Senarai lagu-lagu rakyat masyarakat Melayu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Masyarakat Melayu sememangnya terkenal dengan kepelbagaian seni irama dan lagu yang amat menggamitkan nostalgia. Kini di Wikipedia bahasa Melayu bertindak untuk mengetengahkan lagu-lagu rakyat yang terkenal yang acap kali diperdendangkan di Alam Melayu. Lagu-lagu rakyat ini mungkin mengalami sedikit asimilasi dari segi aturan liriknya, gaya nyanyiannya, dendangan lagu bersama dengan alat muzik serta cara penyampaiannya yang dipelbagaikan. Hal ini berlaku disebabkan perkembangan lagu-lagu rakyat masyarakat Melayu itu yang telah tersebar luas merentasi samudera dan pelbagai negara yang dipenuhi pelbagai ras-dan-rumpun-adat budaya. Lagu-lagu rakyat disini tidak seharusnya dilihat dalam konteks yang sempit dengan maksud, hanya sesebuah negara asal dimana sesuatu lagu rakyat itu mula tercipta sahaja berhak menjadi pemilik lagu tersebut, sebaliknya lihatnya pada sudut pandang yang positif, lagu-lagu rakyat masyarakat Melayu harus dikembangkan penggunaaanya dan diperkayai maksud tersirat dan keindahan bahasa kiasannya yang tinggi, agar dunia dapat mengetahui bahawa lagu-lagu rakyat ini mampu menyatu padukan suatu rumpun yang besar di Alam Melayu.

Definisi lagu rakyat[sunting | sunting sumber]

Lagu rakyat masyarakat Melayu adalah lagu-lagu atau nyanyian yang berasal dari sesutu kawasan dalam Alam Melayu tidak kira kawasan itu terletak di negara Indonesia, Malaysia, Singapura, Brunei hatta dimana-mana pelusuk pulau terpencil di Nusantara sekalipun, dan merupakan lagu-lagu yang amat popular di kawasan tersebut. Biasanya lagu rakyat menceritakan perihal masyarakat, alam, haiwan, tumbuh-tumbuhan ataupun scenario semasa di kawasan tersebut. Lagu rakyat biasanya akan dinyanyikan semasa bermain, mendodikan anak, hiburan setelah penat membanting tulang dan juga semasa majlis-majlis keraian. Lagu-lagu rakyat juga dilihat amat suka didendangkan secara berkumpulan oleh anak-anak dara sunti dan kanak-kanak Melayu.

Senarai lagu-lagu rakyat masyarakat Melayu[sunting | sunting sumber]

Antara lagu-lagu rakyat masyarakat Melayu yang popular sehingga kini adalah:

  1. Ala Canggung
  2. Ambil Madu Lebah
  3. Anak Ayam (lagu rakyat)
  4. Anak Itik Tok Wi
  5. Anak Ondeng (a.k.a Lagu Lembu Patah Tanduk)
  6. Ayam den lapeh
  7. Bapaku Pulang dari Kota
  8. Burung Kakak Tua (lagu rakyat)
  9. Can Mali Can
  10. Dadong
  11. Geylang Si Paku Geylang
  12. Hello Hello (lagu rakyat)
  13. Hijau (lagu rakyat)
  14. Inang rodat
  15. Jambatan Tamparuli
  16. Joget Tari Lenggang (a.k.a Joget Pahang)
  17. Jong Jong Inai
  18. Kenek Kenek Odeng
  19. Ketipang Payung
  20. Kurik Kundi
  21. Lemak manis (lagu rakyat)
  22. Lenggang Kangkung
  23. Menghilir di Sungai Pahang
  24. Pak Ketipak Ketipung
  25. Pak Pung Pak Mustafe
  26. Puteri Santubong
  27. Rasa Sayang
  28. Tepuk Amai-Amai
  29. Trek Tek Tek
  30. Tualang Tiga
  31. Ulek mayang
  32. Injet-injet semut

Pautan luar[sunting | sunting sumber]