod menggunakan enam keping muzik tema: tiga tema pembukaan dan tiga lagu tema penutupan. Tema pembukaan pertama "As the Dew" oleh GARNET CROW dan digunakan dari episod terakhir musim yang ke-18 sehingga ke episod 582. Tema pembukaan kedua ialah "Summer Time Gone" oleh Mai Kuraki dari episod 583 hingga 601. Lagu tema pembukaan ketiga ialah "tear droups" oleh Coas Coas Coas dari episod 602 sehingga musim seterusnya. Lagu tema penutupan pertama, "Hello Mr. My Yesterday" (oleh Hundred Percent Free digunakan dari musim ke-19 sehingga 587. Lagu tema penutupan kedua "Tomorrow is the Last Time" oleh Mai Kuraki telah digunakan dari episod 588 sehingga 601. Lagu tema penutupan ketiga "Jûgoya Kuraishisu (Kimi ni Aitai) oleh Hundred Percent Free dan telah digunakan untuk episod 602 sehingga musim seterusnya.

Musim mula menyiarkan pada 27 Februari 2010 pada Nippon Television Network System di Jepun.

Senarai episod[sunting | sunting sumber]

Episod Tajuk Bahasa Inggeris dan Bahasa Jepun Tarikh tayangan pertama
566 "The Partner is Santa-san"
"Aibō wa Santa-san" (相棒はサンタさん)
27 Februari 2010
567 "The Intention to Murder Befalling in an Open-air Bath"
"Rotenburo ni Furu Satsui" (露天風呂に降る殺意))
6 Mac 2010
568 "Inspector Shiratori, Memories of the Sakura (Part 1)"
"Shiratori-keibu、Sakura no Omoide (Zenpen)" (白鳥警部、桜の思い出(前編)))

Sinopsis:

Di sebuah panggung wayang, Pasukan Detektif Muda bertembung dengan Inspektor Shiratori yang sedang dalam kehampaan kerana Detektif Sato begitu menyukai Detektif Takagi. Shiratori menceritakan yang dia benar-benar mahukan Sato kerana pernah bertemunya pada masa lalu (sewaktu zaman kanak-kanak) dalam satu peristiwa di sebuah kedai buku. Namun Haibara mempersoalkan adakah budak perempuan itu benar-benar Sato kerana personaliti yang begitu berbeza.

Sewaktu mahu menonton filem, Shiratori kebetulan duduk bersebelahan seorang wanita muda bernama Nami Kasakura yang menawarkannya minuman yang dililit corak bunga sakura, menyebabkan Shiratori terfikir mungkinkah Kasakura merupakan budak perempuan yang dicarinya selama ini dan bukannya Sato. Selepas tayangan filem tamat, Kasakura memberitahu yang dia diekori oleh seseorang dan meminta Shiratori menyiasatnya. Di pangsapuri Kasakura, teman lelakinya Yoshiro Soumei ditemui mati. Conan mengesyaki Kasakura pembunuhnya namun alibi Kasakura memperlihatkan dia memang berada di panggung wayang dan disaksikan oleh kesemua ahli Detektif Muda. Sementara itu, Shiratori menjumpai beberapa perkara yang membuatnya berasa terganggu.

13 Mac 2010
569 "Inspector Shiratori, Memories of the Sakura (Part 2)"
"Shiratori-keibu、Sakura no Omoide (Kōhen)" (白鳥警部、桜の思い出(後編))

Sinopsis:

Shiratori menyedari yang Kasakura adalah pembunuh tersebut, dan ini mengejutkan Genta, Mitsuhiko, Ayumi serta Inspektor Megure sendiri. Ai dan Conan mempertikaikan alibi Kasakura kerana apa yang mereka lihat hanyalah topi Kasakura. Shiratori berkata yang Kasakura mengambil kesempatan apabila dia terlelap dan meletakkan topi itu di atas kepala Shiratori, supaya terlihat seolah-olah Kasakura masih duduk di kerusi tersebut dengan Conan dan rakan-rakannya duduk di belakang mereka.

Kasakura naik marah apabila Shiratori seperti 'menyerangnya' walhal baru sebentar tadi cuba untuk membantunya. Shiratori menjelaskan yang dia terjumpa sehelai benang putih sewaktu menggaru belakang kepalanya dan mendapati benang itu datang dari topi Kasakura, membuktikan Kasakura telah meletakkan topi itu ke atas kepala Shiratori sewaktu dalam panggung wayang.

Dengan marah, Kasakura mencampakkan topinya ke muka Takagi dan mengakui dialah yang melakukan pembunuhan itu. Puncanya ialah Soumei berlaku curang kepadanya setelah tujuh tahun mereka bercinta malah Soumei menggadaikan cincin ibu Kasakura dan kemudian memberikannya kepada wanita lain sebagai hadiah pertunangan.

Shiratori merasa begitu sedih apabila "cinta sejatinya" telah menjadi penjenayah. Untuk cuba menenangkannya, Ayumi mengalungkan bunga sakura kertas yang dibuatnya sebelum itu ke pergelangan tangan Shiratori dan menyebut ayat yang serupa dengan budak perempuan dalam memori Shiratori. Dengan rasa terkejut Shiratori bertanya siapakah yang mengajar Ayumi kata-kata tersebut dan Ayumi menjawab dia belajar dari gurunya, Sumiko Kobayashi. Pada masa yang sama Sumiko muncul di tempat kejadian setelah dihubungi oleh Inspektor Megure untuk membawa Conan dan rakan-rakannya pulang ke rumah. Shiratori benar-benar terkejut apabila menatap wajah Sumiko lantas menyedari dialah budak perempuan yang dicarinya selama ini. Dengan pantas, Shiratori menawarkan Sumiko untuk sama-sama menghantar Pasukan Detektif Muda pulang ke rumah dengan keretanya.

20 Mac 2010
570 "The Crime that has Zero Possibility to Be Proven"
"Risshō Kakuritsu Zero no Hanzai" (立証確率ゼロの犯罪)
27 Mac 2010
571 "Treasure Battle in the Haunted Warehouse (Part 1)"
"Mononoke Kura deo takara Batoru (Zenpen)" (もののけ倉でお宝バトル(前編))

Sinopsis:

Inspektor Shiratori singgah di sekolah untuk memaklumkan siri jenayah rompakan terbaru kepada Cikgu Kobayashi. Pasukan Detektif Muda berasa hairan kerana mereka mengetahui yang Shiratori bertugas di Bahagian 1 Jabatan Polis Metropolitan Tokyo iaitu menangani kes-kes pembunuhan, sedangkan kes-kes rompakan dikendalikan oleh Bahagian 3. Sebenarnya Shiratori berusaha mencari peluang untuk menemui Cikgu Kobayashi. Haibara menyedari hal ini dan memberitahu rakan-rakannya bahawa Cikgu Kobayashi ialah budak perempuan dalam memori Shiratori. Sementara itu, Mitsuhiko memberitahu yang dia mendengar khabar angin tentang sebuah rumah gudang misteri yang pada satu ketika dilihat penuh dengan harta karun, tetapi sekelip mata kesemua harta itu lenyap dari pandangan.

1 Mei 2010
572 "Treasure Battle in the Haunted Warehouse (Part 2)"
"Mononoke Kura deo Takara Batoru (Kōhen)" (もののけ倉でお宝バトル(後編))
8 Mei 2010
573 "The Whereabouts of the Disgraced Charm (Part 1)"
"Hazukashii Omamori no Yukae (Zenpen)" (恥ずかしいお守りの行方(前編))
15 Mei 2010
574 "The Whereabouts of the Disgraced Charm (Part 2)"
"Hazukashii Omamori no Yukae (Kōhen)" (恥ずかしいお守りの行方(後編))
22 Mei 2010
575 "The Alibi of the Black Dress (Part 1)"
"Kuroki Doresu no Aribai (Zenpen)" (黒きドレスのアリバイ(前編))
29 Mei 2010
576 "The Alibi of the Black Dress (Part 2)"
"Kuroki Doresu no Aribai (Kōhen)" (黒きドレスのアリバイ(後編))
5 Jun 2010
577 "The Fireflies that Light up the Truth"
"Hotaru ga Tomoshi ta Shinjitsu" (ホタルが灯した真実)
19 Jun 2010
578 "The Calling of the Red Omen Crisis"
"Kiki Yobu Akai Ōmen" (危機呼ぶ赤い前兆)
26 Jun 2010
579 "The Thirteen Black Suggestions"
"Kuroki Juu-san no Sajesuto" (黒き13の暗示)
3 Julai 2010
580 "The Black Time Limit Drawing Near"
"Semaru Kuro no Taimurimitto" (迫る黒の刻限)
10 Julai 2010
581 "The Target of Shaking Red"
"Akaku Yureru Taagetto" (赤く揺れる照準)
17 Julai 2010
582 "The Night the Zombie Died"
"Zonbi ga Shin da Yoru" (ゾンビが死んだ夜)
24 Julai 2010
583 "The Love of Kobayashi-sensei"
"Kobayashi-sensei no Koi
" (小林先生の恋)

Sinopsis:

Cikgu Kobayashi bersungguh-sungguh mahu menemani Pasukan Detektif Muda pergi ke satu pertunjukan bunga api setelah mendengar dari Inspektor Shiratori tentang satu siri rompakan terbaru. Kemudiannya dia tersesat apabila cuba mengambil jalan pintas dan secara tidak sengaja terdengar satu pertengkaran antara dua orang di satu lorong gelap di mana ia berakhir dengan salah seorangnya ditikam hingga mati.

14 Ogos 2010
584 "The Lost Love of Inspector Shiratori"
"Shiratori-keibu no Shitsuren" (白鳥警部の失恋)

Sinopsis:

Di balai polis, Inspektor Shiratori menyoal Cikgu Kobayashi tentang pembunuhan seorang wanita yang bernama Akira Sumida. Cikgu Kobayashi menjelaskan yang dia terdengar suara seorang wanita mengugut hendak membunuh yang seorang lagi dalam pergaduhan itu. Dia menambah bahawa pembunuh itu berkemungkinan besar adalah seorang wanita berdasarkan bayangan bentuk badannya. Cikgu Kobayashi juga memaklumkan yang dia ternampak sebuah trak yang tertulis sebahagian nombor 09 berdekatan tempat kejadian.

Cikgu Kobayashi kemudiannya pergi ke tandas dan terdengar beberapa orang pegawai polis bercakap tentang kemungkinan Inspektor Shiratori menyukainya hanya kerana wajahnya mirip Detektif Sato. Cikgu Kobayashi terkejut dan amat kecewa apabila mendengarkan hal tersebut lalu terus meninggalkan balai polis.

Kebingungan, Inspektor Shiratori keesokannya pergi ke sekolah untuk memperbetulkan salah faham yang terjadi. Dia menerangkan peristiwa yang berlaku di kedai buku dahulu, namun Cikgu Kobayashi yang sudah berkecil hati tidak mahu mempercayainya dan menjawab bahawa budak perempuan tersebut mungkin adalah Detektif Sato. Selepas Cikgu Kobayashi berlalu, Conan dan rakan-rakannya memberitahu Inspektor Shiratori bahawa sekiranya beliau berjaya menangkap pembunuh tersebut, mungkin Cikgu Kobayashi akan lembut hati. Lewat malam itu, semasa Cikgu Kobayashi tinggal sendirian di bilik guru, dia menerima panggilan dari seseorang yang mengaku pegawai polis dan ingin menunjukkan gambar trak yang dilihatnya dalam kejadian tempoh hari. Pemanggil itu meminta Cikgu Kobayashi datang ke bilik muzik. Namun sewaktu berjalan ke bilik muzik itu, muncul seseorang di belakang Cikgu Kobayashi membuatnya terkejut.

21 Ogos 2010
585 "The Love of Sakura that Exceeds the Time"
"Zekkyō Operūmu (Zenpen)" (絶叫手術室(前編))

Sinopsis: Cikgu Kobayashi masuk ke bilik muzik, di mana pembunuh terbabit menunggu untuk menyerangnya dengan kayu besbol. Namun, dia berjaya mematahkan serangan tersebut dan ternyata sebenarnya dia adalah Detektif Sato yang menyamar sebagai Cikgu Kobayashi. Pasukan Detektif Muda dan Inspektor Shiratori muncul bersama-sama Cikgu Kobayashi yang sebenar dan ternyata Detektif Sato telah menggantikannya dalam perjalanan ke bilik muzik.

Pembunuh tersebut, Ryusuke Kodama menjelaskan dia membunuh Sumida kerana ingin mempertahankan dirinya, atas sebab Sumida telah meminjamkan wang kepadanya dan menuntutnya kembali apabila Ryusuke mengalami kecederaan dan tidak dapat bermain besbol lagi. Namun Inspektor Shiratori menolak penjelasannya lantas membaca peruntukan undang-undang tentang situasi membunuh untuk mempertahankan diri. Serta-merta, Cikgu Kobayashi teringat peristiwa zaman kanak-kanaknya di kedai buku dahulu. Dengan gementar dia bertanya adakah benar Inspektor Shiratori merupakan budak lelaki yang menolongnya ketika itu.

Dengan gembira, Inspektor Shiratori mengakui yang dia telah jatuh cinta kepada Cikgu Kobayashi lama sebelum Conan dan rakan-rakannya dilahirkan. Dengan muka yang merah padam Cikgu Kobayashi menerima pengakuan tersebut. Keesokan harinya di pejabat Polis Metropolitan Tokyo, Inspektor Shiratori menolak pelawaan Detektif Chiba dan Takagi untuk makan tengah hari kerana Cikgu Kobayashi telah membuatkan 'bento' (bekal makanan) untuknya.

28 Ogos 2010
586 "The Kirin's Horn that Disappeared Into the Darkness"
"Yami ni Kie ta Kirin no Tsuno" (闇に消えた麒麟の角)
4 September 2010
587 "Kid vs. the Four Spirits of the Detective Boys"
"Kiddo vs Shijin Tantei Dan" (キッドVS四神探偵団)
11 September 2010
588 "The Trap of the Rooftop Farm"
"Okujou Nouen no Wana" (屋上農園の罠)
18 September 2010
589 "The Worst Birthday (Part 1)"
"Saiaku na Bāsudē (Zenpen)" (最悪な誕生日(前編))
25 September 2010
590 "'The Worst Birthday (Part 2)"
"Saiaku na Bāsudē (Kōhen)" (最悪な誕生日(後編))
2 Oktober 2010
591 "The House With an Aquarium"
"Suizokukan no aru Ie" (水族館のある家)
16 Oktober 2010
592 "The Tori's Pledge of Monkeys and Rakes (Part 1)"
"Saru to Kumade no tori Butsujou (Zenpen)" (猿と熊手のトリ物帖(前編))
23 Oktober 2010
593 "The Tori's Pledge of Monkeys and Rakes (Part 2)"
"Saru to Kumade no tori Butsujou (Kōhen)" (猿と熊手のトリ物帖(後編))
30 Oktober 2010
594 "The Seven Wonders Tour in Hiroshima and Miyajima (Miyajima Part)"
"Hiroshima Miyajima Nanafushigi tsuā (Miyajima hen)" (広島宮島七不思議ツアー(宮島編))
6 November 2010
595 "The Seven Wonders Tour in Hiroshima and Miyajima (Hiroshima Part)"
"Hiroshima Miyajima Nanafushigi tsuā (Hiroshima hen)" (広島宮島七不思議ツアー(広島編))
13 November 2010
596 "The Alibi that Fell"
"Tenraku no Aribai" (転落のアリバイ)
20 November 2010
597 "The Scenario of the Locked Steam Room (Part 1)"
"Yukemuri Misshitsu no Shinario (Zenpen)" (湯煙密室のシナリオ(前編))
27 November 2010
598 "The Scenario of the Locked Steam Room (Part 2)"
"Yukemuri Misshitsu no Shinario (Kōhen)" (湯煙密室のシナリオ(後編))
4 Disember 2010
599 "Friend of Justice"
"Seiginomikata" (セイギノミカタ)
11 Disember 2010
600 "The Dream of the Kappa (Part 1)"
"Kappa ga mi ta Yume (Zenpen)" (河童が見た夢(前編))
18 Disember 2010
601 "The Dream of the Kappa (Part 2)"
"Kappa ga mi ta Yume (Kōhen)" (河童が見た夢(後編))
25 Disember 2011
602 "The Devil Hiding at the Tennis Court"
"Tenisu Kōto ni Hisomu Akuma" (テニスコートに潜む悪魔)
8 Januari 2011
603 "The Seance's Double Locked Room Mystery (First Locked Room)"
"Kourei Kai Daburu Misshitsu Jiken (Daiichi no Misshitsu)" (降霊会W密室事件(第一の密室))
29 Januari 2011
604 "The Seance's Double Locked Room Mystery (Second Locked Room)"
"Kourei Kai Daburu Misshitsu Jiken (Daini no Misshitsu)" (降霊会W密室事件(第二の密室))
5 Februari 2011
605 "The Seance's Double Locked Room Mystery (Opening of the Locked Room)"
"Kourei Kai Daburu Misshitsu Jiken (Misshitsu Kaihou)" (降霊会W密室事件(密室開放))
12 Februari 2012